RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi Pavlova
Friday, 3 January 2014 | 21:30 | 0 comments


Resepi pavlova ni aku amek dari blog Rahel..kalau pergi blog dia dah susah nak stop..asyik leka tengok semua resepi dan gambar-gambar masakan dia yang cantik..Alhamdullilah pertama kali aku buat terus jadi..Rasa pavlova ni manis dan sedap..tapi tak boleh makan selalu kena kencing manis kang..hehe..sesekali boleh lah..sebab bila makan sepinggan pavlova ni..mmmm..memang tak boleh berhenti...

Resepi Pavlova

Sumber : Rahel & Dapur Tanpa Sempadan

Bahan:
4 biji putih telur (gred A)
1 cawan gula halus
1 sudu besar tepung jagung
1 sudu teh cuka makan
1 sudu teh esen vanila
3/4 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang
Buah-buahan segar seperti strawberry,blueberry,peach (pilihan)

Cara:
1.Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak.
   Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang
   bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan.
2.Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit
   hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat.
   Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula.
3.Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentuk-
   kan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat.
4.Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas
   dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan
   sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven.
5.Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai.
6.Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan.
   Hias dengan buah-buahan segar seperti dalam gambar.(buah-buahan yang sesuai seperti kiwi,stroberi,anggur)


memang sedap..sekejap je licin..dalam pavlova ni lembuat mcm marshmallow

Selamat mencuba....

Labels:



Old things | New things