Disclaimer Scream Here
| Terima kasih tetamu yang datang....Menu Hidangan dan Resepi...
Tuesday, 19 August 2014 | 21:14 | 1 comments
Assalammualaikum..salam sayang..
Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin... Lama betul tak mengadap laptop..nak buka blog tak sempat jek..sebab sibuk dengan kerja, menyiapkan tempahan kek dan rutin harian kerja2 rumah..kesempatan ini nak mengucapkan selamat Hari Raya buat sahabat2ku..(rasanya belum terlewat sebab masih di bulan Syawal..heheheh)..dan maaf zahir batin..andai ada terkasar bahasa,tersilap kata dan menyinggung perasaan..halalkan makan minum.. Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang ke rumah..terharu sangat2 yang sudi bertandang ke rumah dan menjamah juadah yang disediakan..semoga mereka berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan..ampun dan maaf jika ada yang terkurang.. Tetamu pertama datang ke rumah aku adalah sahabat ku dari JB..menu yang aku sediakan adalah nasi lemon (ada resepi dalam entri sebelum ni), ayam masak lemon,udang masak kari berempah, sayur campur, makaroni chesse..untuk dessert aku sediakan rich koko puding..alhamdullilah sempat semua hidangan disediakan..dalam jam 2 petang sahabatku sampai bersama keluarganya..
Nasi lemon
Ayam lemon
Resepi Ayam lemon
Sumber : Chef Sabri
Bahan A
4 keping dada ayam - belah bahagian yang tebal tapi jangan putus (aku guna sekor ayam)1 tbsp sos lada hitam 1 tbsp sos plum 1/2 tbsp gula 1 biji kuning telur 1/2 biji parutan kulit lemon 2 tbsp tepung kastard 1 1/2 tbsp tepung ubi kayu 1/2 tsp minyak bijan 1/2 tsp perencah pati ayam sedikit garam (bahan2 di atas aku gandakan sukatan sebab ayam sekor) Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini 1/2 cawan tepung jagung 1/2 cawan tepung gandum 1/2 cawan tepung beras 1 1/2 tsp biji bijan Bahan untuk sos 6 ulas bawang putih - dicincang 4 ulas bawang merah - dicincang 1 inci halia - dicincang 3 batang serai - dihiris halus (aku tambah) 3 sudu besar lada kering yang dikisar (aku tambah) 3 sudu besar sos cili (aku tambah) 4 - 4 1/2 tbsp jus lemon -boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing² 3 - 3 1/2 tbsp sos plum - mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp 2 tbsp sos tiram 1 1/2 cawan air 1 biji lemon - aku hiris2 kasar (yg ni jugak aku tambah) Gula Garam secukup rasa (bahan2 atas boleh gandakan ikut kuantiti ayam yang dimasak) Bahan lain Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat 1/2 biji lemon - dihiris nipis Minyak cara-cara
Sayur campur
Resepi Sayur Campur
BAHAN-BAHAN (ikut kuantiti sendiri)
Sayur Brokoli(dipotong ikut citarasa masing)
Kobis bunga (dipotong)
Lobak merah(dipotong)
cendawan shitake (direndam hingga lembut dan dipotong)
Tauhu jepun(digoreng)
anak jagung(dipotong )
lada benggala merah(dipotong dadu)
isi ayam(dihiris nipis-nipis)
sos Tiram
sedikit tepung jagung -dibancuh sedikit air
bawang besar (dihiris)
bawang putih(ditumbuk kasar)
minyak masak utk menumis
CARA-CARA:
1. Kuantiti setiap jenis sayur-sayuran yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan hidangan. 2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam.Kacau rata. 3. Masukkan sos tiram.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah mendidih. Sekiranya mahukan kuah yang lebih, bolehlah ditambah air lagi. 4. Bila kuah telah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran (masukan sayur yg keras dulu seperti lobak merah) dan lada benggala, diikuti dengan tepung jagung. Kacau rata. 5. Bila sayur-sayuran telah masak, bolehlah ditutup api. (masak sayur-sayuran sekejap sahaja..supaya cantik dan tidak layu)
Udang kari berempah
Makaroni Chesse
Resepi Makaroni Bakar Cheese Sumber : DayangJack@DapurKu SaYang (resepi ni aku ubah suai sikit) Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan 3 cwn makaroni -direbus dulu dan toskan. 200gm daging cincang/ayam cincang 4 batang sosej -dipotong kecil2 2 ulas bawang putih (dicincang) 1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)- aku guna bwg bombay 1 botol kecil sos spagetti - aku guna Kimball sedikit lada kering yg dikisar - aku tambah (utk rasa sedikit pedas) sedikit sos cili sedikit sos tomato sedikit garam 1 kiub kiub ayam 1 sudu besar mentega/minyak biasa cendawan butang - hiris nipis (jika suka) Sos Putih : 2 cawan susu segar 1 sudu besar mentega sedikit lada sulah 2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air) 1 slice cheesedale atau 30 g krim keju sedikit garam dan gula lain-lain : keju parut dan oregano mozarella cheese
Puding Rich Koko
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan (CMG) BAHAN-BAHAN PUDDING :-) 4 1/4 cawan air 1/2 cawan serbuk koko, diayak 1 cawan gula pasir 1/2 cawan susu tepung, diayak 1/2 camca teh garam (mat tak letak) 4 camca besar tepung jagung 1/2 camca teh esen vanilla 10 g serbuk agar-agar 3 camca besar mentega BAHAN-BAHAN LAIN :-) 1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya 1 tin sus sejat "IDEAL" (aku guna F&N) Sedikit ceri merah (x letak) CARA MEMBUATNYA :-)
Labels: lain-lain resepi |