RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Kelas jahitan..membuat getah rambut dari kain perca..
Wednesday 5 March 2014 | 08:06 | 0 comments
Assalammualaikum..dan salam sayang..



Asyik bercerita pasal makanan..lupa lak nak masukkan entri kelas jahitan aku kat pendidikan khas..tapi kat pendidikan khas sekolah aku tak de bilik khas untuk kelas jahitan..aku guna bilik guru dan kadang2 guna kelas yang sempit untuk kelas jahitan..bila guna kelas terpaksa lah usung mesin jahit dan barang2 jahitan ke kelas..nak buat mcmna..guna le apa yang ada..huhuuu..kesian kan..

sebenarnya pelajar pendidikan khas ni banyak yang mereka boleh buat tapi jika kita tak beri mereka peluang mencuba kita tak kan tahu setakat mana kebolehan yang mereka miliki..masa memula ajar mereka jahit..aku hanya ajar asas sahaja dahulu..tengok kemampuan mereka sejauh mana..aku ajar jahiatan asas seperti jelujur, jahitan sembat dan sebagainya..aku ajar juga menjahit menggunakan mesin..alhamdullilah ada sebilangan pelajar ni mudah mengikut apa yang aku buat..jahitan mereka kemas..terkejut aku pada mulanya..mereka boleh menjahit dengan betul dan cantik..bila dah nampak sikit kebolehan mereka aku cuba menjahit menggunakan mesin..wahhh..cepat mereka dapat menjahit..tapi cepat mereka tu lebih kurang 3,4 bulan gak...daripada setakat jahit lurus pada mulanya..aku ajar mereka lak menjahit projek beg, alas periuk,apron, kotak pensil dan projek yang susah banyak iaitu getah rambut..


aku kata susah sebab getah rambut perlukan ketelitian lebih dan kain yang digunakan kecil..pastu kena masukan getah sambil menjahit menggunakan mesin..takut gak mereka tak boleh buat..kena control tangan dengan betul..tapi cubalah dulu..tapi..tapi..tapi..rupanya mereka sangat berkebolehan!!..aku lak yang rasa sangat teruja..nah!!tengok..pelajar pendidikan khas yang kita pandang sebelah mata ni..mampu menjahit dengan kemas dan cantik..tapi kan kita ni selalu pandang 'sepi' kebolehan mereka..(sebab aku dan guru2 lain pernah cuba membantu pelajar2 pendidikan khas yang dah tamat bersekolah ni mendapatkan kerja..tapi susah nye..sbb ramai majikan tak berani amek mereka ni bekerja sebab kurang yakin dgn kemampuan mereka atas alasan mereka ni bermasalah pembelajaran..mmm..tapi ada jugak yang prihatin..dan bagi mereka mencuba..alhamdullilah respon yang aku terima pelajar pendidikan khas ni lebih tekun bekerja dan tak pandai 'curi tulang'..haaa kan..tu ler..yang tak amek mereka tu rugi ler..huhuuuu...

berbalik pada kelas jahitan ni..aku masukkan dulu hasil jahitan getah rambut yang mereka buat..ada lagi hasil jahitan yang mereka dah siapkan..aku tunjuk ni boleh ler buka mata mereka yang selalu pandang rendah kemampuan mereka..sekurang2nya apabila mereka tamat bersekolah nanti ada lah sedikit kemahiran yang mereka dapat dan boleh buat panduan mereka memilih kerjaya yang sesuai kelak..maksudnya..jika mereka berminat nak teruskan kemahiran menjahit boleh ler mereka lanjutkan ke kolej komuniti..sekolah vokasional khas, giat mara atau sebagainya..harap2 mereka berjaya dalam bidang yang mereka minati dan boleh berdikari dengan sendirinya..aku rasa seronok bila dapat tahu ada pelajar yang dah jahit getah rambut dirumah dan menjual pada rakan2 dan tempat tinggal mereka..walaupun murah je getah rambut tu..tapi sekurang2nya mereka tahu aplikasikan kemahiran yang mereka dapat di sekolah untuk digunakan sebagai sumber pendapatan secara kecil-kecilan..alhamdullilah...


kain untuk membuat getah rambut ni aku amek daripada seorang ibu pelajar yang mengambil upah menjahit..aku minta perca-perca kain yang dah tak digunakan untuk membuat getah rambut ni..banyak betul kain perca yang dia bagi..seronok aku dengan pelajar2 memilih perca2 kain yang cantik dan mengguntingnya mengikut ukuran..

pelajar dah boleh menggunting kain mengikut ukuran..

Labels:



Old things | New things