RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Asraf dalam kelas....hanya setahun jek bersama..sedihhhhhhh....
Thursday 20 February 2014 | 08:09 | 2 comments
Assalammualaikum dan salam sayang...



Tahun  2013...seronoknya dapat mengajar sendiri anakku Asraf dalam kelas pendidikan khas..(tapi tahun 2014 ni asraf dah tak satu sekolah lagi dengan aku..dan aku tak ajar lagi dia..huuuuu..sedih..nangess)..aku dapat bersama anakku setahun jek..sebab Asraf selalu menangis..rindu kat nenek dia..kdg2 demam..hari2 mesti telefon nenek dia..dalam 1 hari tu adalah 2,3 kali dia mintak nak cakap dgn nenek dia..baru dia puas hati..Sebelum ni anak aku bersekolah di johor..tinggal dengan mak aku..masuk sekolah menengah aku mintak dengan mak nak Asraf tukar ke Melaka..sebab nak ajar sendiri anak aku tu..susah gak nak pujuk mak..ye lah Asraf dah tinggal dengan mak sejak kecil lagi..mak memang tak bagi org lain jaga dia bila aku dan suami bekerja..mak aku tak percaya..sebab mak bimbang Asraf bukan pandai sangat bercakap..nanti pengasuh yang jaga tu tak jaga betul2 Asraf..dera dia ke..buli dia ke..aku faham perasaan mak..aku pun rasa risau hantar kat org..ye lah kan..Asraf bukan budak2 biasa yang boleh mengadu kalau diapa2kan..jalan terbaik biarlah mak yang jaga..

bersama kawan sekelas dia..rajin si Mei fang ni bagi asraf minum air.(gambar sblm mei fang sakit leukimia..)
konon2 Mei fang jadi cikgu..kihkih..kelakar tengok mei fang mengajar..
Biarlah org dok mengata aku mcm2..tak syg anak lah..malu anak cacat lah..entah lah.."anak dia kat kampung..anak dia tu cacat.".depan2 aku org tu dok mengata.."..mmm..malas nak layan org mental mcm tu..mulut org bukan aku boleh tutup..aku je yang tahu keadaan sebenar..nak cerita satu2 kat org buang masa jek..lantak ler..



Bila asraf dah sekolah rendah..aku nak amek dia..tapi mak tak bagi lagi..sebab mak cakap biarlah asraf habiskan sekolah rendah dulu..ye lah aku akur..sebab tahu mesti mak sedih berpisah dengan Asraf..aku ketepikan dulu perasaan sedih dan rindu..terpaksa aku tunggu hingga menengah..sebab aku bgthu mak.nanti dia bersekolah menengah...aku yang ajar dia..jadi dia sentiasa ada bersama aku.so..mak dan ayah aku bersetuju....(tapi nak yakinkan mak dan ayah aku susah gak tau)..

aktiviti luar..bowling..
Tapiiiiii...(huhu..dah mula sebak ni..)..rupa2nya asraf menahan rindu kat nenek dia dalam diam..aku tak tahu..sebab Asraf nampak biasa jek..pergi sekolah..balik sekolah..aku tengok biasa jek..Asraf lak sejak tinggal dgn aku..selalu je aku masak makanan peberet dia..sampai lah hujung bulan 10 Asraf jatuh sakit..tak boleh berjalan pulak tu..bimbang sangat masa tu..terpaksa call mak..apa lgi mak aku cepat jek dtg..risau cucu kesygan dia tu..ayah aku cakap sebab aku bagi asraf makan mcm2..masak makanan yang tak sesuai dgn dia..isshhh..ada ke mcm tu??(alasan ayah aku ler tu nak bawak balik asraf)..huuuu..
bersama semua rakan sekelas menyambut besday..aku guru tingkatan kelas ni..
Emak bawa balik Asraf..kat johor aku bawa pergi pakar..tapi doktor pun tak tahu apa punca asraf jadi mcm tu..kaki bengkak..pas tu sakit2..aku pun tak faham..hati dah risau..pikir sakit yg bahaya jek..akhirnya mak cakap nk jga asraf..terpaksa lah Asraf dok dgn mak aku..sampai hujung bulan 12 Asraf dah sembuh..alhamdullilah..tapi sampai skrg aku pelik..apa jadi pd asraf ni..sampai doktor pun tak tahu apa penyakit dia..dah nampak sihat aku nak bawa balik Asraf..Asraf tak nak..mak pun dah tak bagi..mak cakap Asraf tak serasi dok dgn aku..Mungkinkah???hati sedih..tapi..apa yg mampu ku buat??demi asraf..aku tinggalkan lagi dia bersama mak aku..rindu kat dia memang pasti..(alahai..menagis lak aku).huuuu..

Setiap hari aku pegi sekolah bawak keta..teringat lagu2 peberet dia..sebab Asraf masuk jek keta (pepagi nak ke sekolah) mesti suruh aku buka cd lagu awie..hari2 aku dgr lagu tu..bukan pergi sekolah jek..pegi mana2 lah..asal naik keta jek mesi nak lagu awie...skrg aku merindui dia..kat sekolah masuk kelas dia mcm terpandang dia jek..sedih..tapi aku buat2 gembira..tak kan nak nangis dpn org..memang masuk kelas dia..mesti teringat dia..huhuhuuuuuuuuuu...(alamak aiii..nangis la pulak)..
Dalam kelas bersama anakku Asraf..masa ni jamuan Hari Raya..
Semoga anakku Asraf sentiasa di bawah rahmat Allah..ibu sayang sangat Asraf..biar lah org nak ckp apa pun..tapi ibu buat yg terbaik untuk Asraf..hari2 ibu rindu tau..hari2 sebelum tido ibu doa untuk kesihatan asraf..hari2 ibu pegi keja..ibu rasa asraf kat sebelah ibu je..sayang selalu untuk Asraf...

Daripada ibumu yang amat menyayangimu...









Old things | New things