RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Selamat Tahun Baru 2014...
Wednesday 1 January 2014 | 08:08 | 0 comments
 Assalammualaikum..

Selamat Tahun Baru 2014 buat semua sahabat-sahabatku tersayang..2013 telah meninggalkan kita..pergi dan tak kan datang kembali..tentunya banyak peristiwa pahit, manis, suka dan duka telah kita lalui..Semoga setiap peristiwa yang kita lalui itu menjadi iktibar dan panduan untuk kita melangkah ke tahun baru..Simpan semua peristiwa itu menjadi lipatan sejarah dalam hidup kita..Sejarah yang kita boleh kenang sepanjang hidup kita..

Syukur Alhamdullilah kita dipanjangkan usia untuk melangkah ke tahun 2014 yang menanti dengan penuh cabaran..Bagaimana nanti tahun 2014??..kadang-kadang aku takut hendak memikirkan apa cabarannya..memikirkan nanti karenah dan asam garam manusia ni..sifat dengki, iri hati dan kata-kata cemuhan manusia..aku jadi lemah untuk melangkah..Namun sebagai manusia biasa  aku tahu kita tak kan lari dari masalah ini semua..Aku berharap tahun 2014 membawa sinar kebahagiaan dan keceriaan buat aku dan sekeluarga..Tak mahu aku ingat lagi duka dan kesedihan yang ku lalui sepanjang 2013..Biarlah ia berlalu..Semoga setiap peristiwa yang telah berlaku itu mematangkan dan mengajar aku erti sebuah kehidupan dan keinsafan..Hidup perlu diteruskan..Doaku jua..Semoga Allah sentiasa merahmati kami sekeluarga.. memberi aku kesihatan yang baik supaya aku dapat meneruskan kerjayaku sebagai guru pendidikan khas..dan dapat aku menguruskan tugas sebagai seorang ibu dan isteri..Azam tahun ini ingin perbaiki diri..kelemahan sebagai seorang hamba Allah..InsyaAllah..


Bercerita lagi tahun 2014 ni.. Bagiku tentunya amat mencabar..dengan kenaikan harga barang..kos sara hidup yang juga semakin tinggi..Macam-macam naik..nak merungut itu ini tak boleh..suka ataupun tidak..terpaksa kita harungi..beginilah  kehidupan..kadang-kadang terfikir aku alangkah kasihannya pada mereka yang kurang berkemampuan..Terbayang pula nasib anak muridku yang baru kehilangan tonggak keluarganya..bagaimana untuk meneruskan kehidupan apabila dahan untuk berpaut telah patah.. tentu keperitan itu amat terasa..sebak memikirkannya.. 
Anak muridku Chong Mei Fang(yang sakit luekimia) bersama anakku Amirul Asraf di Hospital Besar Melaka.
Dan untuk tahun 2014 ini..
 aku berharap dan berdoa anak muridku yang menderita penyakit luekimia akan segera sembuh..Tak sabar cikgu nak tengok kamu di dalam kelas cikgu lagi.. Rindu sangat dengan kamu..Semoga anakku juga Amirul Asraf diberi kesihatan yang baik untuk meneruskan persekolahan..InsyaAllah..

Selamat Tahun Baru..





Old things | New things