RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi Biskut Famous Amos/oatmeal Crunchy Cookies yang sangat rangup dan sedap..
Tuesday 6 May 2014 | 20:22 | 0 comments
Assalammualaikum..


Hari ni nak share resepi biskut Famous Amos yang sangat sedap dan rangup..Resepi amek dari blog Citarasawan..mekasih sangat2 pada kak wan yang sudi share resepi yang sangat best..mekasih bebanyak..hanya Allah yang membalasnya..bermula daripada anakku mukhriz suka makan..akhirnya dah terjebak buat jualan cookies ni sebab bila ramai dah rasa..semua kata sedap dan suruh aku jual..Aku share resepi kat sini sebab kawan2 mintak resepi ni..aku ckp aku pun amek kat blog citarasawan..gerenti sedap..tak rugi mencubanya..


Biskut Famous Amos / Oatmeal Crunchy Cookies
Sumber : resepicitarasawan.blogspot.com


Bahan A
250gm mentega
220gm gula pasir - (kurangkan 100gm)
200gm gula perang
2 biji telur
1 tsp vanila

Bahan B
250gm tepung red rose
1 sudu kecil soda bikarbonat
1 sudu kecil serbuk penaik
1 sudu kecil garam halus

Bahan C
200gm oatmeal (aku buat 150gm oatmeal dan 50gm nestum)
200gm chocolate chips
100gm chocolate masakan - dicincang kasar(aku letak 2tbsp serbuk koko)
100gm almond nibs - dibakar
50gm walnuts - dibakar

Cara-cara :
1.  Bahan A, pukul mentega dan gula hingga kembang, masukkan telur satu persatu dan vanila.  Putar hingga bergaul rata.
2.  Ayak bahan B didalam mangkuk, kemudian satukan bersama bahan C, gaul hingga rata.  Kemudian gaulkan dengan bahan A hingga menjadi doh.
3.  Sudukan ke dalam loyang pembakar yang telah digris terlebih dahulu.  Bakar pada suhu 160C selama 20 minit atau hingga masak.(aku bakar suhu 150C selama 30 minit)..

*** biskut agak manis, boleh kurangkan gula mengikut citarasa


Labels:



Old things | New things