RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi Martabak Makaroni yang sangat sedap...
Wednesday, 15 January 2014 | 06:39 | 0 comments
Assalammualaikum dan salam ceria..


memang sedaaapppppp...

Hari ni nak kongsi satu resepi martabak makaroni..Resepi ni aku amek dari blog kak wan (Citarasawan)..Dah byk kali buat martabak makaroni..Rasa dia??sangat sedap..masa tengok resepi ni kat Blog Kak Wan aku terus nak cuba..sebab biasanya martabak menggunakan tepung sebagai kulit luarnya dan kemudian diletakkan inti didalamnya..Tapi resepi ni menggunakan makaroni dan campuran inti digaul sekali dengan makaroni yang telah direbus dulu..Maksudnya di sini Martabak Makaroni ini adalah dari gabungan antara Barat dan Timur..menggunakan pasta makaroni dan diolah dengan rempah tempatan..


 Alhamdullilah..bila siap masak dan makan..memang sangat sedap..Bila sedap..banyak kali lah aku buat..hehe..Bila mak aku rasa murtabak makaroni ni..dia pun kata sangat sedap..dan biasalah..bila mak aku dah kata sedap..memang balik kampung dah jadi menu wajib kena buat..hehe...Cuma kali kedua aku buat.. aku letak rempah kari daging Babas (dalam resepi asal tak de rempah kari)..sebab kak wan kata kalau nak lagi rasa berempah tambahkan dengan rempah kari..aku letak dua sudu besar rempah kari Babas...mmmm..lagi sedap dan wangi bau martabak ni..


ni aku buat semasa hari jadi anak aku..
 
 Resepi Martabak Makaroni:


Bahan-bahan
250gm makaroni di rebus
8 - 10 biji telur bergantung pada saiz
1 sudu teh jintan manis - aku letak 2 sudu teh
1 sudu teh ketumbar - aku letak 2 sudu teh
1 sudu teh lada putih/lada sulah- aku letak 2 sudu teh
3 biji buah pelaga-dibuang kulit luar - aku tak letak
1 labu bawang besar sederhana - di mayang
1/2 batang carot di parut kasar
4-5 biji cendawan butang
2 biji tomato di potong dadu
6 sudu besar sos cili
3 sudu besar tomato puree@lebih
sedikit air
garam secukup rasa
300gm daging ayam/lembu di cincang

Hiasan : Hirisan tomato, daun bawang, daun sup, cili merah dan bawang goreng

Cara-cara
1. Rebus makaroni dengan air dan sedikit minyak. Angkat dan toskan.
Kemudian tumbuk bahan-bahan rempah hingga halus.
2. Panaskan minyak, tumis bawang besar Bila sudah naik baunya masukkan daging cincang dan sedikit air. Masukan rempah..Masak hingga daging empuk, masukkan parutan carot,tomato dadu dan cendawan butang. Masukan sos dan tomato puree..(agak2 biar lembab)..kemudian masukkan makaroni rebus, garam secukupnya.. gaul hingga sebati. Angkat dan ketepikan.
4. Pecahkan 6 biji telur (1 bhgian) dan 4 biji (1 bhgian) dan letakkan sedikit garam, kacau dengan garpu hingga rata. Ambil bahagian (6 biji telur) dan gaulkan dengan makaroni tadi.
5. masukkan makaroni tadi kedlm loyang dan bakar pada suhu 170C sehingga separuh masak.
6. Keluarkan dari oven, tuangkan baki telur (4 biji) tadi, ratakan sehingga meliputi makaroni. Kemudian tabur atasnya dengan bahan-bahan hiasan dan bakar semula sehingga masak.

Makaroni Martabak ni sesuai untuk hidangan sarapan pagi atau minum petang..

Selamat mencuba...

Labels:



Old things | New things