Disclaimer Scream Here
| Jualan Popia Seaweed untuk menambah tabung kewangan pendidikan khas..
Monday, 31 March 2014 | 08:09 | 0 comments
Dah mula menjual popia seaweed untuk menambah tabung kewangan pendidikan khas..dengan adanya tambahan kewangan ni dapatlah membeli serba sedikit barangan dapur seperti alatan dapur dan bahan-bahan masakan..mmmm..nak buat mcmna kan..kadang2 keperluan pelajar pendidikan khas kurang mendapat perhatian..duit tu tak lah banyak sangat dapat..tapi bagi aku cukuplah menambah serba kekurangan yang terdapat dalam bilik masakan..huhuuuu.. Selepas siap menggoreng popia seaweed..pelajar akan menimbang pula popia dan masukkan ke dalam balang..setiap 150gm popia dijual dengan harga RM10..kelas masakan aku dibantu oleh Pembantu Pengurusan Murid (PPM)..supaya aktiviti masakan dapat dilakukan dengan cepat..ye lah..kelas masakan aku hanya 3 masa iaitu 2 jam..selepas tu aku kena masuk kelas lain lak..Alhamdullilah dengan adanya PPM dalam kelas masakan ini..dapat membantu segala aktiviti dalam kelas masakan..pelajar juga mudah dibimbing bila PPM dapat bekerjasama dengan guru dan pelajar..Alhamdullilah..segala proses membuat popia seaweed dari mula menyediakan bahan, alatan, menggunting popia dan menggoreng dibantu oleh PPM..susah juga kalau PPM tiada dalam kelas masakan aku..kerana .selain mengejar masa untuk siapkan projek masakan..pelajar juga perlu dibimbing secara individu dan diajar dengan teliti iaitu satu persatu supaya mereka mudah faham.. Dan ada satu lagi aktiviti baru dan kemahiran baru aku nak ajar pelajar pendidikan khas ini..aku nak ajar mereka membuat roti asas..sebab tadi dah dapat jadual baru untuk kelas masakan..kelas masakan aku dah diubah kepada MPV Masakan..so..dapat tambahan masa lagi 40 minit..heheeee... tapi cuma alatan aje yang tiada..rasanya mcm aku nak bawa mixer roti kat rumah aku ni ke sekolah..esok aku nak mula ajar meroti pada pelajar kelas masakan aku ni..yeahhhhh... Labels: cerita pendidikan khas |