RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi Nasi Lemon yang sedap..
Monday, 3 February 2014 | 07:04 | 0 comments
Assalammualaikum..

Hari ni nak share satu resepi nasi yang sungguh istimewa..nasi ni aku buat hari sabtu yang lepas..masa besday hubby dan anakku Mukhriz..Aku hidangkan nasi ni dengan ayam masak merah jek..itu je yang sempat aku masak..sebab pagi2 tu aku dah sibuk siapkan tempahan kek...petang nye pulak kastemer dtg nak amek kek..huhu..plan nak buat macam-macam..nak buat lasagna lah..makaroni bakar lah..puding le..hehe..maklumlah hari istimewa untuk anak dan suamiku..tapi hubby aku kata tak pe..aku buat kek tu pun dah lebih dari cukup..hehe..
nampak mcm nasi biasa sbb aku tak bubuh pewarna oren..tp rasa dia mengancam tau..
Resepi nasi lemon ni aku amek dari blog Zila Norazila..kalau dia dah buat dan dah tayang kat blog tu mesti resepi ni sedap..Zila ni dia akan publish resepi yang dia dah cuba dan masakan tu sedap..aku dah faham betul zila ni..sebab tu suka cuba resepi dari blog sahabat ku ini..resepi dia tak kan mengecewakan..yuppp memang betul..bila dah buat nasi lemon ni..hubby aku, mak aku dan ayah aku pun puji sedap..Cuma Zila gandingkan nasi lemon ni dengan ayam lemon..tapi aku pikir anak2 ku suka sangat makan ayam masak merah.. so aku tak buat ayam lemon tu..tapi lain kali aku nak cuba jugak buat ayam lemon tu..

Aku copy paste jek resepi ni dari blog Zila..Mekasih ye zila..memang sedap..ada rasa sikit2 masam lemon tu..bau dia pun harum jek..memang suka sangat..

Resepi Nasi Lemon

Resepi- Chef Sabri Hassan
Sumber : Zila Norazila
Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1-2 jam
3 cawan air
80 gm mentega
6 sudu makan minyak zaitun@ minyak Mazola

Bahan di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris halus
5 ulas bawang merah- di hiris halus
½ inci halia-dimayang halus
1 biji lemon – dihiris nipis (asingkan 2-3 hirisan
untuk hiasan)

Bahan lain
1-2 helai daun pandan diikat
2 batang kulit kayu manis (ukuran 2 inci)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 kiub @ 1 sudu kecil serbuk perisa ayam
Garam secukup rasa

Bahan hiasan
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Lemon

Cara
1.  Panaskan periuk, masukkan mentega, minyak dan tumis bahan dihiris (bawang, halia,lemon)
hingga naik bau.
2.  Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.kacau hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan beras, kiub/serbuk perasa ayam..Juga garam kacau rata.
4.  Biarkan nasi masak.
5.  Hias dengan daun bawang, bawang goreng juga
   hirisan lemon sewaktu menghidang.




Tumis bwg merah,bwg putih,halia dan lemon yang dihiris..


bau harum lemon dan daun pandan..bau dia jek buat kita tak sabar nak makan..hehe

nasi yang dah siap..ada hirisan lemon tu boleh dimakan sekali bersama nasi..
ayam masak merah..peberet anak2 aku..
Ayam masak merah ni aku tak masukkan resepi kat sini..sebab aku masak main campak2 jek..hehe..korang lg teror masak ayam masak merah ni..hehe..

Ok..Selamat mencuba..

Labels:



Old things | New things