Disclaimer Scream Here
| Alhamdullilah...Tercapai jua...langkah pertama untuk kelas Transisi Kekerjaya..
Tuesday, 8 April 2014 | 23:11 | 4 comments
Assalammualaikum dan salam ceria..
Alhamdullilah...bersyukur sangat akhirnya impianku untuk melihat Program Transisi Kekerjaya Pendidikan Khas tercapai dan berjalan dengan lancar pada minggu lepas..ingatkan nak terus menaip kat blog selepas habis pelancaran dan perasmian di Karnival Pendidikan..tapi masa membataskan keterujaan aku nak berkongsi di sini..kejayaan ini semuanya atas inisiatif dan sokongan daripada GPK Khas baru aku iaitu Cikgu Aziz yang amat komited dan prihatin kepada masa depan pelajar pendidikan khas..Terima kasih Cikgu Aziz yang memberi kepercayaan penuh padaku untuk meneruskan impianku yang ingin menjalankan program MPV di pendidikan Khas..
Berlinang air mataku dan sebak kerana selama ini aku rasa sukar dan amatlah mustahil untuk aku dan guru-guru lain merealisasikan impian tersebut bersama bekas GPK Khas dulu yang amat sombong dan bongkak..(huuuu).kenapa aku kata demikian??..kerana sebelum Cikgu Aziz berpindah ke sini.. kami guru pendidikan khas amat tertekan dan hilang rasa semangat untuk mengajar kerana Cikgu J ni seorang ketua yang sombong dan angkuh..berasakan diri terlalu hebat dan tidak mahu bertolak ansur tentang apa jua idea dan cadangan kami meningkatkan kecemerlangan pelajar pendidikan khas..bukan aku sengaja nak burukkan dia..memula datang sekolah aku dia dah buang kasut-kasut cikgu dan pelajar dalam tong sampah????beginikah cara seorang ketua hendak memimpin anak buahnya??dengan alasan cikgu tak pandai susun kasut..beginikah lagak seorang guru professional??terus kami semua hilang hormat pada dia sebagai ketua dan seorang kakak..maaflah..aku tak 'pandang' orang seperti ini..lagi satu memula meeting dah menengking herdik..kata-kata dia yang aku ingat sangat.."saya tak kira awak ada master..awak semua kena ikut cakap saya"..kalau tak suka saya boleh pindah sekolah!!!!...Waahhhhh!!berlagak betul..mcm ler jawatan GPK Khas tu tinggi bebenor..kahkah..ketawa kita orang bila ingatkan sikap lagak dia..Cikgu J ni datang dah huru hara pendidikan khas dibuatnya..laporan tentang sikap biadap aku dan rakan sepasukan aku panjang berjela dia hantar ke jabatan..Ahh aku peduli apa..Aku buat yang betul dan memang sepatutnya aku buat.. Adoii..dah terlajak lak tulis pasal bekas GPK Khas aku..kalau ingatkan memang sakit hati..Akhirnya!!! Cikgu J ni melangkah keluar dari sekolah kami..dia pulak yang berpindah..kihkihkih.cukuplah setahun dia di sini menghuru-harakan keadaan kami di sini..ishhh dah le stop..kalau nak cite pasal dia memang banyak..tapi ada hikmahnya juga yang Allah beri..Dia datangkan kami dengan seorang GPK Khas yang benar-benar faham apa itu pendidikan khas..dan aku juga belajar dari kesilapan Cikgu J ni supaya aku beringat apabila suatu hari nanti Allah duga aku menjadi seorang ketua nanti..aku tidak akan 'berperangai' seperti dia...apa yang dapat aku belajar daripada Cikgu J ni??..pendapat aku.. kita perlu belajar menghormati orang bawahan dulu..hilangkan sifat ego atau bangga diri..sebab kita akan bekerja dengan mereka..bagaimana kalau hati dah terguris..perasaan hormat dah tak de..tentu sukar untuk kita bersama berbincang..lagi satu prinsip aku..bagi aku lah..perbuatan seseorang itu yang menentukan sama ada dia layak untuk dihormati atau tidak..Cikgu J ni tidak layak untuk aku hormat dia sebagai seorang ketua atau kakak..maaf ler..
Bersambung balik pada Program Transisi Kekerjaya ini..aku amat bersyukur dan berterima kasih kepada Cikgu Aziz. Guru-guru dan PPM yang banyak membantu dari mula menyediakan bahan dan alatan masakan, membantu memasak bersama pelajar..menjual hasil kerja pendidikan khas di Karnival..Alhamdullilah..semuanya berjalan dengan baik atas sikap saling membantu..Karnival Pendidikan di MITC ni berlansung selama 4 hari..bermula dari hari Khamis (3/42014) hingga Ahad (6/4/2014)..banyak sekolah-sekolah di negeri melaka yang join karnival ni..seronok sangat tengok pelajar aku menjual hasil masakan yang mereka buat..kadang2 tergelak gak tengok salah sorang pelajar tu bercakap dengan pelanggan apa yang mereka jual..siap bagi tester kat pelanggan sebelum beli..itu lah..pengalaman kan..sekurang-kurangnya pelajar ni dapatlah menimba banyak pengalaman melayan karenah pelanggan membeli..
Aku harap ini adalah permulaan bagi kami semua untuk meneruskan kecemerlangan insan istimewa..permulaan bagi kami yang menemui jalan sukar pada tahun lepas..semoga Kelas MPV Masakan dan Jahitan dapat memberi harapan dan sinar baru buat pelajar pendidikan khas..Walaupun masih serba kekurangan dari segi infrastruktur, alatan dan kemudahan di bilik masakan dan jahitan..itu merupakan cabaran kedua bagiku..bagiku cabaran pertama untuk membuka kelas MPV telah berjaya..semoga cabaran kedua tersebut tidak akan mengambil masa yang lama..kerana pelajar amat memerlukan kemudahan di bilik MPV masakan dan jahitan agar guru dan pelajar lebih selesa meneruskan pembelajaran.. Alhamdullilah..Terima Kasih semua yang mendoakan.. Gambar2 kat bawah ni tak de kena mengena ye dengan program pendidikan khas..kihkihkih..
Labels: cerita pendidikan khas |