RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Jamuan Akhir Tahun Pendidikan Khas 2014..Biarlah Aku Di sini dan Biarlah Gambar berbicara!!
Friday 12 December 2014 | 10:10 | 1 comments
Assalammualaikum..salam sayang..

bergambar bersama kelas aku..PK Zamrud..tangan pegang pisau jek..tak boleh potong dulu..tunggu semua kelas bergambar..hehehhe..

bergambar beramai2 bersama semua guru  pendidikan khas..kiri sekali tu GPK Pend.Khas..(ceria tak kami??..kalau GPK aku yg lama tengok gambo ni mesti jelesssss)..hahahaha..

Rasa nak melompat!!!..yeee sebab aku tak sangka 'kesuraman' dan 'kesengsaraan' tahun 2013 ada hikmahnya..tahun 2014 membawa banyak perubahan dan penambahbaikan dalam pendidikan khas..bukan sahaja infrastruktur dan prasarana berubah..tapi juga..terjalinnya ikatan kemesraan antara kami cikgu2 dan juga PPM (Pembantu Pengurusan Murid)..sebak rasanya..rupanya perancangan Allah lebih baik..kesuraman yang kami lalui tahun 2013 rupanya ada banyak hikmah..apa yang telah dilalui oleh kami sebelum ini..membuat kami lebih menghargai apa yang ada sekarang..boss yang terbaik..rakan2 sejati..ye..benar..sejak 'peperangan' antara GPK dulu..perhubungan kami antara guru2 dan PPM lebih erat..lebih mesra..tak mahu imbas semula perkara2 negatif antara kami dan GPK lama..kami ingin membawa haluan pendidikan khas ke arah kecemerlangan..membuka mata semua pihak 'berkenaan' pelajar2 pendidikan khas juga ada 'masa depan'..huhuuuuu.

Dan...yang paling penting di sini..gambar2 ini membuktikan dan menafikan tentang apa yg selama ini pihak tertentu menjaja kisah2 aku dan rakan2ku yg tak betul..kami lah jahat..kurang ajar..tak beri kerjasama pd GPK lama dan mcm2..banyak fitnah yang diceritakan kepada orang luar dan antaranya adalah kami guru2 tidak mendengar dan mengikut arahan ketua..semua Fitnah!!!!apa yg berlaku adalah kerana kami mempertahankan hak pelajar2 pendidikan khas..dan hak kami sebagai seorang manusia!!!dan aku serta rakanku tidak diberi peluang langsung untuk membuka mulut tentang kebenaran yg terjadi disebalik cerita2 negatif..tak diberi peluang untuk menepis semua fitnah itu..ye memang tidak ada..tidak ada peluang membetulkan kebenaran!!huhuuu sedih..

Biarlah Aku Di sini..

Aku amat terharu dan berbangga kini..mempunyai rakan2 sekerja yang baik, bertolak ansur..pembantu pengurusan murid yang rajin dan alhamdullilah kami semua boleh bekerjasama..Ya Allah semoga perhubungan dan kemesraan yg terjalin antara kami berpanjangan dan biarlah aku di sini sahaja...rasa tak mahu aku berpindah ke sekolah lain..Banyak perkara yg perlu aku buat di sini..impian aku di sini..semoga tahun 2015 nanti segala impian aku untuk program MPV masakan akan lebih maju..banyak sangat yang perlu aku mulakan..insyaAllah..aku berharap mendapat sokongan dari kawan2 dan boss yg amat sporting..untuk rakan2 ku..semoga kita akan bersama memajukan pendidikan khas..dan juga buat sahabatku Elena Tan..semoga angklong kita terus gemilang..kamu semua adalah Teman sejati...i luvvvv u all..


Cikgu Shiqah bersama kelas PK Emas..

Cikgu Wan Norma bersama kelas PK Berlian


Cikgu Genevie bersama kelas PK Delima


Penyelaras Pend Khas Cikgu Naim bersama kelas PK Mutiara


Cikgu Helma bersama Kelas PK Geliga


Cikgu Noorliana bersama kelas PK Permata


Cikgu Adura bersama kelas PK Nilam


Cikgu Tan,Cikgu Hairani dan En.Aziz bersama pelajar2 yang tamat persekolahan 2014..


Cikgu Noriah bersama pelajar inklusif PK Kristal


antara kek yang aku sediakan untuk jamuan..kek coklat moist..


snow coklat cheese..


brownies coklat dengan pisang


pizza lasagna..(nanti dlm entri lain aku akan share resepi pizza lasagna)..
ceria bergambo bersama hidangan..hehheheee

antara menu utama adalah soto..memang terbaikkkk soto ni..

manis2 kan cikgu2 pendidikan khas?hahahahha..

sedang mengagihkan makanan kepada pelajar..

hehehheeee..abin..luvvv uuuu..

Labels:



Old things | New things