
|
Disclaimer ![]() Scream Here
| Resepi Chocolate lasagna..yummyyyyy...
Saturday, 29 November 2014 | 07:55 | 0 comments
Assalammualaikum..
Meh cuba buat chocolate lasagna ni..adoiii memang sedap sangat tau..memang sedap ada biskut oreo hancur dengan puding coklat memang sedaaappppp betul..pastu lak ada lapisan chesse..bayangkan rasa dia..mmm..hehheeee...tp tak boleh le makan banyak2 kan..bertambah lemak yg dah berkilo2 dlm badan..heeheheee..
cara membuatnya nampak jek susah dan mcm leceh sbb tengok resepi banyak step..tapi sebenarnya tak..amat mudah bila kita ikut step betul2..bila dah buat baru tahu senang jek rupanya..hehehe..pastu tak payah nak bakar2..masuk jek dlm peti ais..senang kan??..
Resepi Chocolate lasagna.
Sumber resepi : Blog Rasa Rempah
Bahan-Bahan A
36 ketul oreo dikisar _ ( ambil krimnya sekali ) 6 sudu besar butter dicairkan
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan. (aku simpan jap dlm peti ais)
Bahan-Bahan B
200 gm cream cheese 1 cawan Non-dairy whipping cream 100 gm gula kastor ( boleh juga guna gula aising jika suka ) - aku guna 60gm gula kastor 2 sudu besar susu segar
** Note ~ Gandakan sukatan sekiranya ingin krimnya tebal sedikit. (aku gandakan sukatan)
Cara-Cara
Pukul cream cheese sehingga lembut. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental.
Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan..
Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE PUDDING )
1/4 cawan tepung jagung - aku buat 1/2 cwn tepung jagung 1/2 cawan gula kastor 1/8 tsp garam 3 cawan susu segar (resepi asal ada santan..tp aku tak letak) 185 gm dark chocolate _ dicincang 1 tsp esen vanilla
Cara-Cara
Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat ( 15 - 20 minit )..guna hand whisk . (tapi aku tak masak cara double boiler..aku terus masak atas api) Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata. Sejukkan dan ketepikan. ** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.
Cara Melapis
Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. Lapis di atasnya dengan chocolate pudding dan ratakan. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Selamat mencuba..
Labels: Dessert Resepi Puding Roti Coklat Chips...
Saturday, 18 January 2014 | 08:50 | 0 comments
Assalammualaikum dan Salam Sayang..
Puding roti lagi??hehe..Tayang lagi puding roti..Bagi aku puding roti memang tak jemu dimakan..memang dessert yang amat sedap....Kali ni aku buat guna resepi lain pulak..resepi ni ada campuran serbuk koko dan coklat chips..memang sedap..sos nya pulak aku cuma curahkan sirap coklat hershey tu..mmmm..memang sedap.. ![]()
Resepi ni dapat dari my resepi gak..jom le cuba..memang tak rugi.. Resepi Puding Roti Coklat Chips: Sumber : my resepi.. Bahan2 A : Roti 12 keping atau suka hati la byk mana 800 ml susu segar @ susu cair @ susu penuh krim Coklat chips secukupnya.. Langkah Pertama : ** Panaskan oven pada suhu 180 celsius terlebih dahulu.. api oven atas bawah.. Koyakkan2 roti dan masukkan dalam loyang yg telah di griss dgn butter terlebih dahulu.. Kemudian, taburkan segala coklat chips.. Lepas tu tuang susu..sambil tekan2 roti tu kasi meresap susu ke dalam roti.. Bahan B : 1 penutup esen vanila 3 sudu besar marjerin/butter - cairkan) 3 biji telur ayam 3 sudu besar serbuk koko + sikit air panas = jadikan pes 1 sudu besar tepung jagung 1/2 cawan gula Langkah2 : Memula, pukul telor dgn gula guna whisker sampai berbuih, masukkan esen vanila, masukkan pes serbuk koko tadi, pukul lagi, masukkan tepung jagung dan butter cair.. kacau guna whisker sampai sebati.. Lepas tu tuang je ke dalam loyang berisi roti tadi.. Bakar selama 40-45minit.siap..simple Dan sedap.. Selamat mencuba... Labels: Dessert Resepi Puding Roti yang sedaaappp...
| 08:06 | 0 comments
Assalammualaikum dan salam ceria..
Resepi Puding Roti Sos Kastard.. Sumber : maya_zakry@myresepi.com Bahan-bahan: Bahan-bahan ( 1 happy family )
Cara-cara
Labels: Dessert Resepi Pavlova
Friday, 3 January 2014 | 21:30 | 0 comments
Resepi pavlova ni aku amek dari blog Rahel..kalau pergi blog dia dah susah nak stop..asyik leka tengok semua resepi dan gambar-gambar masakan dia yang cantik..Alhamdullilah pertama kali aku buat terus jadi..Rasa pavlova ni manis dan sedap..tapi tak boleh makan selalu kena kencing manis kang..hehe..sesekali boleh lah..sebab bila makan sepinggan pavlova ni..mmmm..memang tak boleh berhenti... Resepi Pavlova Sumber : Rahel & Dapur Tanpa Sempadan Bahan: 4 biji putih telur (gred A) 1 cawan gula halus 1 sudu besar tepung jagung 1 sudu teh cuka makan 1 sudu teh esen vanila 3/4 cawan non-dairy whipping cream-putar hingga kembang Buah-buahan segar seperti strawberry,blueberry,peach (pilihan) Cara: 1.Panaskan oven pada suhu 180'C,buat satu bulatan berukuran 9'' pada kertas minyak. Kemudian terbalikkan kertas tadi dan alaskan pada loyang pembakar (gunakan bayang bulatan tadi sebagai ukuran pavlova nanti).Ketepikan. 2.Putar telur hingga berbuih,guna kelajuan tinggi,masukkan gula halus sedikit demi sedikit hingga habis dan terus putar lagi hingga menjadi meringue yang kental dan berkilat. Ayak tepung jagung,kacau rata dengan spatula. 3.Masukkan esen vanila dan cuka makan,gaul rata.Tuang atas kertas minyak tadi dan bentuk- kan bulat dan tinggi sedikit,tak perlu kemas-kemas sangat. 4.Turun suhu oven pada suhu 130'C dan bakar pavlova selama 1 jam 20 minit,guna api atas dan bawah.Bila pavlova nampak pucat dan sedikit perang,matikan api oven,renggangkan sedikit pintunya dan biar pavlova sejuk sendiri dalam oven. 5.Bila sejuk,berhati-hati,alihkan pavlova tadi ke dalam pinggan sesuai. 6.Tuangkan non-dairy whipping cream yang sudah diputar tadi ke atas pavlova dan ratakan. Hias dengan buah-buahan segar seperti dalam gambar.(buah-buahan yang sesuai seperti kiwi,stroberi,anggur)
Selamat mencuba.... Labels: Dessert |