RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Wajah Baru Bilik Pendidikan Khas Kami (Part 1)..
Tuesday 30 December 2014 | 08:54 | 0 comments
Assalammualaikum..



jika nak dibandingkan dengan kelas masakan yg lama..memang jauhhhhh sangat bezanya..kelas skrg lebih besar dan selesa...

Alhamdullilah..sempurna sudah bilik pendidikan khas kami..eh nak kata sempurna belum sepenuhnya..rasanya adalah dalam  70% ..maksudnya..masih  lagi dalam proses keceriaan untuk keseluruhan bangunan pendidikan khas seperti bilik guru, bilik masakan, bilik komputer, kelas terapi, kelas angklong, ruang menonton dan sebagainya..proses keceriaan termaksuklah menjahit langsir, menampal dinding dengan wall paper..susun atur meja dan kerusi..dan sebagainya le..Alhamdullilah PPM semasa cuti sekolah banyak membantu dalam menceriakan bilik pendidikan khas..perlahan-lahan la kan..banyak yang perlu dibuat..ye lah..semua dinding dah kosong sekarang...kena buat semula yang baru ...Bilik masakan aku pun belum lagi cantik dan betul2 sempurna..tapi kelas masakan tetap dijalankan dulu..kena pikir banyak ni nak buat apa kat kelas masakan aku..hehheee...

kelas roti dan muffin..

..rasa sangat gembira dan terharu..pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan banyak aktiviti yang boleh dirancang dan dibuat dengan lebih seronok..
Aku tentulah lebih seronok kerana kelas masakan sangat2 selesa dan boleh meletakkan lebih 10 orang pelajar..sekarang bila aku ada amali masakan aku akan buat 2 kumpulan..satu kumpulan membuat roti dan satu kumpulan buat muffin..kan seronok??hehehhe....



dari menyediakan bahan,alatan,menyukat bahan,menumbuk roti semuanya dilakukan oleh pelajar dengan bimbingan..


Sebelum ni dengan bilik darjah yang kecil dan sempit, bilik masakan yang tidak sesuai, bilik guru yang tidak mencukupi serta bilik angklong yang panas dan sempit..memang amat tidak selesa..susah betul kalau buat aktiviti di dalam kelas..pulak tu dengan ramai pelajar di dalam kelas (terutamanya kelas down sindrom dan kelas hiperaktif)..aduhai..nak bagi satu2 tumpuan kepada seorang pelajar memang payah sebab bila dah ramai ada yang terlepas pandang..apa yang disuruh buat lain jadinya bila kita tak dapat bimbing secara individu..sebab tu kelas sepeti ini perlu dalam kumpulan kecil sebab senang kita nak bimbing mereka..tapi kelas kan dah tak cukup..jadi buat apa yang terdaya sahaja..hukhuk...


siap sedia untuk dibakar..




hehhee...ni kelas PK Permata...pelajar dalam kelas ni terdiri daripada pelajar bermasalah down sindrom..

ajar kemahiran memasak yg mudah seperti sandwic..

sejak aku datang ke kelas pendidikan khas pada tahun 2005..tidak ada langsung pengubahsuaian kelas (hanya diberi sebuah bilik Kemahiran Hidup untuk 2 buah kelas)..Pada mulanya hanya 15 orang pelajar dan guru pada masa tu 5 orang..tak pe lah jugak sebab pelajar kurang..tapi masuk tahun2 berikut meningkat 25 orang dengan penambahan guru 2 orang..pas tu bilangan pelajar 30 orangdan meningkat saban tahun... hingga le tahun 2014, jumlah pelajar dah meningkat 65 orang!!!..tak kan kelas mcm tu gak..aduhhhh dengan tandas hanya satu bergilir setiap pelajar (sekarang tetap satu..sebab peruntukan tak dapat untuk tandas)..huhuuu..kami hanya diberi 2 wakaf yang dijadikan kelas bagi menampung pelajar yang semakin ramai..kelas terpaksa berhimpit dengan 10 orang pelajar walaupun sebuah kelas tu hanya mampu meletakkan 6 buah meja untuk 6 orang pelajar..

eh..eh..tersenyum lak dia??...bilik guru yang semakin selesa..tp skrg dah makin cantik..blm amek gambo lagi..

kelas angklong..makin selesa pelajar bermain angklong..(nanti nk update perkembangan tentang angklong kami..



Tapi alhamdullilah kini rintihan anak2 istimewa ini dapat juga akhirnya didengari..terima kasih pada pihak pentadbir dan  GPK Khas kami En.Aziz yang amat bertanggungjawab membawa masalah ini kepada jalan penyudahnya..seingat aku sebelum ini GPK Khas aku ckgu Rabaishah dan Ckg Kok Mei Lin pun ada banyak berusaha untuk mendapatkan penambahan bangunan baru..namun rezeki tidak memihak pada kami..walau menanti selama 9 tahun untuk mendapat penambahan bangunan baru..kami tetap bersyukur..Alhamdullilah..

kelas pun dah beso skrg..masa amek gambo ni blm lg sempurna..papan tulis pun belumgantung lagi..



ni kelas terapi..

kelas terapi dan kelas menonton tv di sini gak..





nanti nak upload lagi gambar terkini yang masih dlm proses keceriaan.

eh..eh..tetiba lak ada gambo si Huda ni...

Labels:


Tempahan kek kawin 5 tingkat...mcm tak percaya aku buat!!..
Sunday 28 December 2014 | 09:23 | 3 comments
Assalammualaikum..salam sayang..



Memula dapat order kek kawin bertengkek2 ni aku tolak..rasa tak mampu..dan tak mungkin aku boleh buat dan hasilkan kek seperti yg diidamkan oleh pengantin ni...takut tak menepati citarasa..tak menepati keinginan dia..tak menepati anganan dia..kek 5 tingkat tema krim coklat dan mesti gah!!huhuuu gah mcmna??takut lak aku...huhuuu...yg order kek ni adik kpd  kawan aku..memula dia order aku dah ckp kat kwn aku..aku tak nak...sebab pertamanya aku baru lagi dlm bidang meng'kek' ni..tak de pengalaman buat kek yang 'gah'..tak yakin boleh buat..takut pun ada..rasa mcm kecik jek aku ni nak terima order mcm tu...walau aku memang kecik dan comel..(kihkihh perasan!!!)aku ckp kat kwn aku...nanti aku rekemenkan kat baker lain yg lebih hebat..byk pengalaman dan tentunya kek2 dia mesti cantik dan awesome..tapi adik kwn aku ni tak nak..siap dtg memalam kat rmh aku..dtg sendiri jumpa aku..dia yakinkan aku.."akak boleh buat"..'kek akak sedap'..'sebab sy kan selalu order dgn akak"..'dgn org lain akak nak rekemenkan tu sedap ke nanti'?..aku terus kata..sedappp..mesti sedap..heheheh(nak elak amek order sbnrnya....)

akhirnya kek ni selamat sampai ke destinasi..alhamdullilah..

tapi..adik ni kata "sy nak kek mcm biasa yg selalu sy order tu'..''ooooo''..aku pun kesian..ye lah dia kan nak kawin..nak jugak kek mcm biasa dia order dgn aku..akhirnya aku terimalahhhh...aku amek sbg cabaran..org dh percaya kat kita kan..terima je le sbg permulaan membuat kek kawin kan..hehhehe..akan ku buktikan dan tidak ku persia2kan kepercayaan mu itu..heheheh cewahhh..dan terima kasih krn mempercayai hakak ye..huhuuu terharu...ye lah kan..nak buat majlis gah kat dewan MITC, Melaka tu..(bg aku dah gah tau)..heheheh...

Terima kasih..mintak maaf byk kekurangan..ye lah pestaim ni wat bertengkek2...hehhehee...mcm tak percaya aku buat..heheheh...
(dah le aku ni pendek..nak deco bhg atas aku panjat kusi tau..hahahaha)..


habis brg2 dlm peti sejuk aku angkut keluar..nak bagi laluan kek kawin ni..

ni pun dlm peti sejuk..

pengantin suka kek ni..dan sgt sedap katanya...syukur alhamdullilah....


Labels:


Tempahan kek..
Friday 26 December 2014 | 10:23 | 0 comments
Assalammualaikum..salam sayang..

semasa menaip entri ni aku teringat2 dan terbayang penderitaan dan kesengsaraan mangsa2 banjir yang kehilangan harta benda..sedih..berat mata memandang berat lagi bahu memikul...hanya doa yang mampu dipohon agar semua mangsa banjir dalam keadaan selamat dan semoga mereka tabah dengan ujian Allah..setiap musibah ada hikmahnya..melihat gambar2 mangsa banjir..gambar kemusnahan rumah dan harta benda..dapat bayangkan bgmna perasaan mereka..

Teringat aku semasa aku kecil (umur 7 tahun masa tu)..rumah setinggan kami di Kampung Laut,Skudai, Johor dilanda banjir besar..Aku ringkaskan cerita..banjir kali kedua ni berlaku pada tahun 1981..banjir pertama sebelum ni hanya sampai buku lali je..tapi banjir kali kedua membuat kami sekeluarga cemas..air naik sampai ke tingkat dua rumah setinggan kami..kat tingkat atas pun air sampai ke paras pinggang mak..masih ingat lagi..aku duduk di atas katil..sementara menunggu bot penyelamat sampai..ayah suruh kami adik beradik (seramai 5 org) duduk atas katil..jangan bergerak kemana-mana..rumah disekeliling kami habis ditenggelam air..ada yang nampak bumbung jek..lapar masa tu tak boleh cerita..tapi kami baik..tak nangis pun..hehhehe..sebab mungkin takut kot masa tu..Tak lama tu..bot penyelamat sampai..kami diselamatkan dan dibawa keluar melalui tingkap..aku ingat lagi..aku didukung untuk masuk ke dalam bot..pastu kami semua satu keluarga dibawa ke Sek Rendah Batu 10, skudai..(aku ingat sebab tu sekolah rendah aku)..tempat semua mangsa banjir dipindahkan buat sementara waktu..semua mangsa banjir tinggal di situ selama 3 hari..aku ingat lagi arwah atuk datang bawa makanan dan selimut..hari berikutnya pun arwah atuk datang bawak jemput2 dan nasi..pastu dah habis banjir dan keadaan dah selamat..kami semua dibenarkan pulang kerumah masing2...huhuu..tengok mak mengemas dan membersihkan rumah..penatnyeee..semua baju2terpaksa dibasuh semula..banyak le barang2 rosak..selang sehari..pegawai kesihatan datang untuk membuat pemeriksaan kesihatan..apa lagi kena suntikan le..tapi tak ingat suntikan apa..tapi yang aku ingat abg aku lari dan terjun ikut tingkap sebab nak elak kena enjek..apa le..hahahah..

Ya..Allah semoga mangsa2 banjir diberi kekuatan dan ketabahan dalam menempuh ujian ini..Aamiin..


Baiklah..di sini aku kongsikan beberapa tempahan kek..alhamdullilah dengan rezeki yang Allah beri.. dapatlah aku menyimpan hasil menjual kek dan roti..terima kasih kepada kastemer yang sudi mengorder..dan mempercayai hasil kerja aku..terima kasih sangat2...



kek kawin yang simple..dalam tu kek span coklat layer cheese..



Russian cake..amek gambo dr dalam peti sejuk ni..hehhehe..




snow coklat cheese (kek hantaran untuk bertunang)..kek frozen coklat moist..kek patung frozen







orange moist rich coklat..




red velvet cheese..


carrot walnut cheese cake..

Labels:


Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2014..Biarlah Aku Di sini dan Biarlah Gambar berbicara!!
Friday 12 December 2014 | 10:10 | 1 comments
Assalammualaikum..salam sayang..

bergambar bersama kelas aku..PK Zamrud..tangan pegang pisau jek..tak boleh potong dulu..tunggu semua kelas bergambar..hehehhe..

bergambar beramai2 bersama semua guru  pendidikan khas..kiri sekali tu GPK Pend.Khas..(ceria tak kami??..kalau GPK aku yg lama tengok gambo ni mesti jelesssss)..hahahaha..

Rasa nak melompat!!!..yeee sebab aku tak sangka 'kesuraman' dan 'kesengsaraan' tahun 2013 ada hikmahnya..tahun 2014 membawa banyak perubahan dan penambahbaikan dalam pendidikan khas..bukan sahaja infrastruktur dan prasarana berubah..tapi juga..terjalinnya ikatan kemesraan antara kami cikgu2 dan juga PPM (Pembantu Pengurusan Murid)..sebak rasanya..rupanya perancangan Allah lebih baik..kesuraman yang kami lalui tahun 2013 rupanya ada banyak hikmah..apa yang telah dilalui oleh kami sebelum ini..membuat kami lebih menghargai apa yang ada sekarang..boss yang terbaik..rakan2 sejati..ye..benar..sejak 'peperangan' antara GPK dulu..perhubungan kami antara guru2 dan PPM lebih erat..lebih mesra..tak mahu imbas semula perkara2 negatif antara kami dan GPK lama..kami ingin membawa haluan pendidikan khas ke arah kecemerlangan..membuka mata semua pihak 'berkenaan' pelajar2 pendidikan khas juga ada 'masa depan'..huhuuuuu.

Dan...yang paling penting di sini..gambar2 ini membuktikan dan menafikan tentang apa yg selama ini pihak tertentu menjaja kisah2 aku dan rakan2ku yg tak betul..kami lah jahat..kurang ajar..tak beri kerjasama pd GPK lama dan mcm2..banyak fitnah yang diceritakan kepada orang luar dan antaranya adalah kami guru2 tidak mendengar dan mengikut arahan ketua..semua Fitnah!!!!apa yg berlaku adalah kerana kami mempertahankan hak pelajar2 pendidikan khas..dan hak kami sebagai seorang manusia!!!dan aku serta rakanku tidak diberi peluang langsung untuk membuka mulut tentang kebenaran yg terjadi disebalik cerita2 negatif..tak diberi peluang untuk menepis semua fitnah itu..ye memang tidak ada..tidak ada peluang membetulkan kebenaran!!huhuuu sedih..

Biarlah Aku Di sini..

Aku amat terharu dan berbangga kini..mempunyai rakan2 sekerja yang baik, bertolak ansur..pembantu pengurusan murid yang rajin dan alhamdullilah kami semua boleh bekerjasama..Ya Allah semoga perhubungan dan kemesraan yg terjalin antara kami berpanjangan dan biarlah aku di sini sahaja...rasa tak mahu aku berpindah ke sekolah lain..Banyak perkara yg perlu aku buat di sini..impian aku di sini..semoga tahun 2015 nanti segala impian aku untuk program MPV masakan akan lebih maju..banyak sangat yang perlu aku mulakan..insyaAllah..aku berharap mendapat sokongan dari kawan2 dan boss yg amat sporting..untuk rakan2 ku..semoga kita akan bersama memajukan pendidikan khas..dan juga buat sahabatku Elena Tan..semoga angklong kita terus gemilang..kamu semua adalah Teman sejati...i luvvvv u all..


Cikgu Shiqah bersama kelas PK Emas..

Cikgu Wan Norma bersama kelas PK Berlian


Cikgu Genevie bersama kelas PK Delima


Penyelaras Pend Khas Cikgu Naim bersama kelas PK Mutiara


Cikgu Helma bersama Kelas PK Geliga


Cikgu Noorliana bersama kelas PK Permata


Cikgu Adura bersama kelas PK Nilam


Cikgu Tan,Cikgu Hairani dan En.Aziz bersama pelajar2 yang tamat persekolahan 2014..


Cikgu Noriah bersama pelajar inklusif PK Kristal


antara kek yang aku sediakan untuk jamuan..kek coklat moist..


snow coklat cheese..


brownies coklat dengan pisang


pizza lasagna..(nanti dlm entri lain aku akan share resepi pizza lasagna)..
ceria bergambo bersama hidangan..hehheheee

antara menu utama adalah soto..memang terbaikkkk soto ni..

manis2 kan cikgu2 pendidikan khas?hahahahha..

sedang mengagihkan makanan kepada pelajar..

hehehheeee..abin..luvvv uuuu..

Labels:



Old things