Disclaimer Scream Here
| Resepi Biskut Red Velvet simple, mudah dan sedap..
Sunday, 15 June 2014 | 08:49 | 0 comments
Salam sayang..
Hari ni nak share resepi Biskut Red Velvet simple, mudah dan sedap sangat..aku kata simple sebab bahan-bahannya tak banyak..cuma 6 bahan jek yang digunakan..dapat resepi ni..masa join kelas cookies..ada 10 jenis cookies yang aku belajar..dan ditambah lagi 4 jenis cookies bonus..so semuanya ada 14 resepi le yang aku dapat..kelas yg aku join ni demo jek..tapi akhir kelas dapat gak makan sikit setiap cookies yang dibuat oleh chef tu..kecuali 4 jenis cookies bonus ni..chef suruh kita org salin jek.. Jadi kalau nak rasa cookies tu..kena lah buat sendiri..so mgu lepas aku try buat salah satu 4 jenis cookies tu..iaitu red velvet..sebab aku tengok bahan2 nya senang sangat..cara nya pun mudah..tapi aku nak cuba gak nanti resepi biskut red velvet lain2 tu yang aku dah tengok kat blog kak ita..kat blog2 lain pun ada aku tengok biskut red velvet..ada masa aku nak cuba..
Dan rasanya..sangat sedaapppp tau..ranggup jek...aku rasa mcm nk buat untuk raya nanti..dan kalau tengok resepi ni tak guna telur tau..kat situ dah jimat telur..heheeeee... Resepi Biskut Red Velvet mudah.. 200gm tepung red rose 150gm mentega 55gm gula aising 60gm tepung jagung 10gm susu tepung 2 sudu kecil pewarna merah Bahan hiasan: Coklat masakan putih biskut red velvet diramas2 ( untuk ditabur atas biskut yg telah dicelup dengan coklat putih cair)- aku x buat..sebab malas lak nak celup biskut tu..aku letak coklat chip putih dan paipkan coklat cair putih jek.. Cara: 1.Pukul mentega, gula dan pewarna merah hingga sebati. 2.Masukkan tepung red rose sedikit demi sedikit..kemudian uli doh hingga lembut. 3.Canai doh dan terap menggunakan acuan yg disukai. 4.Susunkan di atas dulang pembakar.Bakar pada suhu 150 c selama 25 minit atau sehingga masak. 5.Setelah sejuk, celup atas biskut dengan coklat putih cair..tapi ketepikan sedikit beberapa biji biskut lain untuk diramas2kan..dah ramas..ketepikan untuk tabur sedikit atas biskut yang telah dicelup tadi.. 6.Setelah siap..simpan dalam bekas kedap udara.. Selamat mencuba.. Labels: Biskut |