RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Roti lagi..
Saturday 8 March 2014 | 09:02 | 0 comments
Assalammualaikum...


Roti lagi..bagi aku roti ni tak jemu kalau makan hari-hari..anak2 memang suka sangat kalau aku buat roti..bila tak sibuk dengan tempahan kek..aku akan meroti untuk minum petang atau sarapan pagi..Roti-roti kat bawah ni aku buat untuk bekpes esoknye..jadi untuk bekpes kena lah malam2 meroti..sebab esok pepagi tak mungkin boleh nak meroti sebab perut mesti lapar..mana lah boleh tungu roti tu nak naik setengah jam..pas tu nak bakar lagi..mesti aku dah kelaparan..huhuuu..aku buat juga pizza rendang ayam..guna doh roti yang sama..hanya guna rendang ayam segera adabi je untuk topping...heheh..nak jimat masa..malas lak nak menumis inti pizza..so guna le apa yang senang..sedap gak..
guna rendang ayam adabi segera jek..
letak jek rendang ayam tu kat atas pizza..pastu tabur mozarella chesse
sedapppppp...

Masa nak buat roti2 ni teringat kat sorang kwn ni..dia suruh aku amek gambo bila buat roti ..sebab nak tengok step2 buat roti terutamanya roti sosej dan kacang merah yang bentuk ulat tu..tapi ada jugak step yang terlepas..hehe..terlupa nak amek...mcm biasa aku amek gambo guna iphone jek..


Resepi roti-roti kat bawah ni aku guna resepi yg sama iaitu Resepi Roti Gebusss tu...boleh lihat entri resepi roti gebuss untuk langkah2 membuat doh..

 Roti berinti kacang merah..(peberet aku ni..)


1.Leperkan doh..isi inti kacang merah..(sebelum tu inti kacang merah tu pun kita leperkan)..pastu bungkus semula..


2. Leperkan semula doh..tekan2 doh jadi bentuk seperti di atas..(seperti segi tiga)..


3. Kelar2 kan doh dengan pisau seperti gambar di atas.


4. Pastu gulung je doh dari bawah ke atas..siap..

Roti sosej..


1. Leperkan doh dan letakkan sosej seperti gambar di atas.


2. Pastu balut sosej.


3. Gunting menjadi 9 bahagian..gunting sampai putus sosej tetapi jangan doh tu terputus lak..
4. Pas tu tolak ke kiri dan ke kanan sosej tu..


5. Dah kembang..baru picit sos cili dan mayonis..


jenama yis yang aku guna..

Labels:



Old things | New things