RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Resepi nasi limau purut dan acar ikan kering yang saaaaaangaaat sedaaaap...
Saturday, 31 May 2014 | 08:56 | 0 comments
Assalammualaikum..

Hari ni..pepagi2 aku dah mula masuk dapur nak masak....plan nak masak nasi limau purut yang amat sedap..sebab cuti2 sekolah ni..selalu kena masak awal..sebab perut memasing cepat jek lapar..termasuk le perut aku..kihkihkih..sebab malas nak masak banyak kali..(mcm le 10 kali kena masak..hehhee)..aku masak merangkap bekpes,tghari dan malam..haaa kan senang..hehehe..

Aku masak simple jek..nasi limau purut, acar ikan kering dan ayam masak merah..Cuba le nasi limau purut ni..memang sedap sangat..tak caya ce tanya jiran sebelah rumah aku..ekehkehkeh..sebab bila aku masak nasi ni selalunya..mesti hantar kat dia gak..heheheh..tak caya gak ce tengok blog kwn aku Zila 4ever..pas dia datang rmh aku makan nasi ni dan acar ikan kering ni..dia pun tak tgu lama..buat gak nasi limau purut ni dengan acar ikan kering..masa reunion tahun lepas aku pun ada buat acar ikan kering dan nasi limau purut ni..memasing mintak resepi..haaa kan..dah kata sedap..tu le..tak caya..ekehkehkeh...aku rekemenkan korang cuba lah acar ikan kering ni..seyessss sedap..teringat masa aku buat kenduri besday anak aku tahun lepas..ada tauke restoran siap dtg jumpa aku mintak resepi ni..aku ckp nanti dah kaya raya tu..bahagian aku jgn lupa share..kihkihkih..

ni nasi yang baru jek masak..aroma daun limau purut tu..buat perut aku makin kuat bernyanyi..hehehhe..
pas nasi masak jek..titiskan pewarna hijau..sebab daun limau purut kan warna hijau..pastu aku gembur2kan dengan guna garfu..supaya nasi tu tak pecah..gembur2kan sikit2 jek..
nasi yang dah siap gembur..aku letak sikit jek kaler hijau tu..tak payah letak byk2..tak cantik kang kaler dia nanti..

Resepi Nasi Limau Purut
Sumber :Azlita masam manis
By : Chef Zaidah Mohd Noor
Rujukan : Buku masakan
Cita Rasa Malaysia 1000 resepi Unggul




Bahan-bahan :
2 sudu besar margerin
1.5 cm halia ~ kupas dan hiris
2 ulas bawang putih ~ dihiris
4 ulas bawang merah ~ dihiris
1 batang serai ~ dititik
3 helai daun limau purut
Garam secukup rasa
500 ml air
125 ml pati santan
1 sudu besar stock ayam
2 cawan beras Basmathi ~ di cuci bersih dan toskan airnya
4 titik pewarna hijau

 

 Cara-cara:
Panaskan Margerin di dalam periuk
Tumiskan bahan-bahan hiris hingga wangi
Masukkan serai dan daun limau purut, kacau sebentar
Apabila dah harum masukkan air, garam, santan, stock ayam dan beras
Kacau sedikit dan biarkan sehingga air nasi kering
Apabila kering, titiskan dengan pewarna hijau
Gaul sebati dan biarkan hingga nasi masak sepenuhnya.


Acar ikan kering
Bahan-bahan: 1 biji nenas-potong kecik2
1 batang serai-hiris
1 batang bunga kantan-hiris
2 ulas bawang putih
3 helai daun limau purut-hiris
1/2 botol sos cili thai (guna jenama Life)
1 bj limau nipis-perah dan ambil jusnya
Sedikit garam dan gula

cara-cara
masukkan semua bahan diatas dlm blender dan kisar semua bahan-bahan (tanpa air)sebab nenas dan sos dah berair sampai lumat kemudian tuang dlm mangkuk.

bahan-bahan lain

ikan kering (goreng ranggup)
1 biji bawag besar-potong dadu/dihiris
Cili Merah-ikut suka banyak mana - dihiris
1 batang timun-buang Kulit dan potong memanjang@ ikut suka
1/2 biji sengkuang kecil- potong ikut suka
sebiji mangga - jika suka
daun ketumbar - jika suka

Campur kan semua bahan  ni kedalam mangkuk tadi..gaul rata..siap





bahan yang dah siap diblend..

bawang besar,sengkuang,timun..dipotong dadu..cili padi dihiris..

ni le ikan kering/bilis yang digunakan..ni belum goreng..
ni dalam bungkusan...
yang ni dah siap goreng..heheheh..
yang ni dah dicampur semua..ni gambar lain yang pernah aku buat dulu..yang kat atas tu aku tak campur lagi..nak mkn kang baru aku campur semua..

Kadang-kadang bila buat nasi limau purut ni..aku gandingkan dengan ayam panggang rosemary..pun sangat sedap..sesuai gak..nasi limau purut ni sesuai kita gandingkan dengan apa2 yang kita suka..tak kisah le nak buat mcmna..kwn aku zila 4ever..duetkan dengan daging lada hitam..pun sedap tu..

selepas aku siapkan nasi dan acar..aku belum masak lagi ayam masak merah..adoii mcmna nak masak..ayam aku masih keras lagi dalam besen..isshh dah rendam dekat sejam pun tak nak lembut lagi..nak aku tampo jek ayam ni..hehehe..lambat lah pulak..plan nak cpt masak..jadi lambat..tak sabo sebenarnya nak pegi jenjalan bawak bebudak g jusco..heheh..
 masih keras lagi ayam ni...sedap jek dia berendam dalam air..aku nak masak cpt ni..tak puas lagi kot dia berendam..kihkihkih..biarkan dulu..sementara aku basuh baju dan sidai baju..



dah siap pun...ayam masak merah...apa lagi jom le mencekik..jap lagi nak kejut anak2 bangun..tengok jam dah dekat kul 9 pagi..nak g jenjalan... dah siap makan2 ni.tak payah makan luar ler..jimat duit aku..kihkihkih..

Labels:



Old things | New things