RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Anakku yang Istimewa...Amirul Asraf...
Wednesday 5 February 2014 | 22:37 | 0 comments
Assalammualaikum..dan Salam Sayang..


Ini lah anak sulung aku..Nama dia Amirul Asraf bin Mazelan..Kami panggil dia 'Acap"..kadang-kadang Amirul..Sekarang Asraf dah nak masuk 15 tahun..Dah boleh amek PMR dah..heeeeee...
Asraf ni sensitif tau..tak boleh marah dia..tegur pun kena berlembut..kalau tak laju je air mata dia jatuh..hehe..Memang macam ni budak down sindrom..cepat sensitif..

Dulu masa aku dapat anak istimewa ni macam-macam kata negatif org ckp kat aku..malas nak cerita panjang..cuma aku bersyukur kerana mendapat anak syurga..Anak istimewa untuk ibu bapa istimewa..Betul tak..

Normal la kan memula dapat anak seperti ni..tak kan kita 'happy'..mesti lah sedih..lalu tanya pada diri..apa salah aku??..apa dosa aku??..mmm..ada lak insan 'baik' yang cakap masa kau mengandung dulu apa dosa yang kau dah buat??heeeee...aku pun cakap le..banyak dosa yang aku buat..tak tahu mana satu..heeeeee..

Kalau anak-anak aku baca blog Rasa Sayang ibu ni..aku nak mereka tahu apa itu insan istimewa..kenapa abang mereka "lain dari yang lain"..mcm anak nombor dua aku ni cakap:

Mukhriz: Ibu kenapa abang mcm ni..cacat, pelat..abang dah besar pun tak faham lagi.
Ibu : Sebab abang ni istimewa..
Mukhriz:kenapa istimewa pulak?
Ibu:ye lah istimewa..sebab abg tak sama mcm Mukhriz..tak sama mcm angah..
Mukhriz:Tak faham..
Ibu:Insan istimewa ni Allah dah bagi..Allah yang bagi kat kita..(aku pun tak reti nak explain kat mukhriz)..
(tapi tetiba Mukhriz ckp mcm ni lak..huuu)
Mukhriz: Allah bagi kenapa ibu amek?
Ibu : (air mata ku dah mula menitis)..Sebab abang yang nak pilih duduk dengan kita..Abang cakap dengan Allah dia nak duduk dengan kita sebab dia ada adik-adik yang sayang kat dia..Sebab tu Allah hantar abang kat sini..
Mukhriz: Tp Mukhriz malu..kat sekolah mukhriz pun ada budak mcm ni..dorang belajar kat pendidikan khas..kwn mukhriz cakap dorang ni cacat..

Aku terdiam lama memandang mukhriz..umur mukhriz baru 7 tahun masa dia bercakap mcm tu..dia belum faham lagi..sebelum ni aku cakap abang sakit..bila dia tanya macam-macam yang kadang-kadang aku sendiri tak dapat nak menjawab..

Wahai anak-anakku tak kira bagaimana abangmu ini..sayang pada abang ye..jaga abang..(Mukhriz ni selalu aku nampak memberontak bila aku lebih kan perhatian pada abang dia..mula lah dia merajuk dan cakap.."manja lah abang tu"..aduhhh anak..

Suatu hari nanti anak-anak ibu akan faham...

Perasan tak..asraf kalau amek gambo mesti nak tunjuk 'peace'... teringat masa nak amek gambo ic dia..hahaha..tetap nak buat 'peace' tu..susah betul cina tu nak amek gambo..hahaha...













Old things | New things