RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Brownies Chocolate Cheese Blueberry..dan jamuan Hari Raya Pendidikan Khas..
Friday, 5 September 2014 | 10:06 | 1 comments
Assalammualaikum..



Brownies Chocolate Cheese Blueberry ni sangat2 sedap dan moist sangat..dan cara nak buatnya pun mudah jek..untuk jamuan hari raya pendidikan khas aku sediakan brownies ni untuk pelajar2 dan  kawan2 aku rasa..(sebenarnya jamuan raya ni minggu lepas..hehehe..)..raya pun dah abis dah ni..hehehee..
gambo atas dan bawah ni lebih kurang sama jek..hehehhee..

Memang berbaloi mencuba resepi brownies ni..memang tak rugi pun..bahan2 pun tak banyak..aku pun dah banyak kali buat dan ada juga amek order..terima kasih la yang share resepi ni..hanya Allah yang membalas budi baik penyumbang resepi yang enak ini..sebab aku dah buat bisnes..minta halal dunia akhirat..aku amek resepi ni di sini..boleh tengok kat situ untuk lihat step2 menyediakan BCCB ni ye..

ni anak murid aku syamimi..memang rajin budak ni..pas aku potong2 brownies ni aku ajar dia susun dalam loyang semula..

yang ni dia susun dalam bekas untuk pelajar2  pulak..


hehehee...sempat bergambo...

dah siap potong2..tak berapa kemas aku potong..hehee...

Resepi Brownies Chocolate Chesse Blueberry

Bahan-bahan brownies

250gm mentega
1 cwn serbuk koko 
3 biji telur gred B 
1 1/2 cwn gula castor
1/2 cwn susu cair
1 1/2 cwn tepung gandum *Ayak dgn BP & SB
1 tsp baking powder
1 tsp soda bikarbonate
1 tsp esen vanilla


Cara-cara:

1. Cairkan mentega. Masukkan serbuk koko dan kacau rata.
2. Handwhisk gula dan telur. Masukkan ke dalam adunan butter+koko. Kacau sebati. 
3. Masukkan susu cair dan kacau sebati. 
4. Masukkan tepung+BP+SB sedikit demi sedikit sambil dikacau hingga sebati. Akhir sekali, masukkan esen vanilla dan kacau rata.
5. Panaskan oven pada suhu 175 darj cel. Alas loyang 10" x 10" dgn grease proof paper. Biar kertas berjuntai pada dua belah yang bertentangan supaya mudah mengeluarkan brownies.
6. Tuang adunan brownies ke dalam loyang dan ratakan. Tinggalkan sedikit untuk membuat marble di atas lapisan cheese nanti..(aku tak buat sebab aku guna filling blueberry untuk buat marble di atas cheese tu).. Bakar selama 20min menggunakan api atas dan bawah. 

Bahan-bahan lapisan cheese:
250g cream cheese
1 cwn gula castor
1 biji telur gred B

Cara-cara:

1. Pukul cream cheese hingga gebu. Masukkan gula dan pukul lagi hingga sebati.
2. Masukkan telur dan pukul lagi hingga sebati.

*Selepas 20min keluarkan brownies dari oven. Tuangkan adunan cheese dan ratakan.
Paipkan baki adunan brownies ke atas lapisan cheese dan lorekkan corak ikut citarasa..(aku guna filling blueberry..dan rasanya lebih urrmmm)..Tapi dah namanya Marble Cheese Brownieskan, kenalah lorek macam marble. Caranya buat line melintang dulu. Pastu tarik dari atas kebwh.. (guna lidi). Kemudian bwh ke atas pulak... Selang-seli hingga siap.

Masukkan semula ke dlm oven dan bakar lagi selama 15 minit atau sehingga cheese masak. Biarkan sejuk sebelum dipotong.

Di bawah ni gambar2 masa jamuan Hari Raya pendidikan khas..tak banyak gambo sebab tak sempat sangat nak amek sebab aku sibuk makan jek..hehehee..boleh lah sebagai kenangan terindah aku di pendidikan khas..esok2 aku dah pencen..aku mesti tengok balik gambo2 ni dan mesti aku akan rasa syahdu..huhuu..

best betul raya..sebab asyik makan2 jek..hehehee



dah kenyang kita bergambo la ye..

tak taw dah nak makan apa lagi..

anak murid aku yg nakal ni..Abin..eee geram betul kalau tengok muka dia..asyik nak cubit jek pipi dia sebab comel sangat..

pandai ko posing mimi..hahahaha...

jejaka kacak ni..hehheee

kihkihhhh..ni aku dgn anak muridku yg paling tinggi..cikgu kemetot jek..hahahaaaaaa...

Labels:



Old things | New things