Wajah Baru Bilik Pendidikan Khas Kami (Part 1)..
Assalammualaikum..
 |
| jika nak dibandingkan dengan kelas masakan yg lama..memang jauhhhhh sangat bezanya..kelas skrg lebih besar dan selesa... |
Alhamdullilah..sempurna sudah bilik pendidikan khas kami..eh nak kata sempurna belum sepenuhnya..rasanya adalah dalam 70% ..maksudnya..masih lagi dalam proses keceriaan untuk keseluruhan bangunan pendidikan khas seperti bilik guru, bilik masakan, bilik komputer, kelas terapi, kelas angklong, ruang menonton dan sebagainya..proses keceriaan termaksuklah menjahit langsir, menampal dinding dengan wall paper..susun atur meja dan kerusi..dan sebagainya le..Alhamdullilah PPM semasa cuti sekolah banyak membantu dalam menceriakan bilik pendidikan khas..perlahan-lahan la kan..banyak yang perlu dibuat..ye lah..semua dinding dah kosong sekarang...kena buat semula yang baru ...Bilik masakan aku pun belum lagi cantik dan betul2 sempurna..tapi kelas masakan tetap dijalankan dulu..kena pikir banyak ni nak buat apa kat kelas masakan aku..hehheee...
 |
| kelas roti dan muffin.. |
..rasa sangat gembira dan terharu..pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan banyak aktiviti yang boleh dirancang dan dibuat dengan lebih seronok..
Aku tentulah lebih seronok kerana kelas masakan sangat2 selesa dan boleh meletakkan lebih 10 orang pelajar..sekarang bila aku ada amali masakan aku akan buat 2 kumpulan..satu kumpulan membuat roti dan satu kumpulan buat muffin..kan seronok??hehehhe....
 |
| dari menyediakan bahan,alatan,menyukat bahan,menumbuk roti semuanya dilakukan oleh pelajar dengan bimbingan.. |
Sebelum ni dengan bilik darjah yang kecil dan sempit, bilik masakan yang tidak sesuai, bilik guru yang tidak mencukupi serta bilik angklong yang panas dan sempit..memang amat tidak selesa..susah betul kalau buat aktiviti di dalam kelas..pulak tu dengan ramai pelajar di dalam kelas (terutamanya kelas down sindrom dan kelas hiperaktif)..aduhai..nak bagi satu2 tumpuan kepada seorang pelajar memang payah sebab bila dah ramai ada yang terlepas pandang..apa yang disuruh buat lain jadinya bila kita tak dapat bimbing secara individu..sebab tu kelas sepeti ini perlu dalam kumpulan kecil sebab senang kita nak bimbing mereka..tapi kelas kan dah tak cukup..jadi buat apa yang terdaya sahaja..hukhuk...
 |
| siap sedia untuk dibakar.. |
 |
| hehhee...ni kelas PK Permata...pelajar dalam kelas ni terdiri daripada pelajar bermasalah down sindrom.. |
 |
| ajar kemahiran memasak yg mudah seperti sandwic.. |
sejak aku datang ke kelas pendidikan khas pada tahun 2005..tidak ada langsung pengubahsuaian kelas (hanya diberi sebuah bilik Kemahiran Hidup untuk 2 buah kelas)..Pada mulanya hanya 15 orang pelajar dan guru pada masa tu 5 orang..tak pe lah jugak sebab pelajar kurang..tapi masuk tahun2 berikut meningkat 25 orang dengan penambahan guru 2 orang..pas tu bilangan pelajar 30 orangdan meningkat saban tahun... hingga le tahun 2014, jumlah pelajar dah meningkat 65 orang!!!..tak kan kelas mcm tu gak..aduhhhh dengan tandas hanya satu bergilir setiap pelajar (sekarang tetap satu..sebab peruntukan tak dapat untuk tandas)..huhuuu..kami hanya diberi 2 wakaf yang dijadikan kelas bagi menampung pelajar yang semakin ramai..kelas terpaksa berhimpit dengan 10 orang pelajar walaupun sebuah kelas tu hanya mampu meletakkan 6 buah meja untuk 6 orang pelajar..
 |
| eh..eh..tersenyum lak dia??...bilik guru yang semakin selesa..tp skrg dah makin cantik..blm amek gambo lagi.. |
 |
| kelas angklong..makin selesa pelajar bermain angklong..(nanti nk update perkembangan tentang angklong kami.. |
Tapi alhamdullilah kini rintihan anak2 istimewa ini dapat juga akhirnya didengari..terima kasih pada pihak pentadbir dan GPK Khas kami En.Aziz yang amat bertanggungjawab membawa masalah ini kepada jalan penyudahnya..seingat aku sebelum ini GPK Khas aku ckgu Rabaishah dan Ckg Kok Mei Lin pun ada banyak berusaha untuk mendapatkan penambahan bangunan baru..namun rezeki tidak memihak pada kami..walau menanti selama 9 tahun untuk mendapat penambahan bangunan baru..kami tetap bersyukur..Alhamdullilah..
 |
| kelas pun dah beso skrg..masa amek gambo ni blm lg sempurna..papan tulis pun belumgantung lagi.. |
 |
| ni kelas terapi.. |
 |
| kelas terapi dan kelas menonton tv di sini gak.. |
nanti nak upload lagi gambar terkini yang masih dlm proses keceriaan.
 |
| eh..eh..tetiba lak ada gambo si Huda ni... |
Labels: cerita pendidikan khas
Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2014..Biarlah Aku Di sini dan Biarlah Gambar berbicara!!
Assalammualaikum..salam sayang..
 |
| bergambar bersama kelas aku..PK Zamrud..tangan pegang pisau jek..tak boleh potong dulu..tunggu semua kelas bergambar..hehehhe.. |
 |
| bergambar beramai2 bersama semua guru pendidikan khas..kiri sekali tu GPK Pend.Khas..(ceria tak kami??..kalau GPK aku yg lama tengok gambo ni mesti jelesssss)..hahahaha.. |
Rasa nak melompat!!!..yeee sebab aku tak sangka 'kesuraman' dan 'kesengsaraan' tahun 2013 ada hikmahnya..tahun 2014 membawa banyak perubahan dan penambahbaikan dalam pendidikan khas..bukan sahaja infrastruktur dan prasarana berubah..tapi juga..terjalinnya ikatan kemesraan antara kami cikgu2 dan juga PPM (Pembantu Pengurusan Murid)..sebak rasanya..rupanya perancangan Allah lebih baik..kesuraman yang kami lalui tahun 2013 rupanya ada banyak hikmah..apa yang telah dilalui oleh kami sebelum ini..membuat kami lebih menghargai apa yang ada sekarang..boss yang terbaik..rakan2 sejati..ye..benar..sejak 'peperangan' antara GPK dulu..perhubungan kami antara guru2 dan PPM lebih erat..lebih mesra..tak mahu imbas semula perkara2 negatif antara kami dan GPK lama..kami ingin membawa haluan pendidikan khas ke arah kecemerlangan..membuka mata semua pihak 'berkenaan' pelajar2 pendidikan khas juga ada 'masa depan'..huhuuuuu.
Dan...yang paling penting di sini..gambar2 ini membuktikan dan menafikan tentang apa yg selama ini pihak tertentu menjaja kisah2 aku dan rakan2ku yg tak betul..kami lah jahat..kurang ajar..tak beri kerjasama pd GPK lama dan mcm2..banyak fitnah yang diceritakan kepada orang luar dan antaranya adalah kami guru2 tidak mendengar dan mengikut arahan ketua..semua Fitnah!!!!apa yg berlaku adalah kerana kami mempertahankan hak pelajar2 pendidikan khas..dan hak kami sebagai seorang manusia!!!dan aku serta rakanku tidak diberi peluang langsung untuk membuka mulut tentang kebenaran yg terjadi disebalik cerita2 negatif..tak diberi peluang untuk menepis semua fitnah itu..ye memang tidak ada..tidak ada peluang membetulkan kebenaran!!huhuuu sedih..
Biarlah Aku Di sini..
Aku amat terharu dan berbangga kini..mempunyai rakan2 sekerja yang baik, bertolak ansur..pembantu pengurusan murid yang rajin dan alhamdullilah kami semua boleh bekerjasama..Ya Allah semoga perhubungan dan kemesraan yg terjalin antara kami berpanjangan dan biarlah aku di sini sahaja...rasa tak mahu aku berpindah ke sekolah lain..Banyak perkara yg perlu aku buat di sini..impian aku di sini..semoga tahun 2015 nanti segala impian aku untuk program MPV masakan akan lebih maju..banyak sangat yang perlu aku mulakan..insyaAllah..aku berharap mendapat sokongan dari kawan2 dan boss yg amat sporting..untuk rakan2 ku..semoga kita akan bersama memajukan pendidikan khas..dan juga buat sahabatku Elena Tan..semoga angklong kita terus gemilang..kamu semua adalah Teman sejati...i luvvvv u all..
 |
| Cikgu Shiqah bersama kelas PK Emas.. |
 |
| Cikgu Wan Norma bersama kelas PK Berlian |
 |
| Cikgu Genevie bersama kelas PK Delima |
 |
| Penyelaras Pend Khas Cikgu Naim bersama kelas PK Mutiara |
 |
| Cikgu Helma bersama Kelas PK Geliga |
 |
| Cikgu Noorliana bersama kelas PK Permata |
 |
| Cikgu Adura bersama kelas PK Nilam |
 |
| Cikgu Tan,Cikgu Hairani dan En.Aziz bersama pelajar2 yang tamat persekolahan 2014.. |
 |
| Cikgu Noriah bersama pelajar inklusif PK Kristal |
 |
| antara kek yang aku sediakan untuk jamuan..kek coklat moist.. |
 |
| snow coklat cheese.. |
 |
| brownies coklat dengan pisang |
 |
| pizza lasagna..(nanti dlm entri lain aku akan share resepi pizza lasagna).. |
 |
| ceria bergambo bersama hidangan..hehheheee |
 |
| antara menu utama adalah soto..memang terbaikkkk soto ni.. |
 |
| manis2 kan cikgu2 pendidikan khas?hahahahha.. |
 |
| sedang mengagihkan makanan kepada pelajar.. |
 |
| hehehheeee..abin..luvvv uuuu.. |
Labels: cerita pendidikan khas
Masih lagi dalam pembinaan...
Assalammualaikum....
 |
| dari bahagian belakang..ini adalah kelas tambahan.. |
Masih dalam pembinaan...
Sebelum ni aku pernah masukkan entri tentang kelas pendidikan khas dalam kerja2 penambahan infrastruktur...sebelum cuti 2 minggu persekolahan telah bermula kerja2 pembinaan ini..hingga lah ke hari ini..
Walaupun masih dalam keadaan tidak selesa..namun kelas tetap dijalankan seperti biasa..pelajar2 terpaksa dihimpunkan dalam satu kelas yang besar..di mana bangunan baru yang hampir 80% siap dijadikan 3 kelas..maka belajarlah mereka di situ..hehehhe..tapi ada satu kelas lama masih boleh digunakan..jadi ada beberapa orang pelajar masih boleh belajar di situ..
 |
| kelas sementara.. |
 |
| bahagian dapur |
 |
| bahagian dapur |
 |
| bahagian dapur.. |
Melihat bangunan yang masih dalam pembinaan..dan berhabuk..memang sangat2 lah tidak selesa..tapi nak buat macam mana..bangunan dijanjikan siap sepenuhnya pada hujung bulan Julai..
 |
| mesin photostat diletakkan sementara di situ... |
Kelas masakan pula, aku pindahkan ke satu kelas lain yang tidak diubahsuai...kat situ kami angkut oven, dapur gas, alatan2 memasak, meja dan sebagainya..walau macam mana pun aku tetap teruskan kelas masakan..sebab bulan puasa ni aku dah rancang nak buat biskut raya dengan anak2 murid aku..plan minggu depan dah nak buat kuih siput dan popia seaweed jek..tak seperti tahun2 lepas banyak kuih raya dapat dibuat..disebabkan halangan alatan dan tempat pun kurang selesa..buat hanya 2 jenis cukup le..nak hilangkan bosan budak2 ni masa bulan posa ni...nanti bolehlah anak2 murid aku bawak balik kuih raya yg mereka buat kat sekolah...
 |
| pejabat sementara |
 |
| masih lintang pukang..hehhee.. |
Alhamdullilah..kami sangat2 bersyukur dengan perubahan yang berlaku sekarang di pendidikan khas..Tak sangka sebelum ni pernah luah isi hati..tentang kesusahan dan kepayahan untuk mendapatkan bangunan baru..tapikan..walaupun kami tak dapat bangunan baru dapat penambahan dan 'pembesaran' bangunan pun dah rasa bersyukur..hehehe..alhamdullilah....Labels: cerita pendidikan khas
Old things