RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi roti Gebussssss
Monday 30 December 2013 | 09:13 | 15 comments
Sebelum dibakar...
selepas dibakar...nyummm..nyummm..
Tergoda tak tengok roti ni..hehe..Memang resepi roti ni senang dan sangat sedap..Selepas belajar buat roti hari itu..ini lah hasil pertama yang aku buat..memang anak-anak suka sangat..sekejap je habis..aku pun kalau makan roti manis ni siap cicah dengan air teh..Wahhhh aku berjaya buat roti yang sedap dan gebuss..memang aku dah tak beli lagi roti kat kedai tu..sebab lebih sedap, bersih dan boleh makan panas-panas selepas dibakar..


Roti ni aku tabur cheddar cheese yang telah diparut..
Kat bawah ni ada aku sertakan resepi roti gebus ni..Korang cuba la..mesti teruja punya..Mesti selepas ni tak payah dah beli roti kat kedai roti atau kat tesco ke,Giant ke, Jusco ke..resepi roti ni dah mcm kat kedai tau..yang penting kita ada mixer la..aku guna mixer yang boleh buat kek sekali..tak beli breadmaker..guna cangkuk besi khas untuk doh roti tu..Kalau ada mixer atau BM ni senang nak uli..kalau tak de boleh gak..tapi berpeluh-peluh le korang nak uli sampai doh tu lembut..huhu..

Ok lah.. jom kita tengok bahan-bahan dan langkah-langkah nak buat roti ni..

Resepi Roti Gebusss:
Sumber : Kelas Roti

Bahan-Bahan :

500g                    Tepung roti
100g                    Gula Kastor/gula pasir halus
11g                      Yis kering (aku guna jenama Saf Instant)
1 sudu teh            Bread Improver
100g                    Marjerin/butter/shortening - aku guna marjerin Sri Pelangi
1 biji                   Telur ( aku guna Gred A) *
2 sudu besar        susu pekat manis *
Air dari peti sejuk - dicampur bahan bertanda * = 315g - tidak boleh kurang ye.
*memula letak telur,pastu susu pekat manis, pastu baru masukkan air dan timbang sehingga dapat 315g tu)..

Kaedah 1 - Bread Crumb (uli tangan)

1. Satukan tepung, gula, yis, bread improver.
2. Uli sebati
3. Masukkan cecair (susu pekat, telur & air sejuk=315g)
4. Uli selama 10 minit @elastik, masukkan marjerin.
5. Biarkan sekejap selama 5 minit.
6. Sambung uli selama 10 minit.
7. Biarkan sekejap selama 5 minit.
8. Uli lagi..Selepas itu keluarkan atas papan banting dan tumbuk-tumbukkan doh seberapa byk yg boleh.
9. Timbang 45/50g dan biar selama 10 minit.
10. Sapukan loyang dengan marjerin.
11. Selepas itu bentukkan mengikut kreativiti anda.
12. Perap selama 45 minit atau bergantung kepada cuaca dan keaktifan yis.
13. Sebelum bakar sembur je dengan air.
14. Bakar 180 C selama 10 minit. Oven kecil disarankan 200 C masa 15 minit menggunakan api atas bawah.
15. Sapukan marjerin semasa roti masih panas.

Kaedah 2 : Bread Maker

1. Masukkan semua bahan cecair.
2. Masukkan gula, yis, bread improver.
3. Masukkan tepung.
4. Masukkan marjerin.
5. Tekan setting "Dough" sehingga mesin berhenti.
6. Selepas itu ikuti langkah no 8 sehingga 15 pada cara-cara penyediaan kaedah bread crumb.

Kaedah 3 : Mixer (aku guna kaedah ni)

1. Masukkan tepung, yis, gula dan bread improver.
2. Masukkan bahan cecair (susu pekat, telur dan air sejuk=315g).Mix adunan dalam 15 minit.
3. Masukkan marjerin dan mix lagi sehingga adunan menjadi lembut. (kalau kita tarik mcm roti canai-tak putus-lebih kurang 10-15 minit lagi).
4. Selepas itu ikuti langkah no 8-15 (lihat pada kaedah Bread Crumb)..

*aku banting roti, tumbuk-tumbuk,banting roti,tumbuk-tumbuk..ulang-ulang banyak kali gak aku buat..aku tumbuk guna tangan tau bukan kaki..heheh...
* aku guna penimbang digital kerana pembuat roti perlu timbangan yang tepat.



Roti sosej
Sebelum bakar kita sembur dengan air jek..pas tu aku tabur gula pasir..jadi lah mcm roti kat bwh ni..pas roti masak..keluarkan dan cepat-cepat sapukan dengan marjerin..supaya roti lagi lembut dan cantik..
Ini roti manis..lembut dan gebusss sangat..

Contoh Timbangan bg doh asas roti naik:
1. Aneka mini bun
- boleh buat roti tuna, pizza, sosej, kacang,floss
- timbang 33g, 45 atau 50g
2. Aneka roti naik (susun dlm loyang 8' @20cm bertangkai
- timbang 45g=9 biji
- 33g = 12 biji..

Selamat mencuba

Labels:



Old things | New things