RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Kelas kek Chef Amer
Thursday 2 January 2014 | 06:44 | 0 comments

 Alhamdullilah..syukur sangat..akhirnya impian ku nak join kelas kek dengan Chef Amer yang terkenal tu tercapai jua..Lama sudah menanam impian..Akhirnya cuti sekolah bulan Disember hari tu dapat aku mengikuti kelas kek ni.. Aku nampak iklan Kelas Kek Chef Amer masa aku online FB..Ya Allah dah lama nak join kelas Chef Amer ni..Pulak tu tengok alamat kelas kek tu dekat je dengan rumah mak aku kat JB..di Taman Sri Pulai Perdana..Tak boleh nak tolak peluang yang ada...Apa lagi aku terus mesej nombor kak Zaleha dan cakap nak join kelas tu..Alhamdullilah masih ada lagi kekosongan tempat..Pas tu terus call kawan baik aku Zila Norazila ni untuk sama-sama join kelas kek ni..Aduhhh bestnye..Zila pun turut sama melapangkan masa pergi bersama-sama ke kelas kek Chef Amer ni..


Chef Amer mengajar sambil berlawak..

Berutungnya dapat belajar dari chef yang pakar..memberi tunjuk ajar  dari teknik menyediakan bahan kek, petua dan tips membuat kek, serta teknik menghias kek yang betul dan kemas..ye lah sebelum ni aku buat kek main 'belasah' jek..heheh...

Chef Amer menunjukkan teknik yang betul menghias kek.

Kelas bermula dari jam 9.30 pagi hingga 6 petang..Kelas ni kan bertambah seronok dengan celoteh chef yang membuat kami semua asyik ketawa jek..pandai betul chef ni berlawak sambil membuat kek..tak terasa masa pantas berlalu...tup-tup dah siap 4 kek...Pina Colada Cheese Cake
Chezzy Berry Yummy Cake, Butterscotch Dream Cake, Italian Coffee Cream Cake..Kihkih..aku nak menyebut pun tergeliat lidah..tapi kan..aduhhh lepas habis kelas dapat rasa kek yang telah chef potong..macam nak berguling-guling kat lantai bila dapat rasa kek yang sangat sedap....hehe..


Teruja betul tengok Chef Amer menghias kek..ternganga mulut jap..heheh..

Sebelum tu kami dipecahkan kepada 5 kumpulan..setiap kumpulan 6 orang..jadi chef akan bagi kami mencuba dan membuat kek mengikut teknik yang di ajar dan menghias sendiri kek mengikut kreativiti kami..memang seronok sangat.. .


Antara kek-kek yang siap dihias..


Siapa-siapa nak tempah boleh le tempah dengan aku ye..hehe...

Antara kek yang dapat aku rasa..Butterscotch Dream Cake..aduuhh sedapnyerr..

Di akhir kelas, penyampaian sijil disampaikan sendiri oleh Chef amer..Sebagai kenangan jugak aku membeli apron Chef Amer..aku dah pakai pun apron tu setiap kali aku masak..bilalah lagi kelas Chef amer ni??..memang nak join lagi..banyak ilmu dan pengalaman yang aku dapat dari kelas ni..Tak ternilai rasanya..Harap sangat dapat lagi join kelas ni..Tapi itu lah kekangan masa..kena le tunggu cuti sekolah..Chef Amer pun tak lokek ilmu..bukan stakat resepi kek..resepi roti john pun yang dia jamu kita orang tu pun dia bagi..hehe..ada lagi hot coklat..aduhhh sedap betul minuman hot coklat tu..

Tak sangka dapat jumpa Kak Azlita Blogger Masam Manis tu..kecil molek..cantik..tak sombong..bestnyerr..

Keterujaan ku bertambah lagi bila dapat berjumpa blogger terkenal kak Azlita Masam manis tu..Ya Allah tak sangka dapat jumpa idola ku dalam bidang masakan..memang aku kagum betul dengan sentuhan kak ita baik masakannya atau gambar-gambar masakan dia..aku tak lepas peluang terus le aku bergambar dengan dia..Kak ita tak sombong..senyum je..orangnya pun cantik..
 
Dah habis kelas kita bergambar beramai-ramai pulak..
Tak sabar rasanya nak mencuba kek Chef Amer ni..InsyaAllah ada kelapangan masa aku nak buat satu-satu kek ni untuk keluarga tersayang..Masa bawa balik kek hari tu..semua anak-anak ku seronok sangat dapat merasa kek ni..berebut..tapi dapat makan sseorang sikit je..ye lah kek pun dikongsi 6 orang dalam kumpulan..memang tak cukup..hehehe...kena buat lagi ni..sian anak aku..

 Ok la ye..siapa-siapa berminat nak tempah kek di atas ni boleh le tempah dengan aku..hehe..




Old things | New things