RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Roti sarang lebah yang memang best...
Monday, 28 April 2014 | 09:27 | 0 comments
Assalammualaikum..dan salam sayang..


Roti sarang lebah..kenapa ye dipanggil roti sarang lebah..mungkin sebab sos butterscotch tu menyerupai madu yang dibuat oleh sang lebah..heheh..agaknye ler..tp kat FB sana sini org dok tayang roti ni..aduhhh..nampak sangat sedap..sebab atas roti tu dilimpahi dengan sos butterscotch yang memang meruntun lidah nak merasainya..tp sbb pikir tgh diet..kekonon tak makan roti..nasi..dan apa2 lah yag berkarbohidrat..heheh..diet atkins kononnya..adoiii..memang dekat 2 minggu tak jamah nasi sbb badan dah mula naik..dlm 2 minggu tu cuma betul2 buat atkins 5 hari jek..yg lain hari tu ada gak jamah sikit2 roti..try diet atkins ni sebab takut badan naik lagi..nmpak ok gak..ada kesan susut kat perut dan pinggang..tapiiii..kebetulan ada kawan nak dtg rmh..pas tu mintak buat nasi arab dan roti sarang lebah ni..punah lah diet ku..kihkih..tak per..esok2 buat semula..sebab dah rasa seronok lak bila berdiet ni..
sebelum dibakar..

Ingat nak makan sikit jek roti tu..tapi sebab kesedapan sos butterscotch tu..aku amek sampai 3 ketul roti..waaaa..mcmna nak diet ni..pas tu..nasi arab tu memula sesenduk jek..amek lagi sesenduk..mmm..tak per lah esok boleh diet..kihkih..
selepas dibakar..baru keluar dari oven ni..

Memang sedap betul ler roti ni digandingkan dgn sos butterscotch tu..bila mkn siap cicah2 sos tu..esok dah abis diet aku mesti buat lagi roti ni..heheheh...aku bagi seloyang kat jiran sebelah..kwn aku nak balik..aku tapaukan seloyang gak bawak balik..
 
banyaknye aku buat..kihkih..


siap buat nasi arab untuk sahabat baikku yang datang..

Resepi ni aku amek dari blog izah daut..best betul blog dia..suka tengok gambar2 masakan dia yang cantik2..terima kasih kat izah daut yang sudi memanjangkan resepi ni..pencetus resepi asal ni daripada Lydia Honey..terima kasih tak terhingga kerana memperkenalkan roti sarang lebah yang mabelesss.. tapi aku tersilap sikit kat sos tu..sepatutnya tunggu sejuk dan agak pekat sikit baru curah kat roti..tapi aku masa sos tu panas2 dah curah terus kat roti tu..huuuu..dah tak cantik sangat warna sos tu...hehehe..tak pe ler..janji sedap..heheh..dan kali ni pulak aku cuba buat roti tu guna resepi kat bawah ni..tak guna resepi biasa aku buat tu..sebab nak cuba rasa resepi roti lain lak..memang gebu dan lembut jek roti ni..


ROTI SARANG LEBAH
resepi: Lydia Honey
sumber: Izahdaut

Bahan-bahan :
2 cawan tepung gandum (aku guna 1 cwn tpg roti,1 cwn tpg gandum) 
1/2 sudu teh baking powder
1/2 sudu teh yis kering
1sb gula pasir
1/2 cawan air suam
1/4 sudu teh garam
1/4 cawan plain yogurt
1/4 cawan minyak sun flower / minyak masak
 

 Cara Membuat :
1. Larutkan yis, gula dengan air suam sehingga berbuih.
2. Dalam mangkuk adunan, masukkan tepung gandum dan baking powder, letak garam dan kacau sehingga sebati.
3. Masukkan campuran yis yang dah berbuih tadi, yogurt dan uli (aku uli guna mixer) sambil-sambil masukkan minyak sikit demi sedikit, uli sehingga elastik. (jika guna mixer anggaran dalam 20minit, jika uli dengan tangan anggaran dalam 35min - 1 jam) supaya roti kita akan naik dengan gebu.
4. Kemudian, biarkan doh kembang sehingga 2x ganda. 
 


5. Bila doh dah kembang tumbuk doh supaya keluar angin.
6. Sapu minyak di tangan dan ambil doh untuk dibentukkan samada nak besar atau kecik terpulang (aku bentukkan bulat besar dan susun dalam loyang rapat-rapat).
 
Doh memang lembik dan melekat tapi jangan di tambah tepung, cuma sapu je minyak untuk kurangkan melekat tu.
 


 7. Taburkan dengan pumpkin seeds (aku tak letak) dan almond flakes jika suka dan biarkan doh rehat naik 2x ganda sekali lagi.Sementra menunggu doh naik ON kan over anda.. Setting 180-200C api atas bawah..
Izah daut bgtahu..Make sure oven panas giler baru masukkan loyang. 10 minit pertama guna api bawah jer, 5 minit terakhir pakai api atas bawah.
Time bako dalam 10-15 minit.
Keluarkan dari oven dan cepat2 tuangkan butterscotch di atasnya.
Sedia untuk dihidangkan.

NOTE:-(izah daut pesan:)
1) doh memang lembik.. Jangan tambah tepung, cuma sapukan tgn anda dgn minyak masa nk bahagi2 doh kecik2.
2) No need perfect bulat sgt just lebih kurang sbb nanti dia akan bulat sendiri bila naik.
3) Make sure oven benar2 panas supaya ia lembut bak cotton.
4) JANGAN bakar terlalu lama kerana nanti keras
5) Kalau tak abis makan tu simpan roti dalam air tight container atau balut pinggan anda dengan plastic kemas2.

BUTTERSCOTCH SAUCE
1/2 cup brown sugar bukan gula merah ok
1/2 cup whipping cream(kalau tak de boh jer susu cair)
A pinch of salt
1/2 tsp vanilla essence
25g butter


Cairkan butter dakam periuk kecil, Masukkan brown sugar, kacau selalu sehingga gulanya cair@larut sepenuhnya dan berbuih.
Tuangkan whipping cream perlahan2 sambil mengacaunya.
Masukkan vanilla dan bila semuanya sebati off kan api dan tuangkan dalam bekas tahan panas, sejukkan sedikit dan sedia untuk digunakan sebagai topping.

NOTE:-
Make sure semua bahan tersedia dekat dapur anda kerana sos ni cepat hangus kalau di tinggalkan.
Awas masa nak tuang cream tu sbb gula ni panas sangat.. Berhati2, baik guna senduk jangan guna sudu takut malang tak berbau .
 
 
selamat mencuba...










Labels:



Old things | New things