RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi Coffee Meringue Cookies yang rangup dan sedaaappp...
Monday 12 May 2014 | 09:21 | 6 comments
Assalammualaikum...



Ramai yang bertanya dan minta resepi Coffee Meringue ni bila aku post kat fb..aku kata nanti lah aku share kat blog dan terangkan cara membuatnya..bagi aku resepi ni nampak mudah..tapi sebenarnya cerewet juga dan kalau silap cara kita pukul putih telur tu..meringue tu akan jadi melekit selepas dibakar dan tak rangup..
Bila kita pegang..Coffee meringue ni ringan dan rangup bila di makan..memang sedap sangat ..tambahan pula ada rasa kopi..masa bakar.. aroma coffee emolco tu semerbak wangi..


Masa pestaim buat.. aku pukul putih telur tu tak berapa kental..tapi tengok pada rupa meringue tu mcm dah kental..dan aku pun paip atas biskut tu..bila lepas bakar..tgu kering..aku pelik gak kenapa meringue tu taknak keras dan dia melekit-lekit..pas tu btk meringue tak jadi..tak nampak bentuk pun..tak cantik langsung..


Kemudian aku try kali kedua..aku tak tahu apa silap yang pestaim aku buat tu..tapi aku rasa mungkin meringue tu aku tak pukul lama dan kental..so kali ni aku pukul lama dan rasa meringue tu..macam keras sikit..dan aku cuba paip..memang rasa susah nak paip sebab meringue tu kental..baru aku ingat chef yang ajar buat cookies ni..dia kata kalau kita paip meringue tu senang keluar..itu maksudnya meringue tu belum cukup lama kita putar..kalau kita paip dia mcm susah nak keluar..meringue tu dah cukup kental kita pukul..

rupa meringue yang kental..tepi2 tu coffee emolco..kaup balik dengan spatula..biar rata..

Alhamdullilah..akhirnya berjaya buat coffee meringue ni..lagi satu petua..masa kita sedang paip meringue tu..kemungkinan meringue dalam mangkuk adunan kita dah mula menjadi 'lembut;..bila meringue tu dah nampak mcm lembut..kita pukul lagi sampai kental..baru paip semula..faham tak?hehhe..maksudnya setiap kali kita nak guna meringue tu kita mesti 'check' semula meringue tu..masih kental atau dah 'lembut'..kalau tidak..bila bakar meringue tak berbentuk dan melekit bila keras..

So..petuanya:
1.Pastikan meringue kental bila dipukul.
2.Pastikan masa kita paip meringue tu mcm susah sikit bila ditekan keluar.
3.Pastikan meringue dlm mangkuk adunan sentiasa kental bila nak masukan dalam piping beg..

Resepi Coffee Meringue:

Bahan-bahan:
(utk bahagian bwh)
60 gm butter
1 sudu besar minyak sapi
30 gula kastor
1tsp coffee emolco
1/2 tsp choc emulco
100 gm tepung red rose
20 gm tepung jagung

Cara:
1.Kacau sebati butter,minyak sapi dan gula..guna senduk kayu atau spatula je..
2. Masukkan coffee emolco,choc emulco dan kacau rata lagi.
3.Masukkan tepung red rose dan tepung jagung..Uli guna tangan sampai sebati.
4. Canaikan doh lebih kurang 1/8' tebal..terap dengan menggunakan acuan bulat kecil (lebih kurang duit 10sen tu).
5.Susun dalam dulang pembakar..ketepikan..

Meringue:
60 gm putih telur
80 gula kastor
1 tbsp meringue powder@cream of tartar
1/4 tsp coffee emolco

Cara:
1. Kacau putih telur dan gula dengan whisk sehingga rata.
2.Double boil sekejap sambil kacau-kacau dengan whisk lebih kurang 5 minit..
3. Masukkan dalam mangkuk adunan dan putar terus dengan kelajuan tinggi.
4. Masukkan meringue powder@cream of tartar dan coffe emolco..putar lagi sehingga bertanduk dan betul2 kental..(boleh rasa dengan jari)..pastu kaup balik sekejap dengan spatula biar rata..
5. Masukan dalam piping beg dan paipkan atas bahagian bwh biskut tadi..(guna nozzle 20@22)..aku guna nozzle 22..
6.Bakar selama 30 minit dengan suhu 150 C..(untuk pastikan meringue betul2 dah masak dan rangup..patahkan sikit hujung meringue yang bertanduk tu..jika patah dan rangup..biskut dah masak..dan bolehlah keluarkan dari oven..tunggu sejuk baru masukkan dlm balang biskut..



selamat mencuba..





Labels:



Old things | New things