RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Terima kasih Zila Norazila..
Monday 30 December 2013 | 10:42 | 0 comments
Assalammualaikum...

 
Aku nak ucap terima kasih kepada sahabat baik ku..Zila Norazila..yang mengajar aku membuat blog ni..Banyak yang aku belajar dengan Zila..Mekasih ye Zila.Mekasih sebab sudi 'membuang masa' mengajar aku buat blog ni..heheh...Sebenarnya tak terfikir sebelum ni nak buat blog..walau sebelum tu banyak resepi-resepi yang telah aku cuba dan ada aku berjaya buat dan ada juga tak jadi..hehehe..Bila ramai kawan-kawan selalu mesej kat aku dalam FB.. tanya macam-macam tentang masakan dan resepi yang aku post..(sedangkan aku bukan pro masak..bukan pandai..baru jugak belajar..hanya setakat memasak untuk family jek)..aku pun terfikir nak kongsi setakat yang aku tahu le..Berkongsi sedikit ilmu dengan kawan-kawan..(Aku tahu ramai yang lebih berpengalaman dan sangat mahir dalam bidang masakan)..

Lagi pula dah dapat baby girl ni..hehe..rasa nak dia tengok nanti apa ibu dia masak-masak ni..boleh le sebagai rujukan anak perempuanku nanti dan juga keluarga aku..Aku hanya guna handphone atau kamera biasa je ambil gambar masakan ni..belum lagi ada peluang nak beli camera yang canggih nak ambil gambar-gambar masakan..walaupun aku minat sangat dengan blog-blog masakan yang paparkan gambar masakan dengan begitu cantik..cantik sangat-sangat..kagum betul aku..

Selain tu kan..aku juga nak share tentang info pendidikan khas..ramai yang selalu pandang sebelah mata je budak-budak istimewa ni..tak nampak apa kebolehan mereka, keistimewaan mereka dan sebagainya..InsyaAllah perlahan-lahan nanti aku akan update tentang anak-anak istimewa ni..Aku pun sebenarnya mengajar anak-anak special ni..Lagi pula anak aku juga tergolong dalam anak istimewa..Suka rasanya nak share tentang mereka ini..Kadang-kadang rasa sedih anak-anak istimewa ni dipinggirkan dari semua sudut..nanti aku akan cerita dalam entri aku yang lain..Aku suka mengajar kemahiran seperti masakan dan jahitan kepada pelajar pendidikan khas..boleh lah digunakan apabila mereka keluar dari alam persekolahan kelak..


Tapi..itu lah yang ingin aku luahkan rasa hati..seperti pelajar pendidikan khas dipinggirkan..kurang kemudahan infrastruktur seperti bilik darjah yang sempit, bilik masakan yang juga sempit dan tak selesa..tak cukup untuk memuatkan 5 orang pelajar..sedangkan aku mengajar lebih dari 5 orang..

Hasrat hati nak buat macam-macam untuk pelajar pendidikan khas..nak ajar buat roti, kek dan sebagainya..Sebab aku tahu ada sebilangan pelajar pendidikan khas ini amat berkebolehan memasak dan menjahit dengan bimbingan guru..Sebelum ni aku hanya dapat mengajar masakan yang ringkas dan mudah sebab kekangan masa,kekurangan alatan dan kemudahan prasarana..Kalaulah pelajar pendidikan khas ini boleh diajar lebih dari itu..tentu amat membanggakan..Tapi..huhu..macam-macam masalah yang sukar untuk aku ceritakan..Aku pun tak tahu mana silapnya..aku pun selalu tertanya-tanya kenapa pelajar pendidikan khas ni sukar nak dapat keperluan  yang diminta..huhu...aku tak pasti..

Harapan ku suatu hari nanti kelas pendidikan khas ada bilik masakan dan bilik jahitan yang luas..kemudahan alatan yang lengkap..aku berangan nak mengajar mereka ni kelas roti dan kek yang boleh mereka aplikasikan setelah tamat sekolah..Kan bagus kalau mereka kita dapat bekalkan sedikit kemahiran kerana pelajar pendidikan khas ini kurang kemampuan dalam bidang akademik..


Adakah suatu hari nanti hasrat ku tercapai???







Old things | New things