RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Congo Bar..sangat sedap dan mudah...
Tuesday 4 March 2014 | 19:22 | 4 comments
Assalammualaikum dan salam sayang..


Minggu ni memang penat jugak kat sekolah..seperti biasa pendidikan khas amek tempahan muffin daripada cikgu-cikgu kat sekolah dan jugak dari sekolah lain..ada juga individu yang order untuk besday anak dan majlis keramaian..alhamdullilah..dengan jualan muffin ni dapatlah menambah sedikit tabung kebajikan pendidikan khas..pelajar2 pun happy sangat bila dapat buat muffin banyak2..walaupun sangat penat..tapi kami suka sebab ada juga insan yang menghargai hasil tangan pelajar pendidikan khas...insyaAllah akan ada produk lain yang sekarang ni aku tengah fikir nak ajar pelajar2 ni dan boleh buat jualan..


yang ni masih panas aku dah potong sikit..sebab tak tahan nak rasa sangat..hehe

Walaupun rasa penat balik dari sekolah dan memasak untuk keluarga..tapi aku sempat juga menyiapkan tempahan ..balik sekolah..mandi..pastu dah bersiap kedapur...mengemas rumah kejap..pastu sarung apron..memasak ler...sambil masak mkn mlm..aku selit2kan le buat biskut atau kek yang ditempah...huh!! penat..tapi entahlah..mungkin sebab minat..aku suka jek..heheh..
yang ni aku tapau bawak kat sekolah..untuk tester bagi kwn2 rasa..
Ok..berbalik pada resepi yang aku nak share..pertama kali mencuba buat congo bar..alhamdullilah menjadi dan rasanya pun sedap..buatnya pun tak susah..simple  sangat..tapi kalau nak order dengan aku pun boleh..Alhamdullilah ada yang repeat order bila dah mkn congo bar ni..congo bar ni rasa dia lebih kurang brownies.tapi bila kita makan tak seperti brownies..sebab ada rasa ranggup sikit kat permukaan atas congo bar ni..alah2 kek dan biskut..memang sedap..pulak tu ada campuran coklat chip, badam hiris dan aku campur lagi dengan badam cincang dan kacang walnut..lagiiii lah sedap..heheh...




Congo bar ni memang mewah dengan rasa coklat chip dan badam..sedapppp sangat..kalau nak buat door gift untuk majlis2 keramaian pun boleh..Resepi amek dari blog sahabatku..Zila forever..aku guna mixer sebab senang nak sebatikan gula dengan mentega tu..tapi aku mixer sekejap jek..guna speed paling slow jek..bila dah agak2 rata adunan tu..masukkan telur dan pukul sekejap jek..senang kan..pastu sukatan gula aku kurangkan lagi..sebab memula buat sangat manis..kwn2 kata pun manis..jadi utk kali kedua buat aku kurangkan sukatan..tak terlampau manis sgt dah.hehe..pastu atas congo bar tu aku taburkan badam hiris dan hiaskan dengan coklat cair...jom semak resepi...


Congo Bars
Ingredients
2¾ cups all-purpose flour (lebih kurang 315gm)
2½ teaspoons baking powder
½ teaspoon salt
200 grams butter - softened in room temperature
320 grams light brown sugar   (manis sgt ni..aku kurangkan 220 gm jek)
3 eggs (gred B)
1 teaspoon vanilla essence
325 grams chocolate chips (aku letak 300 gm jek)
1 cup chopped pecans/walnuts/almonds (aku guna 50gm hirisan badam, 50gm badam cincang dan 1/2 cwn walnut)

Methods
1.    Sift flour, baking powder and salt in bowl and put aside.
2.    In another bowl, mix brown sugar with butter until dissolve.
3.    Put egg one by one and mix well.  Put vanilla essence.
4.    Pour sifted mixture of flour, baking powder and salt and mix it well.
5.    Put chocolate chips and nuts and mix it well.
6.    Pour the mixture into buttered tray, layered with grease paper.
7.    Bake in pre-heat oven at 180 degree Celsius for 20 – 30 minutes.
8.    Cut it to equal square size bars.


siap untuk dijual..




yang ni aku masukkan dalam kotak kalau kastemer order 1 loyang..



Labels:



Old things | New things