RASA SAYANG
Disclaimer


Perkhidmatan tempahan disediakan.Untuk sebarang pertanyaan atau tempahan, Sila hubungi:

Whatsapp:017-6386256(jamiah)
Facebook:Jamiah Tulisman



Story Owner facebook
Scream Here





Terima Kasih tetamu yang datang...Menu hidangan dan resepi...
Wednesday, 27 August 2014 | 00:05 | 0 comments
Salam sayang...

Terima kasih buat kakak2 senior yang sudi berkunjung ke rumah ku..rasa seronok sangat kerana selain dapat mengeratkan silahturahim dapat juga lah mengimbas kembali memori lama yg dah lebih dari 20 tahun iaitu semasa aku bersekolah di SMVA (Sek Men Vokasional Azizah)..memang lucu bila masing2 bercerita tentang pahit manis semasa tinggal di asrama..gelak ketawa aje lah kami sepanjang berbual..

Aku sediakan menu yang ringkas dan tidak terlalu berat..(ekehkehhh..ye ke tak berat??)..heheheh...Mereka datang selepas waktu maghrib..jadi aku sediakan makaroni bakar cheese, mushroom soup, garlic bread, kek coklat super moist dan kek karamel coklat..tak habis aku tapaukan mereka bawa balik makanan tu..sebab byk gak aku masak..sebab aku ingat mereka datang bawa family..rupa2nya datang single2..tak bawa family..hehehee..

InsyaAllah jika ada rezeki dan pjg umur bolehlah berjumpa lagi..







Makaroni Chesse...
Makaroni chesse ni memang sedap..aku biasa guna resepi di sini..atau boleh guna resepi dalam entri lasagna...tapi kalau nak guna resepi kat bawah ni pun boleh..ikut kuantiti yang kita nak masak..boleh tambah apa2 yang sesuai mengikut citarasa kita..(buat makaroni chesse ni lebih kurang sama jek mcm kita buat lasagna..tetapi makaroni bakar lebih mudah sebab takpayah kita nak melapis-lapis..)

Resepi:Makaroni Cheese yang sedaaaapppppp

Bahan2: (Makaroni)
400gm makaroni (aku guna 1 bungkus makaroni jenama kimball) - direbus hingga lembut dan toskan.
1 ketul daging/ayam cincang Ramly
4 batang sosej daging/ayam
1 botol sos spaggethi Kimball -biasa aku guna 2 botol sos  (lebih banyak lebih sedap)
cendawan butang dlm tin - dihiris (kuantiti ikut suka)
1 labu bawang besar - dipotong dadu
3@4 sudu besar sos cili
1 kiub ayam
1 sudu makan serbuk lada sulah/lada hitam -jika suka 
sedikit oregano

Cara:
1.Panaskan minyak.Tumis bawang besar dan masukkan daging cincang.Kacau rata.Masukkan sedikit air dan biar masak sekejap.
2.Masukkan sosej dan cendawan.Tuang sos spaggeti Kimball dan kacau rata.Masukkan sos cili,kiub ayam, oregano dan garam.
3.Masukkan makaroni.Kacau rata dan sesuaikan rasa..ketepikan..

bahan2 sos putih (mesti ada..kalau tak de x sedap)

1/2 ketul cheddar chesse @4 keping slice chesse
500ml susu segar
2 sudu besar tpg gandum
2 sudu besar mentega

Cara:
Panaskan butter.Bila dah cair masukkan tepung.Kacau rata.
Masukkan susu cair.Kacau rata.Masukkan serbuk lada hitam dan garam.
Kacau rata dan masukkan 1/2 ketul cheddar chesse.
Kacau perlahan-lahan hingga pekat.Angkat dan ketepikan.

Cara bakar makaroni:
Tuang makaroni kedalam bekas tahan panas atau bekas aluminium.Ratakan makaroni.
Curahkan sos putih atas makaroni tadi.(kalau nak buat lapis2 pun boleh).
Kalau nak lapis2 tuang makaroni..ratakan..pastu sos putih..ratakan..pastu makaroni..atas sekali sos putih dan tabur mozarella...dan boleh taburkan oregano.
Bakar 180 c selama 40 minit atau hingga masak.



Kek Karamel Coklat

Untuk bahagian karamel tu aku amek resepi dari Blog Sally Rashid (Resepi yg dia gunakan untuk kek karamel pelangi)..aku suka guna resepi karamel ni sebab tebal dan kurang berair..rasanya pun sedap..dan untuk bahagian kek coklat bwh tu..aku guna resepi kek coklat super moist yang aku belajar dari kelas kek..aku memang guna resepi ni kalau buat kek coklat..kek coklat ni moist dan lembap jek..sungguh sedap..

Resepi Kek Karamel Coklat yang sangat sedap....

Bahan2: (untuk loyang 8")

Untuk gula hangus:

2 sudu besar gula pasir
(masukkan dlm loyang..ratakan supaya rata di dasar loyang.Panaskan sehingga warna keemasan. Bila gula dah cair ketepikan..bila gula sejuk akan bunyi macam kaca pecah..ketepikan

Bahan puding:
1 cawan susu cair
1/2 cawan air
1/3 susu pekat
2 keping roti gardenia
3 biji kuning telur
1 biji telur
1 tsp esen vanila

Cara:Blend roti,susu cai,.air dan susu pekat hingga roti hancur.Tuang dalam bekas..Campurkan dengan telur dan esen. Kacau-kacau manja.Jgn pukul nanti puding karamel jadi lubang2.Tapiskan kedalam gula tadi.

Kukus puding sehingga masak.Sebelum kukus tutup loyang dengan aluminium foil untuk elakkan air menitis ke dalam puding. 

*sementara puding masak kita sediakan bahan kek coklat.

Bahan kek coklat super moist:

Bahan A:
150 gm susu pekat manis
200 gm gula pasir
400ml susu cair
100gm serbuk koko
250ml minyak 

Cara:masak susu pekat,gula,serbuk koko,susu cair dlam periuk.Kacau rata.Masak sehingga gula hancur saja.Bila dah suam2 kuku masukan minyak.Ketepikan

Bahan B:

4 biji telur gred A

Cara:Putar telur hingga kembang

Bahan C:

150gm tepung gandum
1tsp soda bikarbonat
1tsp baking powder

(ayak semua bahan di atas)

Masukkan bahan A ke dalam bahan B berselang seli dengan Bahan C..putar perlahan-lahan dengan mixer.

Bila puding dah masak..angkat..Masukkan adunan kek coklat ke dalam puding tadi..pastikan puding tidak berair..jika berair lapkan dengan tisu dan carik2kan sikit atas puding tu dengan garfu supaya kek coklat melekat dengan puding.

Kukus semula kek karamel coklat dan tutup dengan aluminium foil. Kukus selama 50 minit atau hingga kek masak.Bila masak angkat dan sejukkan.Biar betul2 sejuk baru terbalikkan.


Kek Coklat Super Moist 
Kek Coklat moist yang sangat sedappppp..dengan topping ganache..

Resepi kek coklat super moist ni guna  resepi kat atas tu..hehhehe..toping je dengan ganache..

Resepi toping Coklat Ganache:

250 gm UHT Whipping Cream
500gm cooking coklat -lagi sedap guna Berly's Dark Coklat Compound
1 sudu besar butter-untuk ganache yg berkilat.

Cara:Panaskan UHT Whipping Cream sehingga panas..Bila dah panas,matikan api dan masukkan coklat &butter.Kacau sehingga coklat betul2 cair dan sebati.Bila dah sebati,sejukkan seketika supaya ianya menjadi sikit pekat kemudian siram atas kek. Hias ikut suka.



mushroom soup..
Sup cendawan ni aku beli yang segera jek..jenama knorr...memang sedap..nak masak sup ni ikut jek le arahan kat paket tu..siappppp...hehheheee


roti bawang putih@garlic bread...
resepi garlic bread ni ada dalam entri sebelum ni..tapi yg kat atas ni aku guna resepi roti gebusss...dalam roti tu letak lagi inti bwg putih..mmmm lagi sedapp..


ini ler akak2 senior aku yg datang..3 org jek datang..hehheee..masak mcm 10 org makan..ekehkeehhhh...x per le..tapau bg bawak balik..ada baki lagi aku buat bekpes..

Labels:



Old things | New things