Disclaimer Scream Here
| Menu-Menu Berbuka dan 7 Resepi....
Thursday, 10 July 2014 | 09:10 | 0 comments
Assalammualaikum..
Baru berkesempatan nak share menu berbuka..memang terlalu sibuk menyiapkan tempahan biskut..balik sekolah..selepas zuhur dah bersilat ke dapur..seawal jam 3.30 atau jam 4 petang dah mula memasak..yang penting memasak menu kegemaran anak2 dan suami..kita ni sebagai ibu tak mengapa..makan simple2 pun dah cukup..tapi kesian kat anak2 yang belajar berpuasa..kena masak sedap2 untuk buka selera mereka.. Bila dah siap jek menu berbuka..terus buat adunan biskut..tapi tak terus bakar masa tu..siapkan dulu adunan dan malam pukul 9 malam baru aku membaking..jadi tak lah kelam kabut..Semoga Allah beri aku kesihatan yang baik sepanjang bulan Ramadhan ini supaya dapat memasak untuk keluarga,menyiapkan tempahan biskut dan bersolat terawih..cuma itu lah tak dapat ambil tempahan kek walau ramai yang ingin menempahnya..memang tak larat dah..huhuuuu..jam 1 pagi baru lah masuk tidur dan 4 pagi dah bangun pula untuk siapkan sahur pulak..macam tu lah jadi isteri dan ibu..penat..tapi ada ganjarannya kan..InsyaAllah.. Hari ni berkongsi beberapa menu berbuka..mana lah tahu tengok2 menu2 ni ada idea nanti nak masak apa waktu berbuka..tak de lah spesel sangat menu2 ni..cuma nak berkongsi idea aje tau..hehehee.
LAKSA BASAH GORENG
Resepi :Laksa Basah Goreng
Sumber: sendiri punya..(boleh tambah2 ikut tekak sendiri)
1 paket laksa basah
4 biji bawang merah@1 biji bawang besar - dikisar
3 ulas bawang putih - dikisar
2 sudu makan cili kisar
3 sudu makan sos cili
4 sudu makan kicap
2 sudu makan udang kering-ditumbuk
300 gm isi ayam - dihiris kecil
150 gm udang segar @sotong-
1 pokok sawi -dipotong
200gm kubis - dihirs
2 cawan air
3 sudu makan minyak masak
garam dan gula secukup rasa
Cara :
1.Panaskan minyak dan tumiskan bahan2 kisar.Masukkan cili kisar dan udang kering sehingga wangi.
2.Masukkan ayam,udang dan sotong.Masukkan kicap pekat dan sos cili.Kacau rata.
3.Tambahkan air dan kacau.Sesuaikan rasa garam dan gula.
4. Masukkan laksa basah,sawi dan kubis.
5.Kacau rata dan hidangkan.
BUBUR KACANG DURIAN
Resepi :Bubur kacang durian
Sumber : Sinar Kehidupanku.blogspot
Bahan-Bahan
PUDING PEACH
Puding Peach
Resepi :Anjung Norry
Sumber:izah daut blogspot
Bahan-bahan
1 paket agar-agar serbuk(10 gram) 600 ml air putih 250gram gula 1 tin susu cair (400ml) 1 biji telur 2 sudu besar tepung kastard pewarna merah 1 tin kecil peach dalam syrup
Cara-cara
1.Masakkan agar-agar bersama 600 ml air 2. Bila menggelagak, masukkan gula hingga larut 3. Selepas itu masukkan susu, perlahankan api 4. Untuk lapisan kedua, singkan lebih kurang 1/5 daripada agar yang dimasak tadi(letakkan dalam periuk berlainan) diwarnakan dengan pewarna merah 5. Pukul telur, masukkan tepung kastard dan sedikit sahaja air, dalam 10 ml, masukkan ke dalam larutan 4/5 agar-agar yang tinggal tadi , kacau hingga sebati. Susun buah peach dalam bekas, tuangkan adunan pertama.Tunggu hingga beku 6.Apabila lapisan pertama sudah beku, tuangkan adunan kedua 1/5 agar-agar yang telah diwarnakan merah. 7. boleh dihidangkan apabila sudah beku ...:)
GARLIC FINGER BREAD DAN SUP CENDAWAN
BASIC BREAD RECIPE
Resepi: Puan Roshayati Johari
Sumber: izah daut blogspot
Bahan A
500g tepung roti
100g gula
1 sk garam- aku tak letak
30g susu tepung
1 sk bread softener- optional - tak letak
1 sk bread improver- optional - aku letak
4 sk yis @ 11 gm yis mauripan
Bahan B
250ml air
1 bj telur- pukul sedikit
Bahan C
80g margerine
Bahan D
Gula kasar utk tabur- *tak letak
Cara2:
1. Gaul sebati bahan A
2. masukkan bahan B ke dalam bahan A dan uli sampai licin.
3. masukkan bahan C dan uli sampai adunan tidak melekat ditangan
4. biarkan adunan naik 2 kali ganda selama 30-40 minit.,
5.
tumbuk2 utk keluarkan angin. uli sebentar, bulat2kan doh sebesar 50g
setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2
kali ganda.
6. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
7. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.
atau
1. Masukkan semua bahan kecuali Bahan D dalam Bread Maker, pilih setting doh (dlm sejam setengah).
2. bila BM dh siap menguli, kuarkan dan tumbuk2 utk buang angin dia,
3. bulat2kan doh sebesar 50g setiap satu. susun dlm loyang, spraykan air atas roti dan biarkan naik 2 kali ganda.
4. taburkan gula kasar jika suka, spraykan sedikit air dan bakar pada suhu 180 C selama lbh kurang 30 minit.
5. bila dh masak, keluarkan dan sapu dgn marjerin utk dapat permukaan yg berkilat.
GARLIC SPREAD
50 gm Butter bergaram ~ suhu bilik
3 ulas bawang putih ~ dicincang halus
2 pokok daun ketumbar ~ dicincang halus
sedikit lada hitam kisar
Gaulkan semua bahan
Siap digunakan.
CARA UNTUK FINGER GARLIC BREAD: (Cara izah daut dan aku pun buat sama)
Bila
doh sudah diproof dan dibuang angin, ambil doh sebesar 50gm, bulat2 kan
dan ratakan doh @canai doh menggunakan penggelek. Kemudian gulung doh
tadi menjadi bentuk finger bun. Ulang lagi sehingga semua doh habis.(tapi sblm gulung aku sapukan jugak garlic spread tu kat doh yg dicanai tu)..
Proff
doh tadi sehingga kembang dan sapu garlic spread di atas permukaan
roti. Bakar roti pada suhu 180 C selama lebih kurang 25 minit atau
hingga permukaan roti perang. Dihidangkan bersma mushroom soup.
SPAGGETHI AGLIO OLIO
Resepi :Spagetthi Aglio Olio Sumber :sendiri (hentam jek janji sedapppp) Bahan2: 1 bungkus spagetthi (kalau x masak byk..buat le separuh jek) 300 gm ayam- dipotong kecil 100 gm sotong-dipotong udang/kupang-ikut suka 1 biji bawang besar holland-dipotong dadu 5 biji bawang putih- dicincang2 halus 1/2 sudu teh serbuk lada hitam 1 sudu teh lada hitam biji-ditumbuk kasar 1 sudu besar serbuk cili/cili kering yg digunting halus/cili flakes garam secukup rasa Cara2nya: 1. rebus spagethi hingga lembut dan toskan. 2. panaskan minyak dan tumis bwg besar dan bwg putih hingga wangi. 3. Masukkan ayam,sotong dan kacau rata. 4.Masukkan lada hitam tumbuk dan garam..kacau lagi 5.Masukkan spagetthi,serbuklada hitam,cili kering/cili flakes. 6.Kacau rata dan angkat. MIHUN GORENG Resepi :Mihun Goreng Sumber Resepi :Chef Hanieliza (senangnya memasak mi,mihun &Kuetiau) Bahan2: 1 paket mihun (rendam dan toskan) 10 tangkai cili kering-dikisar 2 bj bwg merah -dikisar 3 ulas bwg putih 200 gm isi ayam-dihiris nipis 100 gm udang 250 gm kubis-diracik 1 batang pokok sawi -dipotong 1 cwn tauge 1/2 cwn air 3 sudu mkn minyak garam dan gula secukup rasa. Cara: 1. Panaskan minyak dan tumis bahan kisar hingga wangi 2. Masukkan isi ayam, udang dan kacau rata. 3.Apabila isi ayam dan udang masak, masukkan garam dan air.Biar didih sekejap. 4.Masukkan kubis dan ihun.Kacau rata hingga sebati. 5. Apabila mihun lembut,masukkan sawi dan tauge.Gaul rata. 6. Semasa hidang tabur daun sup, daun bawang dan hirisan telur dadar.
CEKODOK PISANG KEMBUNG
Resepi: Cekodok pisang kembung Sumber resepi : kakbesah@myr Bahan-bahan ( 2 piring penuh )
Labels: menu berbuka |