Disclaimer Scream Here
| Resepi Roti Sardin Roll..untuk bersahur..
Tuesday, 1 July 2014 | 21:10 | 0 comments
Assalammualaikum..salam sayang..
Salam Ramadhan dan Selamat Berpuasa..hari ni dah masuk 4 hari berpuasa...Alhamdullilah dan syukur kerana Allah masih panjangkan usia untuk kita menjalani ibadah puasa tahun ini..Sempena bulan ramadhan ini aku memohon ampun dan maaf andai ada perkataan dan perbuatan yang mengguris hati sahabat2ku..semoga kita dapat menjalani ibadah puasa dengan sempurna.. Cerita tentang puasa ni..masalah utama yang selalu buat aku pening ialah "MENU"..menu nak berbuka nanti..baru sehari puasa dah pening esok pulak nak masak apa..Walaupun sibuk memenuhi tempahan biskut..memasak untuk berbuka tetap diutamakan..lebih2 lagi suami dan anak2 suka makan dirumah dan jarang membeli makanan di bazar..sebab utama tak pergi bazar ramadhan sebab aku tak de masa nak meninjau2 kat situ..pas tu takut pulak terlebih membeli makanan..sebab bila pergi mesti semua nak rasa..jadi untuk menyelamatkan diri dan poketku jugak..jadi tak payahlah pergi..hehehee.. hari ni tak de lah nak kongsi menu berbuka..sebab memang tak sempat nak amek gambo semua masakan dari hari pertama berbuka sampai semalam ni..hehhee..cuma hari ni nak kongsi mlm tadi ada buat roti sardin roll..buat tak byk..sebab untuk bersahur jek..tp tak byk pun setengah kilo tu..tetap dpt byk gak..jadi ada lah lebih roti ni..so pepagi aku hantar kat rumah pengasuh anak..bolehlah dia buat berbuka nanti.. Resepi roti ni memang guna resepi roti gebusss yang pernah aku share..buat roti ni sekejap jek..sebab mudah..gulung dan potong2..tengok langkah2 kat bwh yg sempat aku amek gambo..
siapkan inti sardin dulu..boleh jugak guna tuna..lagi sedappp..
gelek doh seperti di atas.
Resepi roti sardin roll.. Resepi roti :guna resepi roti gebusss.. Inti sardin : 1 ti kecil sardin (boleh guna tuna)..buang sedikit kuah sardin dan cincang sardin hingga hancur 1 biji bawang besar - dihiris halus 1 biji lada merah - dihiris 1 sudu kecil lada sulah sedikit garam Cara: 1.Panaskan minyak.Tumis bawang dan lada merah. 2.Masukkan sardin.Kacau rata. 3.Masukkan garam dan lada sulah.Kacau rata..dah masak angkat dan ketepikan. Labels: roti |