RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Kelas pertama meroti dengan anak muridku..
Tuesday, 15 April 2014 | 07:52 | 2 comments
Assalammualaikum..





Alhamdullilah..akhirnya dapat juga mengajar dan membuat roti bersama anak muridku..Untuk pertama kali membuat roti ni..aku buat tak banyak..hanya sekilo tepung sahaja..sebab memula mengajar roti ni mesti mengambil masa yang lama..ye lah..memula tu mesti kekok dan susah nak membentuk roti..jadi kalau buat banyak takut pulak terlajak masa dan mengambil masa kelas lain..

roti cheese dan gula..

Mixer roti aku angkut dari rumah..sebab kat sekolah belum ada mixer besar khas untuk roti..memula ajar memang budak-budak ni suka sangat sebab tengok aku hempas2 roti tu..kihkih..murid aku cakap kena buat macam ni eh cikgu..aku pun kata ler "aah..awak hempas dan tumbuk-tumbuk macam ni..awak bayangkan ler awak nak tumbuk sape..kihkihkih..pas aku buat dan tunjuk ajar mereka..aku suruh mereka lak buat..dari menimbang dan menyukat semua aku tengok..ok gak..mereka faham macam mana nak guna penimbang digital..lepas doh tu siap..aku suruh mereka tumbuk2 roti tu dan kemudian ajar membentuk roti agar roti tu licin dan cantik..

roti sardin..



Langkah membentuk memang payah sikit..kena ajar satu-satu..dalam masa singkat pelajar aku dapat menimbang doh dan membentuk roti..Alhamdullilah..suka sangat dapat tengok mereka teruja betul membentuk roti-roti tu..

roti tocang..

Lepas je abis bakar..apa lagi terus jek ngappp..sebab memang tak tahan bau roti ni bila dibakar..makan panas-panas memang sedap..

Lepas ni Pendidikan Khas aku dah mula menjual roti, muffin dan popia seaweed...

PPM membantu pelajar menumbuk roti..




Old things | New things