Disclaimer Scream Here
| Nasi Arab..alhamdulillah sangat sedap..
Thursday, 6 March 2014 | 08:35 | 0 comments
Assalammualaikum dan salam sayang..
Resepi nasi arab ni aku amek dari blog azie kitchen..kawan sekerja aku yang rekemenkan mencuba..dia kata dah beberapa kali dia buat dan rasanya sangat sedap..masa berbual-bual dengan kawan ni..aku cakap susah nak makan nasi arab kat melaka..kalau aku balik johor melambak restoran nasi arab..pas tu kawan aku cakap "akak masak ler sendiri..tak susah mana pun..senang jek..rasa pun sedap..dapat makan banyak"..betul gak..kalau makan kat luar satu pinggan lebih kurang harganya RM10 atau RM12..mahal kan..tapi banyak jugaklah nasi nya..aku kalau makan..satu pinggan besar berkongsi 2 org makan..hehe..kalau buat sendiri di rumah anak2 pun boleh makan berulang kali..hahaha..ternyata betul..anak2 aku makan 2,3 kali tambah..pastu petangnya mintak lagi nak makan..pastu malam pulak..nasib ler nasi tu byk aku masak..aku yang kata nak diet ni..makan nasi 3 kali bertambah..waaaa.. Aku tak pernah ingin nak mencuba nasi arab ni..sebab pikir mesti susah buat nasi arab ni..makan ajer ler kat restoran yang menghidangkan nasi arab..tapi...bila aku baca bahan2 dan langkah-langkah daripada resepi azie kitchen ni..wahhh senang rupanya..heheh...so..hari Ahad hari tu..aku cuba buat nasi arab ni..sebelum nak buat nasi arab ni aku ajak 2 org kawan aku rasa..seronok ler kwn2 aku nak makan nasi arab kat rumah aku ni..aku pun bagi gak jiran sebelah merasa..aku kata pestaim buat nasi arab ni..tak tahu ler sedap ke tidak..hehe..tapi jiran dan kwn2 aku ckp nasi yang aku buat sedap..cuma lauk tambahan salatah dan zabadi tu dorang tak biasa makan..nasib baik ler aku ada buat ayam masak merah..haiii tekak melayu tak sama tekak org arab..nak juga lauk tempatan..anak2 aku tak sentuh pun lauk salatah dan zabadi tu..berkerut jek dahi dorang tengok lauk tu..mungkin pelik kot..hehe..ayam masak merah gak yang dorang suka... Resepi aku CP dari blog azie kitchen.. Nasi Arab Hadramaut
Sumber: mamasya
Olahan: Azie Kitchen
Bahan bahan:
2 ekor ayam - potong 2 atau 4
5 cawan beras basmathi - basuh dan tos
Air secukupnya (1 1/2 - 2 cawan bagi setiap cawan beras)
1 biji tomato masak - potong
2 labu bawang besar - potong bulat
2 biji lada hijau - potong 2-3
Rempah rempah (bahagi 2 bahagian - rebus & tumis):
5 biji buah pelaga
2 helai bay leave
3 batang kulit kayu manis
5 bunga cengkih
1/2 sb serbuk ketumbar
1/2 sk serbuk lada hitam
1/2 sb serbuk jintan putih
1/2 sb serbuk zaffaran (kuning)
2 sb serbuk mellah farolah ( tak letak)
Minyak masak/minyak jagung/olive
Cara cara Nasi:
Sukat air dan rebus sehingga mendidih. Masukkan ayam, 1 labu bawang besar, tomato, separuh dari rempah rempah di atas. Kacau rata. Tutup periuk dan masak selama 1/2 jam.
Keluarkan ayam dan susun dalam bekas. Ketepikan air rebusan dan keluarkan rempah dari air rebusan.
Masukkan rempah yang digunakan dan baki rempah yang selebihnya ke dalam periuk.Masukkan 1 labu bawang besar dan cili hijau.
Kemudian tuangkan minyak ke dalamnya dan goreng sampai bawang menjadi kekuningan.
Tuangkan bahan yang digoreng ke dalam air rebusan ayam tadi. Masukkan garam secukupnya dan biar sehingga air mendidih.
Masukkan beras ke dalam air rebusan dan pindahkan ke dalam rice cooker.
Masukkan sedikit saffron yang dikacau dengan sedikit air dan masak lah seperti biasa.
Bila nasi hampir masak, titiskan lagi saffron yang dikacau dengan sedikit air secara bentuk X. Biarkan seketika sebelum dikacau nasi rata rata. Saya letakkan juga beberapa titis pewarna kuning.
Siap untuk dihidangkan.
aku ikut cara azie..asapkan dengan cara meletakkan aluminium foil ke dalam rice cooker semasa nasi telah masak..tuang sikit minyak ke dalam foil dan letakkan arang yang telah menjadi bara supaya mengeluarkan asap..cepat2 tutup periuk dan tutup atas periuk tu lagi dengan kain..(azie tutup dengan sekeping lagi aluminium foil dan tutup periuk)
Cara cara Menyediakan Ayam:
Renjiskan ayam dengan sedikit air sejuk.
Lumur keseluruhan permukaan ayam dengan pewarna mellah farolah/saffron yang dicampur dengan garam..(azie letakkan juga sedikit olive oil)..aku letak minyak masak jek..heheh..
Bakar dalam 20-30 minit dengan dibalikkan permukaan ayam dengan menggunakan api atas sahaja.
Salatah:
3 biji buah t omato masak
3 biji cili hijau
3 bawang putih
Garam
Sedikit air
Blender semua bahan di atas dan siap untuk dihidangkan.
Zabadi:
Yoghurt
Timun - cincang halus
Hirisan karot
Satukan semua bahan di atas. Hidangkan dengan hirisan timun, bawang besar, tomato dan limau nipis.
Nasi Arab Hadramaut:
Hidangkan nasi dengan ayam dan salatah serta Zabadi ke dalam pinggan hidangan.
Labels: nasi |