Disclaimer Scream Here
| Resepi Cream Puff yang sangat sedap..
Tuesday, 15 April 2014 | 21:33 | 3 comments
Assalammualaikum..
Lama betul tak makan cream puff..dulu rajin jugak buat cream puff sebab memang suka sangat makan..inti dia suka letak krim jagung yang dalam tin tu...memang sangat sedap..Kali ni buat pun sebab ada seorang sahabat teringin nak makan..buatkan khas untuk dia sebab mengenangkan dia pregnant..baru lah rajin buat..hehehhe..ini kali kedua buat untuk ibu mengandung..hehehe..pertama tu sorang kawan kat sek aku..seorang lagi pula dok kat JB..bagus jugak permintaan org preggy ni kan..jadi rajin dan laju jek aku buatkan..heheh..kang aku mengandung lak sape nak buatkan ek..heheheh...
aku buat 3 adunan sekali...sebab nak bagi kat mak dan untuk aku gak le nak makan nanti..heheh..Kalau makan cream puff ni mana boleh sebijik jek..mesti dekat 10 bijik aku makan..sedappp sangat..tapi kalau mak aku makan dia suka yang kosong jek..tak nak letak inti apa2..
Kali ni buat aku cuba guna resepi Sally Rashid (nak link tak boleh la pulak..hmmm)..aku tengok bukan main cantik dan naik jek cream puff dia tu..dia cakap kali ni buat semua cream puff tu menjadi..tak de yang penyek lepas keluar oven..aku tengok pun geram jek cream puff yang dia tayang kat FB..kali ni nak try resepi dia lah..memang betul apa yang Sally cakap..memang menjadi betul..tak de yang penyek pun..hehehehee..suka sangat..lepas ni guna resepi ni jek..Mekasih kat Sally Rashid yang memanjangkan resepi ni kat FB dan kat Blog..aku kongsi kat sini pulak untuk rujukan aku dan kawan2 yang lain.. Resepi Cream Puff (dpt dalam 26 biji) Bahan-bahan : 125 gm butter 1 cawan air (250 ml) *boleh dicampur dengan susu segar jika mahu 150gm tepung gandum *diayak bersama garam 1 sudu kecil baking powder secubit garam 4 biji telur 1sdk esen vanila Cara: Satukan air dan butter dalam periuk, panaskan sehingga mendidih. Masukkan tepung gandum bersama garam. Kacau cepat-cepat sehingga adunan tepung tak melekat didasar dan sekeliling periuk. Tutup api dan masukkan ke dalam mixer. Putar adunan tepung tadi dengan kelajuan sederhana, sehingga adunan menjadi suam. Masukkan telur satu persatu, pecahkan telur, kocok2 dengan garfu..kemudian masukkan ke dalam mixer..dah sebati baru pecahkan sebiji lagi telur dan teruskan sehingga 4 biji telur Masukkan juga esen vanila. Pukul adunan dari speed medium kepada high speed, sehingga adunan kelihatan berkilat dan pekat. Alas loyang dengan butter/paper/alum foil, paipkan atau sudukan adunan puff dan bentuk yang anda inginkan. Buat sehingga habis..Spray atau renjis2kan puff dengan air supaya puff naik cantik. Bakar dalam oven dengan suhu 200 C selama 20-25 minit api atas bawah..(bergantung kepada jenis oven anda dan juga saiz puff)..makin kecil puff makin pendek masa membakar.. On kipas oven jika ada. Puff yang menjadi akan ringan dan berongga di dalam, ketepikan untuk diisi dengan inti.. Filling Jagung Resepi :Zaliana My resepi Sumber : Kak Nor Secubit Garam 1 cawan air 1/2 cawan susu cair 1 cawan jagung dalam tin 1/2 cawan tepung kastard 5 sudu besar gula Cara: Kacau tepung kastad dan air Masukkan ke dalam periuk bersama susu cair dan gula. Kacau sehingga naik wap. Masukkan jagung dalam tin dan kacau sebentar hingga masak. Biarkan sejuk sebelum di masukkan ke dalam puff. inti dia aku tak masukkan dalam puff tu sebab nak bawak balik johor..jadi aku asingkan inti kastard jagung ni dalam bekas lain.. |