Disclaimer Scream Here
| Kelas Roti Gebusss yang best...
Sunday, 29 December 2013 | 08:52 | 0 comments
Dah lama nak join kelas roti ni..sebab pertama suka makan roti..kedua anak-anak aku pun 'hantu' roti..mak dan
ayah aku pun suka sangat makan roti..Sebab tu le aku pergi kelas buat roti
ni..Sebelum ni aku 'belasah' je buat roti..tapi selalu je tak
cantik..sakit hati bila tengok roti tu tak licin..rasa roti tu mmm.. ok
lah..tapi masih tak puas hati..So aku pergi kelas Roti Gebussss Faizah
Sharip kat JB..Sejak itu mula le aku gila buat roti..Aku bukan nak jual
roti, tapi cukup le untuk aku buat roti untuk keluarga aku...Anak-anak aku suka
roti yang ada letak hotdog..Mak aku pulak suka kalau aku buat roti manis..Siap
suruh aku bawa mixer roti tu balik Johor kalau aku balik bercuti ..hehe..Suami aku lak tak kisah roti apa pun dia bedal..hehehe..
Seronok betul belajar buat roti..macam-macam jenis roti yang boleh kita buat hanya guna 1 resepi asas roti ni..Nanti entri lain aku bagi resepi..untuk rujukan aku dan anak-anak ku nanti..Siapa-siapa yang ingin mencuba juga dipersilakan..
Kat sebelah kiri bawah ni roti yang aku bawa balik..Memang sedap betul roti ni..Berbaloi betul aku belajar buat roti..Sedaaaaapppp, gebuuu dan lembut sangat..Selepas ni boleh aku ajar anak-anak murid aku kat pendidikan khas tu buat roti..sebelah tu pula roti kacang merah..dah belajar baru tahu senang rupanya nak bentuk roti mcm ni..Nanti kat entri lain aku ajar buat roti kacang merah mcm ni ye..
Macam-macam roti ada...roti kacang merah, tuna, roti naik, roti hotdog..Dah habis kelas, aku dapat bawa balik roti-roti tu..cuba tengok betapa gembiranya aku kat atas tu sedang meroti sambil bergambar..heeeeee...seperti biasa juga bergambar le dulu dengan kawan-kawan yang sama pergi belajar buat roti..selepas ni mcm nak belajar lagi buat roti yang lebih 'best' lagi..hehe...Harap-harap ada lah peluang untuk aku belajar lagi.. |