RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Wajah Baru Bilik Pendidikan Khas Kami (Part 1)..
Tuesday 30 December 2014 | 08:54 | 0 comments
Assalammualaikum..



jika nak dibandingkan dengan kelas masakan yg lama..memang jauhhhhh sangat bezanya..kelas skrg lebih besar dan selesa...

Alhamdullilah..sempurna sudah bilik pendidikan khas kami..eh nak kata sempurna belum sepenuhnya..rasanya adalah dalam  70% ..maksudnya..masih  lagi dalam proses keceriaan untuk keseluruhan bangunan pendidikan khas seperti bilik guru, bilik masakan, bilik komputer, kelas terapi, kelas angklong, ruang menonton dan sebagainya..proses keceriaan termaksuklah menjahit langsir, menampal dinding dengan wall paper..susun atur meja dan kerusi..dan sebagainya le..Alhamdullilah PPM semasa cuti sekolah banyak membantu dalam menceriakan bilik pendidikan khas..perlahan-lahan la kan..banyak yang perlu dibuat..ye lah..semua dinding dah kosong sekarang...kena buat semula yang baru ...Bilik masakan aku pun belum lagi cantik dan betul2 sempurna..tapi kelas masakan tetap dijalankan dulu..kena pikir banyak ni nak buat apa kat kelas masakan aku..hehheee...

kelas roti dan muffin..

..rasa sangat gembira dan terharu..pelajar dapat belajar dengan lebih selesa dan banyak aktiviti yang boleh dirancang dan dibuat dengan lebih seronok..
Aku tentulah lebih seronok kerana kelas masakan sangat2 selesa dan boleh meletakkan lebih 10 orang pelajar..sekarang bila aku ada amali masakan aku akan buat 2 kumpulan..satu kumpulan membuat roti dan satu kumpulan buat muffin..kan seronok??hehehhe....



dari menyediakan bahan,alatan,menyukat bahan,menumbuk roti semuanya dilakukan oleh pelajar dengan bimbingan..


Sebelum ni dengan bilik darjah yang kecil dan sempit, bilik masakan yang tidak sesuai, bilik guru yang tidak mencukupi serta bilik angklong yang panas dan sempit..memang amat tidak selesa..susah betul kalau buat aktiviti di dalam kelas..pulak tu dengan ramai pelajar di dalam kelas (terutamanya kelas down sindrom dan kelas hiperaktif)..aduhai..nak bagi satu2 tumpuan kepada seorang pelajar memang payah sebab bila dah ramai ada yang terlepas pandang..apa yang disuruh buat lain jadinya bila kita tak dapat bimbing secara individu..sebab tu kelas sepeti ini perlu dalam kumpulan kecil sebab senang kita nak bimbing mereka..tapi kelas kan dah tak cukup..jadi buat apa yang terdaya sahaja..hukhuk...


siap sedia untuk dibakar..




hehhee...ni kelas PK Permata...pelajar dalam kelas ni terdiri daripada pelajar bermasalah down sindrom..

ajar kemahiran memasak yg mudah seperti sandwic..

sejak aku datang ke kelas pendidikan khas pada tahun 2005..tidak ada langsung pengubahsuaian kelas (hanya diberi sebuah bilik Kemahiran Hidup untuk 2 buah kelas)..Pada mulanya hanya 15 orang pelajar dan guru pada masa tu 5 orang..tak pe lah jugak sebab pelajar kurang..tapi masuk tahun2 berikut meningkat 25 orang dengan penambahan guru 2 orang..pas tu bilangan pelajar 30 orangdan meningkat saban tahun... hingga le tahun 2014, jumlah pelajar dah meningkat 65 orang!!!..tak kan kelas mcm tu gak..aduhhhh dengan tandas hanya satu bergilir setiap pelajar (sekarang tetap satu..sebab peruntukan tak dapat untuk tandas)..huhuuu..kami hanya diberi 2 wakaf yang dijadikan kelas bagi menampung pelajar yang semakin ramai..kelas terpaksa berhimpit dengan 10 orang pelajar walaupun sebuah kelas tu hanya mampu meletakkan 6 buah meja untuk 6 orang pelajar..

eh..eh..tersenyum lak dia??...bilik guru yang semakin selesa..tp skrg dah makin cantik..blm amek gambo lagi..

kelas angklong..makin selesa pelajar bermain angklong..(nanti nk update perkembangan tentang angklong kami..



Tapi alhamdullilah kini rintihan anak2 istimewa ini dapat juga akhirnya didengari..terima kasih pada pihak pentadbir dan  GPK Khas kami En.Aziz yang amat bertanggungjawab membawa masalah ini kepada jalan penyudahnya..seingat aku sebelum ini GPK Khas aku ckgu Rabaishah dan Ckg Kok Mei Lin pun ada banyak berusaha untuk mendapatkan penambahan bangunan baru..namun rezeki tidak memihak pada kami..walau menanti selama 9 tahun untuk mendapat penambahan bangunan baru..kami tetap bersyukur..Alhamdullilah..

kelas pun dah beso skrg..masa amek gambo ni blm lg sempurna..papan tulis pun belumgantung lagi..



ni kelas terapi..

kelas terapi dan kelas menonton tv di sini gak..





nanti nak upload lagi gambar terkini yang masih dlm proses keceriaan.

eh..eh..tetiba lak ada gambo si Huda ni...

Labels:



Old things