Disclaimer ![]() Scream Here
| Resepi Chocolate lasagna..yummyyyyy...
Saturday, 29 November 2014 | 07:55 | 0 comments
Assalammualaikum..
Meh cuba buat chocolate lasagna ni..adoiii memang sedap sangat tau..memang sedap ada biskut oreo hancur dengan puding coklat memang sedaaappppp betul..pastu lak ada lapisan chesse..bayangkan rasa dia..mmm..hehheeee...tp tak boleh le makan banyak2 kan..bertambah lemak yg dah berkilo2 dlm badan..heeheheee..
cara membuatnya nampak jek susah dan mcm leceh sbb tengok resepi banyak step..tapi sebenarnya tak..amat mudah bila kita ikut step betul2..bila dah buat baru tahu senang jek rupanya..hehehe..pastu tak payah nak bakar2..masuk jek dlm peti ais..senang kan??..
Resepi Chocolate lasagna.
Sumber resepi : Blog Rasa Rempah
Bahan-Bahan A
36 ketul oreo dikisar _ ( ambil krimnya sekali ) 6 sudu besar butter dicairkan
Cara-cara
Campurkan kesemua bahan dan gaul rata. Ketepikan. (aku simpan jap dlm peti ais)
Bahan-Bahan B
200 gm cream cheese 1 cawan Non-dairy whipping cream 100 gm gula kastor ( boleh juga guna gula aising jika suka ) - aku guna 60gm gula kastor 2 sudu besar susu segar
** Note ~ Gandakan sukatan sekiranya ingin krimnya tebal sedikit. (aku gandakan sukatan)
Cara-Cara
Pukul cream cheese sehingga lembut. Kemudian masukkan gula kastor atau gula aising dan pukul lagi sehingga ianya lembut dan gebu. Masukkan susu segar dan pukul sebati. Ketepikan.
Di dalam bekas yang lain, pukul Non-dairy whipping cream hingga kental.
Kemudian campurkan ke dalam adunan cream cheese tadi dan kaup balik sehingga sebati. Masukkan ke dalam piping bag. Ketepikan..
Bahan-Bahan C ( CHOCOLATE PUDDING )
1/4 cawan tepung jagung - aku buat 1/2 cwn tepung jagung 1/2 cawan gula kastor 1/8 tsp garam 3 cawan susu segar (resepi asal ada santan..tp aku tak letak) 185 gm dark chocolate _ dicincang 1 tsp esen vanilla
Cara-Cara
Campurkan tepung jagung bersama gula dan garam ke dalam bekas. Kemudian campurkan susu segar dan kacau perlahan. Masak di atas double boiler dengan api sederhana. Sentiasa menggaul adunan sehingga ianya sebati dan pekat ( 15 - 20 minit )..guna hand whisk . (tapi aku tak masak cara double boiler..aku terus masak atas api) Tambahkan coklat cincang dan kacau selama kira-kira 2 - 4 minit atau sehingga puding kental. Kemudian alihkan dari api dan masukkan esen vanilla. Kacau rata. Sejukkan dan ketepikan. ** Note ~ Tapis puding dengan menggunakan penapis sekiranya puding yang terhasil itu berketul-ketul.
Cara Melapis
Masukkan sedikit biskut oreo kisar ( bahan A ) ke dalam bekas yang digunakan. Kemudian picitkan adunan bahan-bahan B di atasnya. Lapis di atasnya dengan chocolate pudding dan ratakan. Picitkan lagi adunan bahan-bahan B di atasnya. Taburkan dengan chocolate chips, biskut oreo kisar dan sedikit parutan coklat. Sejukkan di dalam peti ais sebelum dinikmati.
Selamat mencuba..
Labels: Dessert |