RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Terima Kasih tetamu yang datang...Menu hidangan dan resepi...
Wednesday, 27 August 2014 | 00:05 | 0 comments
Salam sayang...

Terima kasih buat kakak2 senior yang sudi berkunjung ke rumah ku..rasa seronok sangat kerana selain dapat mengeratkan silahturahim dapat juga lah mengimbas kembali memori lama yg dah lebih dari 20 tahun iaitu semasa aku bersekolah di SMVA (Sek Men Vokasional Azizah)..memang lucu bila masing2 bercerita tentang pahit manis semasa tinggal di asrama..gelak ketawa aje lah kami sepanjang berbual..

Aku sediakan menu yang ringkas dan tidak terlalu berat..(ekehkehhh..ye ke tak berat??)..heheheh...Mereka datang selepas waktu maghrib..jadi aku sediakan makaroni bakar cheese, mushroom soup, garlic bread, kek coklat super moist dan kek karamel coklat..tak habis aku tapaukan mereka bawa balik makanan tu..sebab byk gak aku masak..sebab aku ingat mereka datang bawa family..rupa2nya datang single2..tak bawa family..hehehee..

InsyaAllah jika ada rezeki dan pjg umur bolehlah berjumpa lagi..







Makaroni Chesse...
Makaroni chesse ni memang sedap..aku biasa guna resepi di sini..atau boleh guna resepi dalam entri lasagna...tapi kalau nak guna resepi kat bawah ni pun boleh..ikut kuantiti yang kita nak masak..boleh tambah apa2 yang sesuai mengikut citarasa kita..(buat makaroni chesse ni lebih kurang sama jek mcm kita buat lasagna..tetapi makaroni bakar lebih mudah sebab takpayah kita nak melapis-lapis..)

Resepi:Makaroni Cheese yang sedaaaapppppp

Bahan2: (Makaroni)
400gm makaroni (aku guna 1 bungkus makaroni jenama kimball) - direbus hingga lembut dan toskan.
1 ketul daging/ayam cincang Ramly
4 batang sosej daging/ayam
1 botol sos spaggethi Kimball -biasa aku guna 2 botol sos  (lebih banyak lebih sedap)
cendawan butang dlm tin - dihiris (kuantiti ikut suka)
1 labu bawang besar - dipotong dadu
3@4 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
1 sudu makan serbuk lada sulah/lada hitam -jika suka 
sedikit oregano

Cara:
1.Panaskan minyak.Tumis bawang besar dan masukkan daging cincang.Kacau rata.Masukkan sedikit air dan biar masak sekejap.
2.Masukkan sosej dan cendawan.Tuang sos spaggeti Kimball dan kacau rata.Masukkan sos cili,kiub ayam, oregano dan garam.
3.Masukkan makaroni.Kacau rata dan sesuaikan rasa..ketepikan..

bahan2 sos putih (mesti ada..kalau tak de x sedap)

1/2 ketul cheddar chesse @4 keping slice chesse
500ml susu segar
2 sudu besar tpg gandum
2 sudu besar mentega

Cara:
Panaskan butter.Bila dah cair masukkan tepung.Kacau rata.
Masukkan susu cair.Kacau rata.Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
Kacau rata dan masukkan 1/2 ketul cheddar chesse.
Kacau perlahan-lahan hingga pekat.Angkat dan ketepikan.

Cara bakar makaroni:
Tuang makaroni kedalam bekas tahan panas atau bekas aluminium.Ratakan makaroni.
Curahkan sos putih atas makaroni tadi.(kalau nak buat lapis2 pun boleh).
Kalau nak lapis2 tuang makaroni..ratakan..pastu sos putih..ratakan..pastu makaroni..atas sekali sos putih dan tabur mozarella...dan boleh taburkan oregano.
Bakar 180 c selama 40 minit atau hingga masak.



Kek Karamel Coklat

Untuk bahagian karamel tu aku amek resepi dari Blog Sally Rashid (Resepi yg dia gunakan untuk kek karamel pelangi)..aku suka guna resepi karamel ni sebab tebal dan kurang berair..rasanya pun sedap..dan untuk bahagian kek coklat bwh tu..aku guna resepi kek coklat super moist yang aku belajar dari kelas kek..aku memang guna resepi ni kalau buat kek coklat..kek coklat ni moist dan lembap jek..sungguh sedap..

Resepi Kek Karamel Coklat yang sangat sedap....

Bahan2: (untuk loyang 8")

Untuk gula hangus:

2 sudu besar gula pasir
(masukkan dlm loyang..ratakan supaya rata di dasar loyang.Panaskan sehingga warna keemasan. Bila gula dah cair ketepikan..bila gula sejuk akan bunyi macam kaca pecah..ketepikan

Bahan puding:
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/3 susu pekat
2 keping roti gardenia
3 biji kuning telur
1 biji telur
1 tsp esen vanila

Cara:Blend roti,susu cai,.air dan susu pekat hingga roti hancur.Tuang dalam bekas..Campurkan dengan telur dan esen. Kacau-kacau manja.Jgn pukul nanti puding karamel jadi lubang2.Tapiskan kedalam gula tadi.

Kukus puding sehingga masak.Sebelum kukus tutup loyang dengan aluminium foil untuk elakkan air menitis ke dalam puding. 

*sementara puding masak kita sediakan bahan kek coklat.

Bahan kek coklat super moist:

Bahan A:
150 gm susu pekat manis
200 gm gula pasir
400ml susu cair
100gm serbuk koko
250ml minyak 

Cara:masak susu pekat,gula,serbuk koko,susu cair dlam periuk.Kacau rata.Masak sehingga gula hancur saja.Bila dah suam2 kuku masukan minyak.Ketepikan

Bahan B:

4 biji telur gred A

Cara:Putar telur hingga kembang

Bahan C:

150gm tepung gandum
1tsp soda bikarbonat
1tsp baking powder

(ayak semua bahan di atas)

Masukkan bahan A ke dalam bahan B berselang seli dengan Bahan C..putar perlahan-lahan dengan mixer.

Bila puding dah masak..angkat..Masukkan adunan kek coklat ke dalam puding tadi..pastikan puding tidak berair..jika berair lapkan dengan tisu dan carik2kan sikit atas puding tu dengan garfu supaya kek coklat melekat dengan puding.

Kukus semula kek karamel coklat dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 50 minit atau hingga kek masak.Bila masak angkat dan sejukkan.Biar betul2 sejuk baru terbalikkan.


Kek Coklat Super Moist 
Kek Coklat moist yang sangat sedappppp..dengan topping ganache..

Resepi kek coklat super moist ni guna  resepi kat atas tu..hehhehe..toping je dengan ganache..

Resepi toping Coklat Ganache:

250 gm UHT Whipping Cream
500gm cooking coklat -lagi sedap guna Berly's Dark Coklat Compound
1 sudu besar butter-untuk ganache yg berkilat.

Cara:Panaskan UHT Whipping Cream sehingga panas..Bila dah panas,matikan api dan masukkan coklat &butter.Kacau sehingga coklat betul2 cair dan sebati.Bila dah sebati,sejukkan seketika supaya ianya menjadi sikit pekat kemudian siram atas kek. Hias ikut suka.



mushroom soup..
Sup cendawan ni aku beli yang segera jek..jenama knorr...memang sedap..nak masak sup ni ikut jek le arahan kat paket tu..siappppp...hehheheee


roti bawang putih@garlic bread...
resepi garlic bread ni ada dalam entri sebelum ni..tapi yg kat atas ni aku guna resepi roti gebusss...dalam roti tu letak lagi inti bwg putih..mmmm lagi sedapp..


ini ler akak2 senior aku yg datang..3 org jek datang..hehheee..masak mcm 10 org makan..ekehkeehhhh...x per le..tapau bg bawak balik..ada baki lagi aku buat bekpes..

Labels:


Terima kasih tetamu yang datang....Menu Hidangan dan Resepi...
Tuesday, 19 August 2014 | 21:14 | 1 comments
Assalammualaikum..salam sayang..

Selamat Hari Raya Maaf Zahir dan Batin...

Lama betul tak mengadap laptop..nak buka blog tak sempat jek..sebab sibuk dengan kerja, menyiapkan tempahan kek dan rutin harian kerja2 rumah..kesempatan ini nak mengucapkan selamat Hari Raya buat sahabat2ku..(rasanya belum terlewat sebab masih di bulan Syawal..heheheh)..dan maaf zahir batin..andai ada terkasar bahasa,tersilap kata dan menyinggung perasaan..halalkan makan minum..

Terima kasih kepada tetamu yang sudi datang ke rumah..terharu sangat2 yang sudi bertandang ke rumah dan menjamah juadah yang disediakan..semoga mereka berpuas hati dengan layanan dan hidangan yang disediakan..ampun dan maaf jika ada yang terkurang..

Tetamu pertama datang ke rumah aku adalah sahabat ku dari JB..menu yang aku sediakan adalah nasi lemon (ada resepi dalam entri sebelum ni), ayam masak lemon,udang masak kari berempah, sayur campur, makaroni chesse..untuk dessert aku sediakan rich koko puding..alhamdullilah sempat semua hidangan disediakan..dalam jam 2 petang sahabatku sampai bersama keluarganya..
 




Nasi lemon
live dari periuk nasi..hehhehe
untuk resepi nasi lemon..disini..
Ayam  lemon


live dari kuali..hikhikhik

Resepi Ayam lemon
Sumber : Chef Sabri
 Bahan A
4 keping dada ayam - belah bahagian yang tebal tapi jangan putus (aku guna sekor ayam)
1 tbsp sos lada hitam
1 tbsp sos plum
1/2 tbsp gula
1 biji kuning telur
1/2 biji parutan kulit lemon
2 tbsp tepung kastard
1 1/2 tbsp tepung ubi kayu
1/2 tsp minyak bijan
1/2 tsp perencah pati ayam
sedikit garam
(bahan2 di atas aku gandakan sukatan sebab ayam sekor)
Bahan B ( Dicampurkan ) Boleh Digandakan adunan ini
1/2 cawan tepung jagung
1/2 cawan tepung gandum
1/2 cawan tepung beras
1 1/2 tsp biji bijan

Bahan untuk sos
6 ulas bawang putih - dicincang
4 ulas bawang merah - dicincang
1 inci halia - dicincang
3 batang serai - dihiris halus (aku tambah)
3 sudu besar lada kering yang dikisar (aku tambah)
3 sudu besar sos cili (aku tambah)
4 - 4 1/2 tbsp jus lemon -boleh ditambah atau dikurangkan mengikut citarasa masing²
3 - 3 1/2 tbsp sos plum - mengikut citarasa masing². Jika suka boleh bubuh 4 tbsp
2 tbsp sos tiram
1 1/2 cawan air
1 biji lemon - aku hiris2 kasar (yg ni jugak aku tambah)
Gula
Garam secukup rasa
(bahan2 atas boleh gandakan ikut kuantiti ayam yang dimasak)
Bahan lain
Sedikit tepung jagung + sedikit air untuk pemekat
1/2 biji lemon - dihiris nipis
Minyak

cara-cara

  1. Campurkan kesemua bahan-bahan A dan perap selama 30 minit - 1 jam.
  2. Kemudian saluti ayam dengan bahan-bahan B dan goreng ayam sehingga masak. Angkat dan ketepikan.
  3. Sementara itu bolehlah sediakan sosnya.. Panaskan sedikit minyak dan tumis bawang merah,bawang putih,halia,serai hingga wangi. Masukan pula lada kisar dan tumis hingga garing.Tambahkan air dan kacau rata.
  4. Masukkan bahan-bahan sos selebihnya dan biarkan hingga ianya mendidih.Jika ingin lebih berkuah,tambahkan air mengikut citarasa sendiri.
  5. Tambahkan bancuhan tepung jagung, gula dan garam secukup rasa.
  6. Didihkan seketika dan masukkan hirisan lemon. Kacau rata dan bolehlah ditutupkan api.
  7. Tuangkan di atas ayam goreng tadi yang telah dipotong dan disusun di atas pinggan bersama hirisan lemon.


Sayur campur




Resepi Sayur Campur

BAHAN-BAHAN (ikut kuantiti sendiri)
Sayur Brokoli(dipotong ikut citarasa masing)
Kobis bunga (dipotong)
Lobak merah(dipotong)
cendawan shitake (direndam hingga lembut  dan dipotong)
Tauhu jepun(digoreng)
anak jagung(dipotong )
lada benggala merah(dipotong dadu)
isi ayam(dihiris nipis-nipis)
sos Tiram
sedikit tepung jagung -dibancuh sedikit air
 bawang besar (dihiris)
bawang putih(ditumbuk kasar)
minyak masak  utk menumis

CARA-CARA:
1. Kuantiti setiap jenis sayur-sayuran yang digunakan adalah bergantung kepada keperluan hidangan.
2. Panaskan minyak di dalam kuali. Tumis bawang putih, bawang besar sehingga naik bau. Kemudian masukkan isi ayam.Kacau rata.
3. Masukkan sos tiram.Kacau rata dan perasakan dengan garam dan gula secukup rasa. Masak sehingga kuah mendidih. Sekiranya mahukan kuah yang lebih, bolehlah ditambah air lagi.
4. Bila kuah telah mendidih, masukkan semua sayur-sayuran (masukan sayur yg keras dulu seperti lobak merah) dan lada benggala, diikuti dengan tepung jagung. Kacau rata.
5. Bila sayur-sayuran telah masak, bolehlah ditutup api. (masak sayur-sayuran sekejap sahaja..supaya cantik dan tidak layu)




Udang kari berempah



Resepi : Udang kari berempah

Bahan-bahan dikisar
1 biji bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
1 sudu teh jintan manis kasar
1/2 sudu teh lada hitam
3 sudu besar lada kering yang telah dikisar

Bahan-bahan tumis:
2 biji bawang merah - dihiris
1 biji bwang putih- dihiris
sedikit halia- dihiris
sedikit halba 
Bahan-bahan lain:
4 sudu besar rempah kari 
1/2 kilo udang sederhana besar
3 biji kentang - dipotong 6
2 batang serai - diketuk
1 biji kelapa - diambil santan
1/2 cawan air asam jawa
garam secukup rasa
minyak

Cara-cara:
1. Panaskan minyak. masukkan bahan-bahan tumis.Kacau sehingga naik bau.
2.Masukkan bahan- yang dikisar. Kacau sehingga garing.Masukkan rempah kari yang telah dibancuh dengan sedikit air (jadikan pes).
3.Bila dah garing,masukkan kentang.Masukkan sedikit air dan biar kentang empuk.Kacau supaya tidak hangus.
4.Bila kentang empuk.Masukkan santan.Biar didih sekejap dan masukan serai.Masukkan juga udang.Biar udang masak dan kacau rata.
5.Masukkanair asam jawa dan  garam.Sesuaikan rasa.
6. Bila masak angkat dan boleh dihidangkan.


Makaroni Chesse



Resepi Makaroni Bakar  Cheese
Sumber  : DayangJack@DapurKu SaYang

(resepi ni aku ubah suai sikit)
Bahan-bahan : untuk 4-5 orang makan

 3 cwn makaroni -direbus dulu dan toskan.
 200gm daging cincang/ayam cincang

4 batang sosej -dipotong kecil2
2 ulas bawang putih (dicincang)
1 labu bawang besar (dihiris dadu kecil)- aku guna bwg bombay

1 botol kecil sos spagetti - aku  guna Kimball
sedikit lada kering yg dikisar - aku tambah (utk rasa sedikit pedas)
sedikit sos cili
sedikit sos tomato
sedikit garam
  1 kiub kiub ayam
1 sudu besar mentega/minyak biasa
cendawan butang - hiris nipis (jika suka)

Sos Putih :
2 cawan susu segar
1 sudu besar mentega
sedikit lada sulah
2 sudu besar tepung gandum (dibancuh dengan sedikit air)
1 slice cheesedale atau 30 g krim keju
sedikit garam dan gula

lain-lain : keju parut dan oregano
mozarella cheese


Cara-cara :

  1. Cairkan mentega di dalam kuali dan tumis bawang besar dan bawang putih hingga naik bau. Masukan lada kering yang dikisar dan tumis sehingga garing.
  2. Kemudian masukkan daging/ayam cincang, sosej dan kacau hingga airnya kering. 
  3. Barulah dimasukkan sos spagetti. Gaulkan sebati. Kemudian masukkan sos cili, sos tomato, garam,kiub ayam,cendawan butang dan gula secukup rasa. Setelah kuahnya pekat. Tutupkan api.
  4. Satukan kuahnya dengan pasta tadi dan gaulkan hingga rata.
  5. Sementara itu, untuk sos putih : Cairkan mentega di dalam kuali leper/periuk. Kemudian masukkan cheesedale atau krim keju. Kacau hingga cair. Barulah dituangkan susu segar. Masak hingga susu mendidih. Masukkan lada sulah, sedikit garam dan gula. 
  6. Akhir sekali masukkan bancuhan tepung dan kacau lagi hingga pekat. Tutupkan api.
  7. Sediakan bekas tahan panas atau loyang aluminium. Sapukan dengan mentega. Masukkan pasta tadi di dalamnya dan ratakan dengan sos putih.
  8. Taburkan keju parut dan oregano.
  9. Bakarlah selama 35-40 atau hingga keperangan dengan suhu 160C.

Puding Rich Koko


puding rich koko yang sangat sedap......
Resepi : Puding Rich Koko
Sumber : Dapur Tanpa Sempadan (CMG)

BAHAN-BAHAN PUDDING :-)
4 1/4 cawan air
1/2 cawan serbuk koko, diayak
1 cawan gula pasir
1/2 cawan susu tepung, diayak
1/2 camca teh garam (mat tak letak)
4 camca besar tepung jagung
1/2 camca teh esen vanilla
10 g serbuk agar-agar
3 camca besar mentega

BAHAN-BAHAN LAIN :-)
1 tin buah2 cocktail, asingkan jus dan isinya
1 tin sus sejat "IDEAL" (aku guna F&N)
Sedikit ceri merah (x letak)



CARA MEMBUATNYA :-)

  1. Satukan semua bahan2 untuk pudding kecuali mentega dalam periuk, kacau dengan whisk hingga semua sebati. Jerang atas api sederhana sambil dikacau tanpa henti. Bila bancuhan menjadi pekat, matikan api dan masukkan mentega, kacau rata dan tuang dalam acuan pilihan. Biar beku.
  2. Keluarkan rich cocoa pudding tadi dan isi dalam bekas sesuai. Masukkan juga isi buah2an cocktail tadi, susu sejat dan sedikit jus dari buah2 tadi. Sesuaikan tahap kemanisannya. Sejukkan dalam peti sejuk atau letak air batu.
  3. Hidangkan sejuk sebagai pencuci mulut.....(memang sangat sedap..)

Labels:



Old things