RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Kelas Masakan..Popia Seaweed yang sedaaapppp.. rangup dan Resepi..
Tuesday 11 February 2014 | 21:50 | 0 comments
Assalammualaikum..



Jemu dengan muffin..aku ajar pelajar-pelajar buat popia seaweed goreng rangup yang sangat sedap..Suka betul bebudak ni makan popia yang ranggup ni..tak lah asyik muffin jek kan..hehe..Resepi popia ni dapat daripada cikgu Elena tan..wahhh..sangat senang dan boleh dijual musim-musim perayaan nanti..Aku pun macam nak try jual masa kelas masakan..masuk dalam paket2 plastik@balang kecil2..boleh le ajar budak2 ni timbang dalam paket kecil dan cara membungkus yang betul..selain tu..boleh jugak budak2 ni buat di rumah untuk sumber pendapatan mereka ke nanti..mana tahu kan..InsyaAllah..

 Bahan-bahan:
2 bungkus popia
1 bungkus seaweed
Telur putih (untuk di sapu pada kulit popia supaya senang melekat seaweed tu dgn kulit popia)
Minyak untuk menggoreng

Cara-cara:

 1. Letak satu kepingan popia..sapu dgn putih telur seluruh kulit popia..pas tu letakkan seaweed atas popia tu..

 2.Sapu seaweed tu pula dgn putih telur..Letak kepingan popia atas seaweed tadi..


3. Popia dah siap..tengah2 tu kepingan seaweed..

 4. Pastu gunting tengah2 popia tu..gunting sama lebar..pas tu boleh lah di gunting2 kecil..macam dlm gambar..


5.Popia yang dah siap gunting..senang kan..




6.Pastu goreng hingga kekuningan..Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan popia..Angkat dan toskan minyak..


7.Popia yang telah siap digoreng..sangat sedap dan ranggup..


Mesti cuba...

Labels:



Old things | New things