Disclaimer Scream Here
| Resepi Kek Karamel..percubaan ketiga baru jadi..
Friday, 3 January 2014 | 07:52 | 2 comments
Kek Karamel ni sebenarnya dah lama popular di FB dan di alam maya..aku je yang ketinggalan untuk mencuba..sebenarnya takut nak mencuba sebab banyak sangat step dia dan rasa macam susah je..Tapi bila tengok kawan aku si Zila Norazila ni post kat FB..nampak sedap sangat..aku pun try le buat kek karamel ni.. Aku buat sampai 3 kali baru jadi dengan cantik..pertama kali buat kek tu bantat, puding lak bercampur warna..walaupun tak jadi gak bawak pergi sekolah..kawan-kawan kata sedap jek..heheh..kali kedua buat kek menjadi tetapi karamel lembik sangat dan tak cantik..bawak gak ke sekolah..kawan-kawan bedal jek..kihkih..kali ketiga buat baru ok..tu pun selepas asyik bertanya pada zila kenapa aku buat tak cantik macam dia buat..pas dapat tips daripada Zila dan langkah-langkah yang betul aku cuba lagi..wahhhhh..menjadi dan cantik...mekasih zila..
Selain tu gak..aku cari resepi dan tips dari Blog Azlita Masam Manis,kak Nor dan Blog Sally Rashid..Sebenarnya kek karamel ni diperkenalkan oleh Munira Baharom..dan terus meletop..ramai yang dah buat duit dengan jual kek karamel ni..rasa dia memang sedap dan unik sangat..nampak mcm puding karamel tu manis..tapi tak sebenrnya..manis-manis buah gitu..kek nya pulak gebu dan lembut..karamel dan kek yang gebu satu gabungan yang sangat unik dan super duper sedap..
Bila dah berkali buat..mudah sahaja buat kek ni..step je nampak banyak..mcm rumit..tapi senang je sebenarnya...
Resepi Kek Karamel: resipi : Munira Bahrom sumber : Sally Rashid, Zila Norazila,kak Azlita& K.Nor (hehe..banyaknye sumber aku) Bahan A : utk buat gula hangus/karamel 2 sudu besar gula Tabur gula dalam loyang n masak atas api perlahan. Biar gula hancur dan warna tukar jadi perang. Jangan kacau gula, nanti gula berketul. Ketepikan. Bahan B : Puding 2 keping roti gardenia 1 biji telur + 3 kuning telur 1 cawan susu cair 1/3 cawan susu pekat 1/2 cawan air biasa 1 sudu teh esen vanila Cara: Blend roti dan susu cair hingga roti hancur. Campurkan dengan semua bahan B..dan kacau rata..tapi jgn sampai berbuih..kacau perlahan-lahan.. Tapiskan ke dalam gula tadi (Bahan A). (C) merinque 6 biji putih telor(pastikan jgn tercampur skitpun telor kuning) 70g castor 1 sudu teh krim of tartar Cara: Pukul putih telur sekejap hingga berbuih.Tutup mixer. Masukkan gula dan krim of tartar. Pukul lagi sampai adunan jadi pekat dan bertanduk, ketepikan (kalu kita terbalikkan bekas,adunan tak jatuh. kalu jatuh, mknanya belum jadi..pastikan putih telur tk tercampur skit pun dgn kuning telur. pastikan jgk bekas utk letak putih telur dan mixer kering.) (D) lapisan kek 140g tepung gandum 1sudu teh baking powder 70g gula kastor 3 biji telor kuning 135ml air biasa 45ml minyak masak Pukul telor kuning, minyak dan air sampai gebu dan bertukar ke kaler putih. Pastu masukkan gula, pukul lg sampai naik 1x ganda. Kemudian masukkan tepung n baking powder yg dah diayak terlebih dahulu. Pukul lagi dgn perlahan2an. Campurkan 1/3 dulu adunan C ke dalam D,gaul dgn senduk/spatula.Kemudian masukkan semua adunan C ke dalam D..Kaup balik hingga rata. Bahagikan kpd beberapa bahagian dan letak warne & paste kalu nak. (cthnye,letak warna hijau(paste pandan),warne pink(paste strawberry).. Masukkan dalam loyang karamel. Caranya, ambil 1 senduk mana2 warna, letak tgh2 loyang, x payah ratakan, kmudian ambil warna lain pulak, letak kat tgh2 warna yg 1st td, begitulah seterusnya sampai adunan habis, barulah jd belang2. Bakar cara waterbath. (maknanye letak loyang adunan kek ke dalm loyang yg lg besar,pastu isi air panas ,pastu baru bakar) dlm oven yg telah dipanaskan dgn suhu 170C 45 - 50 min (api bawah sahaja) k.nor guna suhu 160C, bakar selama 40 min dan turunkan suhu kepada 150C dan bakar lagi selama 30 min.(aku pun buat cara yang sama).
Cara aku belangkan adunan: Sudukan 4 sudu besar adunan biru 4 sudu besar adunan merah 4 sudu besar aduanankuning (ulang step 2 kali) Sudukan 3 sudu besar adunan biru 3 sudu besar adunan merah 3 sudu besar adunan kuning (ulang step 3 kali) Sudukan 2 sudu besar setiap warna - sebanyak 2 kali Akhir sekali 1 sudu besar setiap warna..
sedikit tip tambahan : 1. setelah kek masak, k.nor biarkan ia dlm oven lebih kurang 20 min. biarkan pintu oven terbuka sedikit (boleh sendal dgn oven mitt atau senduk kayu. (ni utk mengelakkan kek kena kejutan suhu dan ia jadi mengecut/shrink) ~ tip dr Malina PG. 2. kemudian, k.nor biarkan kek betul2 sejuk (di luar oven) barulah diterbalikkan/dikeluarkan dr loyang (ni utk mengelakkan kastard pecah/crack kerana kastard masih dlm keadaan lembut semasa ianya panas) ~ tip dr Sally. Alhamdullilah..bila aku selalu buat kek ni..dah rasa mudah..kalau korang rasa susah nak buat..order jek dgn aku ye..hehe.. Labels: kek |