RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Masih lagi dalam pembinaan...
Thursday, 3 July 2014 | 19:28 | 0 comments

                                           Assalammualaikum....


dari bahagian belakang..ini adalah kelas tambahan..
 Masih dalam pembinaan...

Sebelum ni aku pernah masukkan entri tentang kelas pendidikan khas dalam kerja2 penambahan infrastruktur...sebelum cuti 2 minggu persekolahan telah bermula kerja2 pembinaan ini..hingga lah ke hari ini..




Walaupun masih dalam keadaan tidak selesa..namun kelas tetap dijalankan seperti biasa..pelajar2 terpaksa dihimpunkan dalam satu kelas yang besar..di mana bangunan baru yang hampir 80% siap dijadikan 3 kelas..maka belajarlah mereka di situ..hehehhe..tapi ada satu kelas lama masih boleh digunakan..jadi ada beberapa orang pelajar masih boleh belajar di situ..

kelas sementara..
bahagian dapur

bahagian dapur
bahagian dapur..

Melihat bangunan yang masih dalam pembinaan..dan berhabuk..memang sangat2 lah tidak selesa..tapi nak buat macam mana..bangunan dijanjikan siap sepenuhnya pada hujung bulan Julai..


mesin photostat diletakkan sementara di situ...


Kelas masakan pula, aku pindahkan ke satu kelas lain yang tidak diubahsuai...kat situ kami angkut oven, dapur gas, alatan2 memasak, meja dan sebagainya..walau macam mana pun aku tetap teruskan kelas masakan..sebab bulan puasa ni aku dah rancang nak buat biskut raya dengan anak2 murid aku..plan minggu depan dah nak buat kuih siput dan popia seaweed jek..tak seperti tahun2 lepas banyak kuih raya dapat dibuat..disebabkan halangan alatan dan tempat pun kurang selesa..buat hanya 2 jenis cukup le..nak hilangkan bosan budak2 ni masa bulan posa ni...nanti bolehlah anak2 murid aku bawak balik kuih raya yg mereka buat kat sekolah...

pejabat sementara
masih lintang pukang..hehhee..

Alhamdullilah..kami sangat2 bersyukur dengan perubahan yang berlaku sekarang di pendidikan khas..Tak sangka sebelum ni pernah luah isi hati..tentang kesusahan dan kepayahan untuk mendapatkan bangunan baru..tapikan..walaupun kami tak dapat bangunan baru dapat penambahan dan 'pembesaran' bangunan pun dah rasa bersyukur..hehehe..alhamdullilah....

Labels:



Old things | New things