RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi papa roti/mexico bun yang sangat sedap..
Thursday 2 January 2014 | 09:37 | 1 comments

Sebenarnya bila kita dah tahu asas buat roti..tak susah kita nak buat jenis roti yang lain..Kali ni aku buat papa roti/mexico bun..Memula aku nampak resepi ni kat FB Jom Masak..Memang aku suka sangat papa roti ni..bila pergi Jusco atau Tesco aku mesti nak beli roti ni..sebab bau kopi dia yang harum dan bila makan bukan boleh satu..mesti 2,3 biji..hehehe..anak-anak aku pun suka sangat makan roti..tak kisah jenis roti apa pun..tapi kalau beli papa roti ni kongsi dengan anak-anak tak cukup..mesti sorang 3 ketul..

So..cuti sekolah hari tu aku cuba buat papa roti ni guna resepi asas roti gebuss..Tapi inti roti dan topping dia aku ambil resepi daripada FB Jom Masak..


Sebelum Bakar..

Roti yang dah kembang kita paipkan topping..

Aku buat tengah malam..sebab kekonon nak le buat bekpes untuk esok..buat setengah kilo je.setengah kilo tu aku bahagi satu loyang buat roti naik..2 loyang buat papa roti...tapi rupa-rupanya tak sempat nak buat bekpes..anak-anak aku nak makan gak pas siap bakar..Adoiii dah tengah malam..tengok jam kul 1 pagi!!ooo kira pagi jugak eh..bekpes jugak le tu..huhu..Memula aku bagi seloyang..simpan seloyang lagi tu..anak aku Hakim pergi lagi dapur..'Ibu ada lagi tak roti??sedap lah..mmm..kesian lak..bagi lagi seloyang..mak aku pun turut sama makan roti ni..ingat mak dah tido..rupa-rupanya mak terbau roti..kihkih...adehhhhh makan le anak-anak,..tak payah buat bekpes..heheh...


Bila dah siap bakar..wangi je bau kopi tu..

Memang seeeedaaapppp sangat inti dan topping papa roti ni..pas ni kena buat lagi..lagi dan lagi..tak puas makan seketul..dapat makan seketul jek..yang lain anak-anak aku dah bedal..heheh..Roti nya pun gebusss sangat-sangat..lembut gilerr bila kita gigit..

Ok..jom kita tengok resepi ni..

Resepi Papa Roti/ Mexico Bun
Resepi inti dan Topping : Jom Masak (Marizah Miza)
Resepi Roti: Jamiah Tulisman

Bahan2
Inti
200 gm mentega
1/2 sudu teh esen vanilla
70 gm gula perang

Cara2
1. Pukul mentega dengan mixer pada kelajuan sederhana selama 3 minit.
2. Masukkan esen & gula perang. Pukul sebati. Ketepikan

Topping
100gm mentega
80 gm gula aising @ gula yg dh d blend
2 biji telur gred B
1 sudu besar nescafe dicampur 1/2 sdb air panas
100 gm tepung gandum - ayak

Cara2
1. Putar mentega medium speed selama 5 minit.
2. Masukkan telur, gula aising dan bancuhan nescafe..
Pukul sebati
3. Masukkn tepung ke dalam adunan dan putar lagi pada kelajuan perlahan sehingga semua sebati. Ketepikan

Doh Roti (sama macam resepi roti gebuss):

Bahan-Bahan :

500g                    Tepung roti
100g                    Gula Kastor/gula pasir halus
11g                      Yis kering (aku guna jenama Saf Instant)
1 sudu teh            Bread Improver
100g                    Marjerin/butter/shortening - aku guna marjerin Sri Pelangi
1 biji                   Telur ( aku guna Gred A) *
2 sudu besar        susu pekat manis *
Air dari peti sejuk - dicampur bahan bertanda * = 315g - tidak boleh kurang ye.
*memula letak telur,pastu susu pekat manis, pastu baru masukkan air dan timbang sehingga dapat 315g tu).. 

Cara-Cara: (boleh ikut cara bread crumb, bread maker atau mixer)..langkah-langkah kat bawah ni aku guna mixer..

1. Masukkan tepung, yis, gula dan bread improver.
2. Masukkan bahan cecair (susu pekat, telur dan air sejuk=315g).Mix adunan dalam 15 minit.
3. Masukkan marjerin dan mix lagi sehingga adunan menjadi lembut. (kalau kita tarik mcm roti canai-tak putus-lebih kurang 10-15 minit lagi). 
4. Uli lagi..Selepas itu keluarkan atas papan banting dan tumbuk-tumbukkan doh seberapa byk yg boleh.
5. Sapukan loyang dengan marjerin. 
6. Pastu bahagikan doh ikut besar mana yg dikehendaki.(aku timbang doh 45g).. Bulat2kn
7. Amik sebiji doh (dr Langkah 6) & leperkan ckit. Pastu masukkn inti dia. Tutup inti @ sealkn doh td..(x blh bubuh inti byk2..nti ssh nk tutup balik doh)..
8. Susun doh yg telah dibubuh inti di atas loyang pembakar yang telah digris dengan marjerin tadi. Jarakkan 1 1/2 inci antara satu sama lain..
9. Rehatkan selama 45minit atau sehingga naik di tmpt yg berhaba..aku tutup loyang tu dengan plastik supaya doh cepat naik..
10. Selepas 45 minit, paipkan topping di atas roti yg telah kembang tu..
12. Bakar dalam oven yang telah dipanaskan pada suhu 170'C selama 15 minit atau bun keperangan. Letakkn loyang pd tingkat yg kedua @ tengah2..



selamat mencuba....

Labels:



Old things | New things