RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi nasi limau purut dan acar ikan kering yang saaaaaangaaat sedaaaap...
Saturday, 31 May 2014 | 08:56 | 0 comments
Assalammualaikum..

Hari ni..pepagi2 aku dah mula masuk dapur nak masak....plan nak masak nasi limau purut yang amat sedap..sebab cuti2 sekolah ni..selalu kena masak awal..sebab perut memasing cepat jek lapar..termasuk le perut aku..kihkihkih..sebab malas nak masak banyak kali..(mcm le 10 kali kena masak..hehhee)..aku masak merangkap bekpes,tghari dan malam..haaa kan senang..hehehe..

Aku masak simple jek..nasi limau purut, acar ikan kering dan ayam masak merah..Cuba le nasi limau purut ni..memang sedap sangat..tak caya ce tanya jiran sebelah rumah aku..ekehkehkeh..sebab bila aku masak nasi ni selalunya..mesti hantar kat dia gak..heheheh..tak caya gak ce tengok blog kwn aku Zila 4ever..pas dia datang rmh aku makan nasi ni dan acar ikan kering ni..dia pun tak tgu lama..buat gak nasi limau purut ni dengan acar ikan kering..masa reunion tahun lepas aku pun ada buat acar ikan kering dan nasi limau purut ni..memasing mintak resepi..haaa kan..dah kata sedap..tu le..tak caya..ekehkehkeh...aku rekemenkan korang cuba lah acar ikan kering ni..seyessss sedap..teringat masa aku buat kenduri besday anak aku tahun lepas..ada tauke restoran siap dtg jumpa aku mintak resepi ni..aku ckp nanti dah kaya raya tu..bahagian aku jgn lupa share..kihkihkih..

ni nasi yang baru jek masak..aroma daun limau purut tu..buat perut aku makin kuat bernyanyi..hehehhe..
pas nasi masak jek..titiskan pewarna hijau..sebab daun limau purut kan warna hijau..pastu aku gembur2kan dengan guna garfu..supaya nasi tu tak pecah..gembur2kan sikit2 jek..
nasi yang dah siap gembur..aku letak sikit jek kaler hijau tu..tak payah letak byk2..tak cantik kang kaler dia nanti..

Resepi Nasi Limau Purut
Sumber :Azlita masam manis
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul




Bahan-bahan :
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

 

 Cara-cara:
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.


Acar ikan kering
Bahan-bahan: 1 biji nenas-potong kecik2
1 batang serai-hiris
1 batang bunga kantan-hiris
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut-hiris
1/2 botol sos cili thai (guna jenama Life)
1 bj limau nipis-perah dan ambil jusnya
Sedikit garam dan gula

cara-cara
masukkan semua bahan diatas dlm blender dan kisar semua bahan-bahan (tanpa air)sebab nenas dan sos dah berair sampai lumat kemudian tuang dlm mangkuk.

bahan-bahan lain

ikan kering (goreng ranggup)
1 biji bawag besar-potong dadu/dihiris
Cili Merah-ikut suka banyak mana - dihiris
1 batang timun-buang Kulit dan potong memanjang@ ikut suka
1/2 biji sengkuang kecil- potong ikut suka
sebiji mangga - jika suka
daun ketumbar - jika suka

Campur kan semua bahan  ni kedalam mangkuk tadi..gaul rata..siap





bahan yang dah siap diblend..

bawang besar,sengkuang,timun..dipotong dadu..cili padi dihiris..

ni le ikan kering/bilis yang digunakan..ni belum goreng..
ni dalam bungkusan...
yang ni dah siap goreng..heheheh..
yang ni dah dicampur semua..ni gambar lain yang pernah aku buat dulu..yang kat atas tu aku tak campur lagi..nak mkn kang baru aku campur semua..

Kadang-kadang bila buat nasi limau purut ni..aku gandingkan dengan ayam panggang rosemary..pun sangat sedap..sesuai gak..nasi limau purut ni sesuai kita gandingkan dengan apa2 yang kita suka..tak kisah le nak buat mcmna..kwn aku zila 4ever..duetkan dengan daging lada hitam..pun sedap tu..

selepas aku siapkan nasi dan acar..aku belum masak lagi ayam masak merah..adoii mcmna nak masak..ayam aku masih keras lagi dalam besen..isshh dah rendam dekat sejam pun tak nak lembut lagi..nak aku tampo jek ayam ni..hehehe..lambat lah pulak..plan nak cpt masak..jadi lambat..tak sabo sebenarnya nak pegi jenjalan bawak bebudak g jusco..heheh..
 masih keras lagi ayam ni...sedap jek dia berendam dalam air..aku nak masak cpt ni..tak puas lagi kot dia berendam..kihkihkih..biarkan dulu..sementara aku basuh baju dan sidai baju..



dah siap pun...ayam masak merah...apa lagi jom le mencekik..jap lagi nak kejut anak2 bangun..tengok jam dah dekat kul 9 pagi..nak g jenjalan... dah siap makan2 ni.tak payah makan luar ler..jimat duit aku..kihkihkih..

Labels:


Nasi Arab..alhamdulillah sangat sedap..
Thursday, 6 March 2014 | 08:35 | 0 comments
Assalammualaikum dan salam sayang..



Resepi nasi arab ni aku amek dari blog azie kitchen..kawan sekerja aku yang rekemenkan mencuba..dia kata dah beberapa kali dia buat dan rasanya sangat sedap..masa berbual-bual dengan kawan ni..aku cakap susah nak makan nasi arab kat melaka..kalau aku balik johor melambak restoran nasi arab..pas tu kawan aku cakap "akak masak ler sendiri..tak susah mana pun..senang jek..rasa pun sedap..dapat makan banyak"..betul gak..kalau makan kat luar satu pinggan lebih kurang harganya RM10 atau RM12..mahal kan..tapi banyak jugaklah nasi nya..aku kalau makan..satu pinggan besar berkongsi 2 org makan..hehe..kalau buat sendiri di rumah anak2 pun boleh makan berulang kali..hahaha..ternyata betul..anak2 aku makan 2,3 kali tambah..pastu petangnya mintak lagi nak makan..pastu malam pulak..nasib ler nasi tu byk aku masak..aku yang kata nak diet ni..makan nasi 3 kali bertambah..waaaa..



Aku tak pernah ingin nak mencuba nasi arab ni..sebab pikir mesti susah buat nasi arab ni..makan ajer ler kat restoran yang menghidangkan nasi arab..tapi...bila aku baca bahan2 dan langkah-langkah daripada resepi azie kitchen ni..wahhh senang rupanya..heheh...so..hari Ahad hari tu..aku cuba buat nasi arab ni..sebelum nak buat nasi arab ni aku ajak 2 org kawan aku rasa..seronok ler kwn2 aku nak makan nasi arab kat rumah aku ni..aku pun bagi gak jiran sebelah merasa..aku kata pestaim buat nasi arab ni..tak tahu ler sedap ke tidak..hehe..tapi jiran dan kwn2 aku ckp nasi yang aku buat sedap..cuma lauk tambahan salatah dan zabadi tu dorang tak biasa makan..nasib baik  ler aku ada buat ayam masak merah..haiii tekak melayu tak sama tekak org arab..nak juga lauk tempatan..anak2 aku tak sentuh pun lauk salatah dan zabadi tu..berkerut jek dahi dorang tengok lauk tu..mungkin pelik kot..hehe..ayam masak merah gak yang dorang suka...

Resepi aku CP dari blog azie kitchen..


Nasi Arab Hadramaut
Sumber: mamasya
Olahan: Azie Kitchen

Bahan bahan:
2 ekor ayam - potong 2 atau 4
5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong
2 labu bawang besar  - potong bulat
2 biji lada hijau - potong 2-3

Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih

1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
2 sb serbuk mellah farolah ( tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive


Cara cara Nasi:
Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan  masak selama 1/2 jam.

Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.

Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk.Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau.

Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.

Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.

Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.

Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.

Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.

Siap untuk dihidangkan.





rempah2 ni dibahagi 2..satu bahagian masuk dalam rebusan ayam..satu lagi bahagian untuk menumis..


ayam yang direbus dengan sebahagian rempah..




sebahagian rempah yang ditumis..

asap dari arang buat nasi bertambah sedap..
aku ikut cara azie..asapkan dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak..tuang sikit minyak ke dalam foil dan letakkan arang yang telah menjadi bara supaya mengeluarkan asap..cepat2 tutup periuk dan tutup atas periuk tu lagi dengan kain..(azie tutup dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk)



Cara cara Menyediakan Ayam:
Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.

Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam..(azie letakkan juga sedikit olive oil)..aku letak minyak masak jek..heheh..

Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.


Salatah:
3 biji buah t omato masak
3 biji cili hijau
3 bawang putih
Garam
Sedikit air

Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.


Zabadi:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot

Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.


Nasi Arab Hadramaut:
Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.


Labels:


Resepi Nasi Lemon yang sedap..
Monday, 3 February 2014 | 07:04 | 0 comments
Assalammualaikum..

Hari ni nak share satu resepi nasi yang sungguh istimewa..nasi ni aku buat hari sabtu yang lepas..masa besday hubby dan anakku Mukhriz..Aku hidangkan nasi ni dengan ayam masak merah jek..itu je yang sempat aku masak..sebab pagi2 tu aku dah sibuk siapkan tempahan kek...petang nye pulak kastemer dtg nak amek kek..huhu..plan nak buat macam-macam..nak buat lasagna lah..makaroni bakar lah..puding le..hehe..maklumlah hari istimewa untuk anak dan suamiku..tapi hubby aku kata tak pe..aku buat kek tu pun dah lebih dari cukup..hehe..
nampak mcm nasi biasa sbb aku tak bubuh pewarna oren..tp rasa dia mengancam tau..
Resepi nasi lemon ni aku amek dari blog Zila Norazila..kalau dia dah buat dan dah tayang kat blog tu mesti resepi ni sedap..Zila ni dia akan publish resepi yang dia dah cuba dan masakan tu sedap..aku dah faham betul zila ni..sebab tu suka cuba resepi dari blog sahabat ku ini..resepi dia tak kan mengecewakan..yuppp memang betul..bila dah buat nasi lemon ni..hubby aku, mak aku dan ayah aku pun puji sedap..Cuma Zila gandingkan nasi lemon ni dengan ayam lemon..tapi aku pikir anak2 ku suka sangat makan ayam masak merah.. so aku tak buat ayam lemon tu..tapi lain kali aku nak cuba jugak buat ayam lemon tu..

Aku copy paste jek resepi ni dari blog Zila..Mekasih ye zila..memang sedap..ada rasa sikit2 masam lemon tu..bau dia pun harum jek..memang suka sangat..

Resepi Nasi Lemon

Resepi- Chef Sabri Hassan
Sumber : Zila Norazila
Bahan-bahan
3 cawan beras basmathi - cuci dan rendam 1-2 jam
3 cawan air
80 gm mentega
6 sudu makan minyak zaitun@ minyak Mazola

Bahan di hiris
2 ulas bawang putih – di hiris halus
5 ulas bawang merah- di hiris halus
½ inci halia-dimayang halus
1 biji lemon – dihiris nipis (asingkan 2-3 hirisan
untuk hiasan)

Bahan lain
1-2 helai daun pandan diikat
2 batang kulit kayu manis (ukuran 2 inci)
3 kuntum bunga lawang
4 biji buah pelaga
1 kiub @ 1 sudu kecil serbuk perisa ayam
Garam secukup rasa

Bahan hiasan
Daun bawang
Bawang Goreng
Hirisan Lemon

Cara
1.  Panaskan periuk, masukkan mentega, minyak dan tumis bahan dihiris (bawang, halia,lemon)
hingga naik bau.
2.  Masukkan bunga lawang, kayu manis, buah pelaga dan daun pandan.kacau hingga naik bau.
3.  Masukkan air dan beras, kiub/serbuk perasa ayam..Juga garam kacau rata.
4.  Biarkan nasi masak.
5.  Hias dengan daun bawang, bawang goreng juga
   hirisan lemon sewaktu menghidang.




Tumis bwg merah,bwg putih,halia dan lemon yang dihiris..


bau harum lemon dan daun pandan..bau dia jek buat kita tak sabar nak makan..hehe

nasi yang dah siap..ada hirisan lemon tu boleh dimakan sekali bersama nasi..
ayam masak merah..peberet anak2 aku..
Ayam masak merah ni aku tak masukkan resepi kat sini..sebab aku masak main campak2 jek..hehe..korang lg teror masak ayam masak merah ni..hehe..

Ok..Selamat mencuba..

Labels:



Old things