RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi Pai Crustless yang sedap dan senang..
Wednesday, 5 February 2014 | 07:21 | 4 comments
Salam sayang semua..


Resepi Pai Crustless aku amek dari Buku Resepi Makanan Barat Chef Hanieliza..Memang suka dengan buku-buku masakan Chef Hanieliza ni..sebab masakan beliau selalunya menggunakan bahan-bahan yang simple, cara masakan yang ringkas..dan mudah sangat..kuih-muih atau puding..biasanya aku guna resepi beliau..memang tak mengecewakan..selalunya jadi dan sedap..

Kali ni aku cuba makanan barat dari buku masakan beliau..wahhhh..ternyata sedap dan anak2 aku pun suka sangat..Aku buat Pai Crustless ni hari Ahad yang lepas..untuk makan malam..sebab waktu siang tu dah bawa anak2 pergi jalan-jalan kat Jusco dan makan kat Chicken Rice shop's..so aku pikir malam mesti kena masak yang ringkas2 jek..kalau ada lebih boleh buat bekpes esoknye pulak..hehe..

Jom tengok resepi yang sangat mudah ni...

Sumber Resepi:Senangnya Memasak.. Makanan Barat Bersama Chef Hanieliza

Bahan A : (untuk inti)
300 gm daging kisar
200 gm udang (dibuang kulit)-saya tak letak..
5 batang sosej
10 biji cendawan butang-dipotong kecil
1 biji capsium merah-dipotong dadu (tak de..aku ganti lada merah dihiris nipis)
1 labu bawang besar-dipotong dadu
1 sudu makan serbuk lada hitam
1 sudu makan serbuk oregano
2 sudu makan minyak masak
sedikit garam
Bahan B (utk doh pai)
1 cwn susu segar
5 biji telur ayam
125 gm keju cheddar (dihiris)
 
Cara:

1.Panaskan minyak dan tumis bwg besar hingga layu..Masukan daging kisar dan kacau rata.Masak sehingga air kering.

2.Masukkan sosej dan kacau.

3.Masukkan serbuk lada hitam dan oregano...Kacau lagi...Masukkan tomato,capsium merah,cendawan dan sedikit garam. Kacau rata..

5.Kemudian,masukkan susu segar dan telur dalam mangkuk tahan panas/loyang..Kacau rata.

6.Masukkan bahan inti dan hirisan keju cheddar. Kacau rata.
7.Susun udang dan bakar di dalam oven pada suhu 180 c selama 1 jam.
8.Sedia dihidangkan...
 
hehe..sempat lak amek gambar anak aku makan..
 
yang ni lak aku punya..adoiii memang sedap sangat..
 
Selamat mencuba....






Labels:



Old things | New things