
|
Disclaimer ![]() Scream Here
| Resepi Roti Sardin Roll..untuk bersahur..
Tuesday, 1 July 2014 | 21:10 | 0 comments
Assalammualaikum..salam sayang..
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa..hari ni dah masuk 4 hari berpuasa...Alhamdullilah dan syukur kerana Allah masih panjangkan usia untuk kita menjalani ibadah puasa tahun ini..Sempena bulan ramadhan ini aku memohon ampun dan maaf andai ada perkataan dan perbuatan yang mengguris hati sahabat2ku..semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Cerita tentang puasa ni..masalah utama yang selalu buat aku pening ialah "MENU"..menu nak berbuka nanti..baru sehari puasa dah pening esok pulak nak masak apa..Walaupun sibuk memenuhi tempahan biskut..memasak untuk berbuka tetap diutamakan..lebih2 lagi suami dan anak2 suka makan dirumah dan jarang membeli makanan di bazar..sebab utama tak pergi bazar ramadhan sebab aku tak de masa nak meninjau2 kat situ..pas tu takut pulak terlebih membeli makanan..sebab bila pergi mesti semua nak rasa..jadi untuk menyelamatkan diri dan poketku jugak..jadi tak payahlah pergi..hehehee.. hari ni tak de lah nak kongsi menu berbuka..sebab memang tak sempat nak amek gambo semua masakan dari hari pertama berbuka sampai semalam ni..hehhee..cuma hari ni nak kongsi mlm tadi ada buat roti sardin roll..buat tak byk..sebab untuk bersahur jek..tp tak byk pun setengah kilo tu..tetap dpt byk gak..jadi ada lah lebih roti ni..so pepagi aku hantar kat rumah pengasuh anak..bolehlah dia buat berbuka nanti.. Resepi roti ni memang guna resepi roti gebusss yang pernah aku share..buat roti ni sekejap jek..sebab mudah..gulung dan potong2..tengok langkah2 kat bwh yg sempat aku amek gambo..
siapkan inti sardin dulu..boleh jugak guna tuna..lagi sedappp..
gelek doh seperti di atas.
Resepi roti sardin roll.. Resepi roti :guna resepi roti gebusss.. Inti sardin : 1 ti kecil sardin (boleh guna tuna)..buang sedikit kuah sardin dan cincang sardin hingga hancur 1 biji bawang besar - dihiris halus 1 biji lada merah - dihiris 1 sudu kecil lada sulah sedikit garam Cara: 1.Panaskan minyak.Tumis bawang dan lada merah. 2.Masukkan sardin.Kacau rata. 3.Masukkan garam dan lada sulah.Kacau rata..dah masak angkat dan ketepikan. Labels: roti Roti sarang lebah yang memang best...
Monday, 28 April 2014 | 09:27 | 0 comments
Assalammualaikum..dan salam sayang..
Roti sarang lebah..kenapa ye dipanggil roti sarang lebah..mungkin sebab sos butterscotch tu menyerupai madu yang dibuat oleh sang lebah..heheh..agaknye ler..tp kat FB sana sini org dok tayang roti ni..aduhhh..nampak sangat sedap..sebab atas roti tu dilimpahi dengan sos butterscotch yang memang meruntun lidah nak merasainya..tp sbb pikir tgh diet..kekonon tak makan roti..nasi..dan apa2 lah yag berkarbohidrat..heheh..diet atkins kononnya..adoiii..memang dekat 2 minggu tak jamah nasi sbb badan dah mula naik..dlm 2 minggu tu cuma betul2 buat atkins 5 hari jek..yg lain hari tu ada gak jamah sikit2 roti..try diet atkins ni sebab takut badan naik lagi..nmpak ok gak..ada kesan susut kat perut dan pinggang..tapiiii..kebetulan ada kawan nak dtg rmh..pas tu mintak buat nasi arab dan roti sarang lebah ni..punah lah diet ku..kihkih..tak per..esok2 buat semula..sebab dah rasa seronok lak bila berdiet ni..
Ingat nak makan sikit jek roti tu..tapi sebab kesedapan sos butterscotch tu..aku amek sampai 3 ketul roti..waaaa..mcmna nak diet ni..pas tu..nasi arab tu memula sesenduk jek..amek lagi sesenduk..mmm..tak per lah esok boleh diet..kihkih..
Memang sedap betul ler roti ni digandingkan dgn sos butterscotch tu..bila mkn siap cicah2 sos tu..esok dah abis diet aku mesti buat lagi roti ni..heheheh...aku bagi seloyang kat jiran sebelah..kwn aku nak balik..aku tapaukan seloyang gak bawak balik..
Resepi ni aku amek dari blog izah daut..best betul blog dia..suka tengok gambar2 masakan dia yang cantik2..terima kasih kat izah daut yang sudi memanjangkan resepi ni..pencetus resepi asal ni daripada Lydia Honey..terima kasih tak terhingga kerana memperkenalkan roti sarang lebah yang mabelesss.. tapi aku tersilap sikit kat sos tu..sepatutnya tunggu sejuk dan agak pekat sikit baru curah kat roti..tapi aku masa sos tu panas2 dah curah terus kat roti tu..huuuu..dah tak cantik sangat warna sos tu...hehehe..tak pe ler..janji sedap..heheh..dan kali ni pulak aku cuba buat roti tu guna resepi kat bawah ni..tak guna resepi biasa aku buat tu..sebab nak cuba rasa resepi roti lain lak..memang gebu dan lembut jek roti ni..
ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
sumber: Izahdaut
Bahan-bahan : 2 cawan tepung gandum (aku guna 1 cwn tpg roti,1 cwn tpg gandum)
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh yis kering 1sb gula pasir 1/2 cawan air suam 1/4 sudu teh garam 1/4 cawan plain yogurt 1/4 cawan minyak sun flower / minyak masak
Cara Membuat :
1. Larutkan yis, gula dengan air suam sehingga berbuih. 2. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum dan baking powder, letak garam dan kacau sehingga sebati. 3. Masukkan campuran yis yang dah berbuih tadi, yogurt dan uli (aku uli guna mixer) sambil-sambil masukkan minyak sikit demi sedikit, uli sehingga elastik. (jika guna mixer anggaran dalam 20minit, jika uli dengan tangan anggaran dalam 35min - 1 jam) supaya roti kita akan naik dengan gebu. 4. Kemudian, biarkan doh kembang sehingga 2x ganda.
5. Bila doh dah kembang tumbuk doh supaya keluar angin.
6. Sapu minyak di tangan dan ambil doh untuk dibentukkan samada nak besar atau kecik terpulang (aku bentukkan bulat besar dan susun dalam loyang rapat-rapat). Doh memang lembik dan melekat tapi jangan di tambah tepung, cuma sapu je minyak untuk kurangkan melekat tu.
7. Taburkan dengan pumpkin seeds (aku tak letak) dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
Izah daut bgtahu..Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah. Time bako dalam 10-15 minit. Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya. Sedia untuk dihidangkan. NOTE:-(izah daut pesan:) 1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2. 2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik. 3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton. 4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras 5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2. BUTTERSCOTCH SAUCE 1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok 1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair) A pinch of salt 1/2 tsp vanilla essence 25g butter Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih. Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya. Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.
NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan. Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
selamat mencuba...
Labels: roti Roti lagi..
Saturday, 8 March 2014 | 09:02 | 0 comments
Assalammualaikum...
Roti lagi..bagi aku roti ni tak jemu kalau makan hari-hari..anak2 memang suka sangat kalau aku buat roti..bila tak sibuk dengan tempahan kek..aku akan meroti untuk minum petang atau sarapan pagi..Roti-roti kat bawah ni aku buat untuk bekpes esoknye..jadi untuk bekpes kena lah malam2 meroti..sebab esok pepagi tak mungkin boleh nak meroti sebab perut mesti lapar..mana lah boleh tungu roti tu nak naik setengah jam..pas tu nak bakar lagi..mesti aku dah kelaparan..huhuuu..aku buat juga pizza rendang ayam..guna doh roti yang sama..hanya guna rendang ayam segera adabi je untuk topping...heheh..nak jimat masa..malas lak nak menumis inti pizza..so guna le apa yang senang..sedap gak..
Masa nak buat roti2 ni teringat kat sorang kwn ni..dia suruh aku amek gambo bila buat roti ..sebab nak tengok step2 buat roti terutamanya roti sosej dan kacang merah yang bentuk ulat tu..tapi ada jugak step yang terlepas..hehe..terlupa nak amek...mcm biasa aku amek gambo guna iphone jek.. Resepi roti-roti kat bawah ni aku guna resepi yg sama iaitu Resepi Roti Gebusss tu...boleh lihat entri resepi roti gebuss untuk langkah2 membuat doh.. Roti berinti kacang merah..(peberet aku ni..) 1.Leperkan doh..isi inti kacang merah..(sebelum tu inti kacang merah tu pun kita leperkan)..pastu bungkus semula.. 2. Leperkan semula doh..tekan2 doh jadi bentuk seperti di atas..(seperti segi tiga).. 3. Kelar2 kan doh dengan pisau seperti gambar di atas. 4. Pastu gulung je doh dari bawah ke atas..siap.. Roti sosej.. 1. Leperkan doh dan letakkan sosej seperti gambar di atas. 2. Pastu balut sosej. 3. Gunting menjadi 9 bahagian..gunting sampai putus sosej tetapi jangan doh tu terputus lak.. 4. Pas tu tolak ke kiri dan ke kanan sosej tu..
5. Dah kembang..baru picit sos cili dan mayonis..
Labels: roti Tips roti cepat kembang dan naik gebusss...
Wednesday, 15 January 2014 | 07:59 | 0 comments
Salam sayang semua..Hari ni nak kongsi cara cepat mcmna nak bagi roti naik kembang dan gebuss..biasanya kita kena tunggu dekat sejam atau lebih untuk roti tu naik..tapi tengok gak keadaan cuaca..kalau cuaca panas..roti boleh naik dalam masa 45minit@sejam..tapi kalau cuaca sejuk atau kita buat malam2 mcmna roti tu nak naik cepatkan...Dulu aku tak tahu..bila buat waktu malam (sebab selalu nak buat bekpes untuk esoknya)..jenuh nak tunggu naik..ada le dekat 1 jam setengah atau lebih tau..adoiii mata pun dah layu nak tido..huuuu.. ![]() ![]() ![]() ![]() Aku dapat tips ni masa aku 'jalan-jalan skodeng blog'..hehe..terbaca satu tips bila buat roti masa cuaca sejuk..so..aku cuba tips ni bila malam2 meroti..Alhamdullilah cepat roti naik..dalam setengah jam dah naik!!!!!..yeahhhh..tak de lah lagi aku terkebil2 tunggu roti naik..adoiiii.. ![]() ![]() ![]() ![]() Caranya mudah saja tau..Ada 2 cara : 1. Panaskan oven dalam 3 minit..pastu tutup suis..tutup loyang roti tu dengan plastik..(aku lupa lak nak amek gambar)..aku guna plastik biasa je tu..plastik tesco..hehe..pastu masukkan dlm oven..tutup oven..biar dlm tu sampai naik kembang..tak sampai setengah jam korang tengok roti tu dah naik.. Pas dah naik keluarkan roti..set kan semula suhu nak bakar roti..biasa aku bakar 180 c (roti naik aku bakar selama 25 minit)..pastu bakar mcm biasa.. Cara no 2 lak: 2. Letakkan air panas kat dulang pembakar..pas tu letakkan loyang roti di atasnya..(bukan letak@rendam loyang kat air panas tu..tapi dulang pembakar kat bwh..pastu ada besi jaring2 tu..letak loyang roti tu kat atas besi jaring tu..haba air panas akan memanaskan loyang roti..so..roti cepat le naik..sebab ada haba/wap panas.. ![]() ![]() ha..banyak kan roti yang boleh aku buat..sbb aku dah tahu cara nak bagi roti tu naik dengan cepat dan pantasnye..kihkih..semua roti kat atas ni aku guna cara 1..so..sekarang aku dah tak risau dan tak malas le lagi nak buat roti malam2..hehe.. selamat mencuba ye.. Labels: roti Resepi papa roti/mexico bun yang sangat sedap..
Thursday, 2 January 2014 | 09:37 | 1 comments
Sebenarnya bila kita dah tahu asas buat roti..tak susah kita nak buat jenis roti yang lain..Kali ni aku buat papa roti/mexico bun..Memula aku nampak resepi ni kat FB Jom Masak..Memang aku suka sangat papa roti ni..bila pergi Jusco atau Tesco aku mesti nak beli roti ni..sebab bau kopi dia yang harum dan bila makan bukan boleh satu..mesti 2,3 biji..hehehe..anak-anak aku pun suka sangat makan roti..tak kisah jenis roti apa pun..tapi kalau beli papa roti ni kongsi dengan anak-anak tak cukup..mesti sorang 3 ketul..
So..cuti sekolah hari tu aku cuba buat papa roti ni guna resepi asas roti gebuss..Tapi inti roti dan topping dia aku ambil resepi daripada FB Jom Masak..
Aku buat tengah malam..sebab kekonon nak le buat bekpes untuk esok..buat setengah kilo je.setengah kilo tu aku bahagi satu loyang buat roti naik..2 loyang buat papa roti...tapi rupa-rupanya tak sempat nak buat bekpes..anak-anak aku nak makan gak pas siap bakar..Adoiii dah tengah malam..tengok jam kul 1 pagi!!ooo kira pagi jugak eh..bekpes jugak le tu..huhu..Memula aku bagi seloyang..simpan seloyang lagi tu..anak aku Hakim pergi lagi dapur..'Ibu ada lagi tak roti??sedap lah..mmm..kesian lak..bagi lagi seloyang..mak aku pun turut sama makan roti ni..ingat mak dah tido..rupa-rupanya mak terbau roti..kihkih...adehhhhh makan le anak-anak,..tak payah buat bekpes..heheh...
Memang seeeedaaapppp sangat inti dan topping papa roti ni..pas ni kena buat lagi..lagi dan lagi..tak puas makan seketul..dapat makan seketul jek..yang lain anak-anak aku dah bedal..heheh..Roti nya pun gebusss sangat-sangat..lembut gilerr bila kita gigit.. Ok..jom kita tengok resepi ni..
Resepi Papa Roti/ Mexico Bun
Resepi inti dan Topping : Jom Masak (Marizah Miza) Resepi Roti: Jamiah Tulisman Bahan2 Inti 200 gm mentega 1/2 sudu teh esen vanilla 70 gm gula perang Cara2 1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit. 2. Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan Topping 100gm mentega 80 gm gula aising @ gula yg dh d blend 2 biji telur gred B 1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas 100 gm tepung gandum - ayak Cara2 1. Putar mentega medium speed selama 5 minit. 2. Masukkan telur, gula aising dan bancuhan nescafe.. Pukul sebati 3. Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Ketepikan Doh Roti (sama macam resepi roti gebuss): Bahan-Bahan : 500g Tepung roti 100g Gula Kastor/gula pasir halus 11g Yis kering (aku guna jenama Saf Instant) 1 sudu teh Bread Improver 100g Marjerin/butter/shortening - aku guna marjerin Sri Pelangi 1 biji Telur ( aku guna Gred A) * 2 sudu besar susu pekat manis * Air dari peti sejuk - dicampur bahan bertanda * = 315g - tidak boleh kurang ye. *memula letak telur,pastu susu pekat manis, pastu baru masukkan air dan timbang sehingga dapat 315g tu).. Cara-Cara: (boleh ikut cara bread crumb, bread maker atau mixer)..langkah-langkah kat bawah ni aku guna mixer.. 1. Masukkan tepung, yis, gula dan bread improver. 2. Masukkan bahan cecair (susu pekat, telur dan air sejuk=315g).Mix adunan dalam 15 minit. 3. Masukkan marjerin dan mix lagi sehingga adunan menjadi lembut. (kalau kita tarik mcm roti canai-tak putus-lebih kurang 10-15 minit lagi). 4. Uli lagi..Selepas itu keluarkan atas papan banting dan tumbuk-tumbukkan doh seberapa byk yg boleh. 5. Sapukan loyang dengan marjerin. 6. Pastu bahagikan doh ikut besar mana yg dikehendaki.(aku timbang doh 45g).. Bulat2kn 7. Amik sebiji doh (dr Langkah 6) & leperkan ckit. Pastu masukkn inti dia. Tutup inti @ sealkn doh td..(x blh bubuh inti byk2..nti ssh nk tutup balik doh).. 8. Susun doh yg telah dibubuh inti di atas loyang pembakar yang telah digris dengan marjerin tadi. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain.. 9. Rehatkan selama 45minit atau sehingga naik di tmpt yg berhaba..aku tutup loyang tu dengan plastik supaya doh cepat naik.. 10. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas roti yg telah kembang tu.. 12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 15 minit atau bun keperangan. Letakkn loyang pd tingkat yg kedua @ tengah2.. selamat mencuba.... Labels: roti Resepi roti Gebussssss
Monday, 30 December 2013 | 09:13 | 15 comments
Ok lah.. jom kita tengok bahan-bahan dan langkah-langkah nak buat roti ni.. Resepi Roti Gebusss: Sumber : Kelas Roti Bahan-Bahan : 500g Tepung roti 100g Gula Kastor/gula pasir halus 11g Yis kering (aku guna jenama Saf Instant) 1 sudu teh Bread Improver 100g Marjerin/butter/shortening - aku guna marjerin Sri Pelangi 1 biji Telur ( aku guna Gred A) * 2 sudu besar susu pekat manis * Air dari peti sejuk - dicampur bahan bertanda * = 315g - tidak boleh kurang ye. *memula letak telur,pastu susu pekat manis, pastu baru masukkan air dan timbang sehingga dapat 315g tu).. Kaedah 1 - Bread Crumb (uli tangan) 1. Satukan tepung, gula, yis, bread improver. 2. Uli sebati 3. Masukkan cecair (susu pekat, telur & air sejuk=315g) 4. Uli selama 10 minit @elastik, masukkan marjerin. 5. Biarkan sekejap selama 5 minit. 6. Sambung uli selama 10 minit. 7. Biarkan sekejap selama 5 minit. 8. Uli lagi..Selepas itu keluarkan atas papan banting dan tumbuk-tumbukkan doh seberapa byk yg boleh. 9. Timbang 45/50g dan biar selama 10 minit. 10. Sapukan loyang dengan marjerin. 11. Selepas itu bentukkan mengikut kreativiti anda. 12. Perap selama 45 minit atau bergantung kepada cuaca dan keaktifan yis. 13. Sebelum bakar sembur je dengan air. 14. Bakar 180 C selama 10 minit. Oven kecil disarankan 200 C masa 15 minit menggunakan api atas bawah. 15. Sapukan marjerin semasa roti masih panas. Kaedah 2 : Bread Maker 1. Masukkan semua bahan cecair. 2. Masukkan gula, yis, bread improver. 3. Masukkan tepung. 4. Masukkan marjerin. 5. Tekan setting "Dough" sehingga mesin berhenti. 6. Selepas itu ikuti langkah no 8 sehingga 15 pada cara-cara penyediaan kaedah bread crumb. Kaedah 3 : Mixer (aku guna kaedah ni) 1. Masukkan tepung, yis, gula dan bread improver. 2. Masukkan bahan cecair (susu pekat, telur dan air sejuk=315g).Mix adunan dalam 15 minit. 3. Masukkan marjerin dan mix lagi sehingga adunan menjadi lembut. (kalau kita tarik mcm roti canai-tak putus-lebih kurang 10-15 minit lagi). 4. Selepas itu ikuti langkah no 8-15 (lihat pada kaedah Bread Crumb).. *aku banting roti, tumbuk-tumbuk,banting roti,tumbuk-tumbuk..ulang-ulang banyak kali gak aku buat..aku tumbuk guna tangan tau bukan kaki..heheh... * aku guna penimbang digital kerana pembuat roti perlu timbangan yang tepat.
Contoh Timbangan bg doh asas roti naik: 1. Aneka mini bun - boleh buat roti tuna, pizza, sosej, kacang,floss - timbang 33g, 45 atau 50g 2. Aneka roti naik (susun dlm loyang 8' @20cm bertangkai - timbang 45g=9 biji - 33g = 12 biji.. Selamat mencuba Labels: roti |