RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Kelas Masakan..Muffin coklat dan resepi..
Tuesday 11 February 2014 | 19:19 | 2 comments
Assalammualaikum..

Hari ni aku nak share resepi Muffin Coklat yang biasa pelajar2 pendidikan khas buat..resepi ni sangat senang dan mesti jadi kalau ikut je langkah-langkah yang diberi..jgn suka2 hati nak menderhaka ye..hehe..Resepi dapat dari buku masakan cina..kwn aku cikgu Elena Tan yang bawa buku ni kat sekolah..bila aku tengok resepi ni mudah dan lebih kurang sama jek mcm yang aku pernah belajar..aku pun terus salin resepi ni..sebab ada 2 bahasa..tulisan cina dan inggeris..tapi resepi yang dlm buku ni sangat mudah..

Alhamdullilah percubaan pertama kali buat terus menjadi dan sedap lak tu..dulu selalu buat muffin untuk anak2 aku..mcm2 muffin aku buat..coklat,blueberi,pisang..dan sekarang anak2 aku dh x nak mkn lagi..sebab dh jemu..hehe..

So..aku try lak kat sekolah untuk ajar pelajar2 pendidikan khas aku..aku suruh budak2 ni jual..dan alhamdullilah respon dari cikgu2 dan staff kat sekolah positif..so bermula dari situ aku amek keputusan jual muffin dan ajar budak2 ni betul2 sehingga mereka boleh buat sendiri..tapi sesekali aku ajar gak masakan lain..sian kan..nak jugak bebudak ni cuba dan rasa masakan berbeza..kdg2 buat biskut..pizza..donut..dan mcm2 ler..

ok..jom tengok resepi Muffin Coklat ye..sangat mudah ..campur jek semua bahan dan gaul rata..tak perlu nak guna mixer..

Resepi :Muffin Coklat

Bahan-bahan:

250 gm tepung gandum
40 gm serbuk koko
1/2 tbsp baking powder
1 tsp baking soda
150 gm gula halus
100 gm gula perang
3 biji telur gred B
150 ml susu segar
180 ml minyak/mentega cair
1 tsp esen vanila
80 gm coklat cips

Cara-cara:

1. Panaskan oven 180 c.



2.Campurkan semua bahan di atas.
3.Kacau perlahan-lahan sehingga rata..
4.Masukkan ke dalam mangkuk muffin@paper cup..Isi  2/3 penuh.
5.Bakar selama 20-25 minit atau sehingga masak..siappp..





Labels:



Old things | New things