RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi Lasagna yang sangat sedapppp..
Wednesday, 8 January 2014 | 07:49 | 0 comments

Aku memang selalu buat lasagna ni.. sebab lasagna dah menjadi salah satu menu peberet family aku..lagi2 anak aku si Hakim..memang suka sangat..kalau boleh hari2 dia nak makan..tapi tak boleh lerr hari2..kang obesiti lak..sebulan sekali ada la aku buat untuk anak2 aku..Anak aku Asraf pun suka..kalau aku bakar tgh malam untuk buat bekpes esok..asraf sanggup duduk kat meja makan.. tunggu lasagna siap dibakar..aku akan bagi dia makan sepotong sebelum suruh dia tidur..kesian pulak..

sebelum dibakar..nampak tak lapisan lasagna tu..

Kalau kwn2 aku datang aku suka masak lasagna ni..sebab dorang pun suka makan..buat lasagna ni nampak macam leceh..tapi sebenarnya senang...tengok bahan mcm banyak..sebenarnya tak susah bila kita dah biasa buat..Resepi yang aku share ni memang resepi yang selalu aku guna untuk buat lasagna..aku guna jugak resepi yang sama bila aku jual lasagna atas permintaan kawan2..ramai kawan2 yang suruh aku jual lasagna..tapi memandangkan kos buat lasagna ni tinggi..aku susah nak letak harga..serba salah..tapi bila ada yang mintak tolong buatkan..aku buatkan jugak..harga aku kira harga kawan jek..sebab bukan jual nk untung..tp sebab tolong jek..


kalau untuk makan sendiri aku letak banyak2 mozarella tu..hehe..aduhhh memang tak boleh sepotong..mesti berpotong2 bila anak2 aku makan..

Resepi lasagna ni aku lupa kat mana aku amek..resepi ni dah lama..aku cari kat internet..tak ingat betul kat mana..sebab aku copy paste dalam laptop..kemudian aku taip semula dalam hset aku sebab senang buka bila nak masak..laptop pun dah reformat..dah tak dapat aku nak share sumber mana..Mekasih bebanyak yang share resepi ni dulu..resepi ni dah jadi peberet aku dan family..

Resepi Lasagna


Bahan2 lasagna daging@ayam ( dlm 3@ 4 lapisan lasagna..bergantung saiz loyang yang digunakan):

A.Bahan lasagna. 
1.Beberapa keping lasagna. (biasa aku guna 1 kotak untuk satu loyang bekas kaca atas tu)
2. Air (didihkan  dengan minyak zaitun & garam)

Caranya. Celurkan lasagna sekejap & toskan.

B.sos daging:
1 bj bwg besar  dipotong dadu (aku guna bawang holand)
3 ulas bwg putih cincang
 1 bj tomato potong dadu
1 tin cendwn dlm tin dihiris
4 batang sosej di potong bulat-bulat kecil (boleh lebihkan ikut suka)
1 ketul daging kisar @ayam
1 botol besar sos bolognise (biasa aku guna jenama prego @kimball) 
1 tin sedang tomato puree (tak guna pun tak pe)
1 kiub ayam
1 sudu serbuk oregano
1 sudu serbuk lada hitam,
1 sudu serbuk lada sulah
 garam,gula secukupnya.

cara;
1. Tumis bawang putih & bawang besar dengan sedikit minyak.
2. Masukkan daging cincang. Kacau rata.
3. Bila daging sudah masak, masukan tomato dadu.Kacau lagi.
4. Masukkan sosej ayam.Kacau rata. Masukkan pula puri tomato, cendawan hiris dan sos prego@kimball.
5. Masukkan serbuk oregano, serbuk lada hitam dan lada sulah, gaul sebati.
6. Perasakan dengan garam,kiub ayam,gula..kacau rata..tutup api dan ketepikan.

C. Bahan sos putih:

2 sudu besar butter
2sudu besr tpg gandum
500 ml susu segar
1/2 bar cheddar cheese
sikit lada sulah dan garam.

cara:
1.Cairkan butter..masukkan tpg dan kacau..kemudian masukkan susu..kacau sampai pekat
2. Masukkan pula garam,lada sulah dan cheese..Kemudian bila pekat sikit tutup api.Ketepikan..

D. 1 bungkus @secukupnye mozarella parut

Cara melapis; mula2..letak sikit sos daging kat dasar loyang utk elak lekat..pastu susun lasagna (susun sampai tutup semua.).pastu letak sos daging..ratakan..letak sos putih,tabur mozarella..pastu tutup dgn lasanga.pastu sos daging.sos putih,mozarella..ulang langkah yg sama selapis demi selapis..last sekali mesti sos daging,sos putih,mozarella jugak dan tabur sikit daun oregano..bakar 180 sampai masak....siap..
Dah siap bakar..


yang ni aku buat dalam loyang bakar kek tu..hehe..


selamat mencuba..





Labels:



Old things | New things