Disclaimer Scream Here
| Kelas Masakan..Muffin Coklat..
Tuesday, 4 February 2014 | 22:09 | 0 comments
Assalammualaikum..
Berbalik pada entri hari ni..iaitu Kelas Masakan..aku berminat nak ajar kemahiran membuat muffin ni sebab..pertamanya resepi ni sangat senang..kalau buat mesti jadi..keduanya..tak banyak bahan..tak banyak step..tak perlu guna mixer..sangat mudah..cuma kena le ada oven gak kan..nak bakar muffin tu..so..budak2 pendidikan khas kelas aku akan mudah ingat dan boleh buat di rumah..nak jual pun boleh..tapi kan budak2 ni lama gak aku latih nak guna penimbang,kenal alatan dan bahan..ada lah dekat setahun kena latih baru aku berani lepaskan budak2 ni timbang..tapi aku tetap le pantau..tengok betul ke tidak bahan yang mereka ambil..tepat tak timbangan tu..dan sebagainya..syukur alhamdullilah..tak sangka mereka mudah dapat dan boleh buat sendiri.. Pelajar-pelajar pendidikan khas ni sangat seronok kalau ada kelas masakan dan jahitan..jangan pandang sebelah mata pada mereka ni tau..walaupun mereka 'kurang' dari segi akademik..tapi mereka mahir dalam bidang masakan dan juga jahitan..kalau di asah dan di ajar..lama2 mereka mesti mahir..kena lah sabarkan..aku tengok mereka ni mudah memahami apa yang aku ajar..mungkin sebab minat mereka ke arah bidang masakan..ataupun lepas masak mereka dapat makan..hehe..lepas masak..mereka tahu nak mengemas,mencuci dan menyimpan alatan..dulu kena bimbing..sekarang aku puas hati dengan tahap pencapaian mereka..ye lah hampir 3 tahun aku ajar mereka benda yang sama..sebelum masak..apa mereka patut buat..semasa masak..dan selepas masak..mereka ni dah tahu apa nak buat..Alhamdullilah syukur sangat.. Apa yang aku harapkan..suatu hari nanti mereka boleh berdikari apabila keluar dari alam persekolahan..melalui kelas masakan ini dapatlah memberi sedikit kemahiran kepada mereka..selain dapat juga membantu memudahkan mereka memilih bidang yang mereka suka nanti..InsyaAllah.. Labels: cerita pendidikan khas |