RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Tips roti cepat kembang dan naik gebusss...
Wednesday 15 January 2014 | 07:59 | 0 comments
Salam sayang semua..

Hari ni nak kongsi cara cepat mcmna nak bagi roti naik kembang dan gebuss..biasanya kita kena tunggu dekat sejam atau lebih untuk roti tu naik..tapi tengok gak keadaan cuaca..kalau cuaca panas..roti boleh naik dalam masa 45minit@sejam..tapi kalau cuaca sejuk atau kita buat malam2 mcmna roti tu nak naik cepatkan...Dulu aku tak tahu..bila buat waktu malam (sebab selalu nak buat bekpes untuk esoknya)..jenuh nak tunggu naik..ada le dekat 1 jam setengah atau lebih tau..adoiii mata pun dah layu nak tido..huuuu.. 

 

Aku dapat tips ni masa aku 'jalan-jalan skodeng blog'..hehe..terbaca satu tips bila buat roti masa cuaca sejuk..so..aku cuba tips ni bila  malam2 meroti..Alhamdullilah cepat roti naik..dalam setengah jam dah naik!!!!!..yeahhhh..tak de lah lagi aku terkebil2 tunggu roti naik..adoiiii..



Caranya mudah saja tau..Ada 2 cara :

1. Panaskan oven dalam 3 minit..pastu tutup suis..tutup loyang roti tu dengan plastik..(aku lupa lak nak amek gambar)..aku guna plastik biasa je tu..plastik tesco..hehe..pastu masukkan dlm oven..tutup oven..biar dlm tu sampai naik kembang..tak sampai setengah jam korang tengok roti tu dah naik..
Pas dah naik keluarkan roti..set kan semula suhu nak bakar roti..biasa aku bakar 180 c (roti naik aku bakar selama 25 minit)..pastu bakar mcm biasa..
Cara no 2 lak:
2. Letakkan air panas kat dulang pembakar..pas tu letakkan loyang roti di atasnya..(bukan letak@rendam loyang kat air panas tu..tapi dulang pembakar kat bwh..pastu ada besi jaring2 tu..letak loyang roti tu kat atas besi jaring tu..haba air panas akan memanaskan loyang roti..so..roti cepat le naik..sebab ada haba/wap panas..



ha..banyak kan roti yang boleh aku buat..sbb aku dah tahu cara nak bagi roti tu naik dengan cepat dan pantasnye..kihkih..semua roti kat atas ni aku guna cara 1..so..sekarang aku dah tak risau dan tak malas le lagi nak buat roti malam2..hehe..

selamat mencuba ye..


Labels:



Old things | New things